omniture

Yellow.ai mengukuhkan keupayaan platformnya dengan Dynamic Conversation Designer bagi menyampaikan masa ke pasaran yang lebih pantas

Yellow.ai
2023-02-17 00:26 0

Dynamic Conversation Designer daripada Yellow.ai ini menghasilkan aliran perbualan mirip manusia dengan reka bentuk yang berkesan serta mengurangkan masa pembangunan sebanyak 50% dan meningkatkan produktiviti 

SAN MATEO, California, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Yellow.ai, sebuah platform AI Perbualan bergred perusahaan yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Dynamic Conversation Designer miliknya yang merevolusikan proses reka bentuk aliran kerja perbualan suara dan sembang dengan AI Generatif. Dengan antara muka tanpa kod yang mesra pengguna daripada syarikat ini, perusahaan kini boleh mencipta reka bentuk yang tepat dalam masa hanya beberapa minit dan mengurangkan masa ke pasaran sebanyak 50%. Penyepaduan yang lancar antara aliran kerja reka bentuk dengan pembangunan ini memperkemas penciptaan pengalaman perbualan mirip manusia serta menjimatkan masa dan kos dalam urusan pengambilan pekerja dan melatih bakat reka bentuk yang baharu.

Reka bentuk perbualan intuitif adalah penting kepada kejayaan antara muka perbualan, namun ia selalunya merupakan suatu proses yang rumit dan memakan masa. Malah, turut berlaku kekurangan penyeragaman dan amalan terbaik dalam mereka bentuk pengalaman perbualan yang semula jadi dan berkesan. Akibatnya, sejumlah besar antara muka perbualan gagal memenuhi jangkaan pengguna yang membawa kepada pengalaman dan hasil perniagaan yang substandard.

Dynamic Conversation Designer Yellow.ai menangani cabaran ini dan memperbaharui cara perniagaan mencipta pengalaman perbualan yang berkualiti tinggi. Melalui penyepaduan dalam platform syarikat, ia memudahkan proses reka bentuk dengan ciri-ciri unik seperti penyepaduan kandungan mesej yang kaya, kawalan kesan suara, perkongsian reka bentuk dan pratonton perbualan akhir dengan serta-merta tanpa menukar aliran kerja, yang menjadikan kerjasama dalam masa nyata suatu kenyataan. Hasilnya, ia memberikan lebih banyak masa kepada para pembangun dan pereka perbualan untuk memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang lebih rumit, sekali gus meningkatkan produktiviti dan konsistensi.

Mengulas tentang pelancaran tersebut, Raghu Ravinutala, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama Yellow.ai berkata, "Aliran perbualan yang kekurangan pemikiran reka bentuk boleh menyebabkan para pelanggan berasa kecewa, mengurangkan pulangan pelaburan (ROI) yang dijangkakan dan berpotensi merosakkan reputasi jenama. Melalui peningkatan produktiviti, Dynamic Conversation Designer kami adalah amat sejajar dengan visi kami untuk memperkasakan perniagaan dalam menghasilkan interaksi yang paling memberi impak dengan pantas dan pada skala yang besar. Dengan memanfaatkannya, kami telah dapat menyampaikan pelaksanaan chatbot serba lengkap dalam masa dua jam baru-baru ini, suatu peningkatan yang besar berbanding sebelum ini yang memerlukan sekurang-kurangnya dua hari untuk memproses reka bentuk dan pembangunan secara berasingan."

Dengan Dynamic Conversation Designer, perusahaan boleh menghasilkan perbualan yang menarik dan peribadi dengan reka bentuk dinamik serta membolehkan mereka menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan, mendorong lebih banyak penukaran dan meningkatkan jualan. Ia memenuhi keperluan perusahaan untuk menggunakan sebuah platform automasi perbualan yang serba lengkap di mana mereka tidak perlu melabur dalam pelbagai peralatan secara berasingan atau program yang besar untuk melatih sumber baharu.

Sheikh Abdullah Ali, Pengarah Eksekutif Solutions ME berkata, "Kehebatan reka bentuk perbualan terletak pada keupayaannya untuk menghasilkan interaksi berpusatkan manusia yang lancar, semula jadi dan intuitif dalam dunia digital. Reka bentuk perbualan yang baik perlu menarik dan mengutamakan keperluan para pengguna. Dengan penyelesaian yang boleh diakses dan boleh diskala seperti Dynamic Conversation Designer Yellow.ai, kami percaya bahawa kami boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan para pelanggan dan mendorong hasil perniagaan yang lebih baik."

"Malah melalui penyepaduan AI generatif dengan enjin pemahaman dan pereka perbualan proprietari Yellow.ai, kami berhasrat untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih baik yang merangkumi peningkatan kadar pesongan, kadar penukaran yang lebih baik, pengalaman pelanggan yang sangat peribadi dan masa penyelesaian yang lebih pantas," tambah Ravinutala lagi. Dynamic Conversation Designer Yellow.ai tidak lama lagi akan mempunyai keupayaan untuk memberi cadangan kepada para pereka dengan berkongsi aliran kemungkinan seterusnya dan memberi amaran terhadap ralat yang dikesan, yang didayakan oleh AI generatif dan penyepaduan yang lebih kukuh dengan Pasaran Yellow.ai yang mempunyai templat industri prabina, kempen dan penyepaduan sistem. Untuk melihat bagaimana Yellow.ai membentuk pelan hala tuju produknya bagi membantu perusahaan merealisasikan potensi sebenar mereka, sila daftar untuk menyertai Yellow.ai Envision the Future of Generative AI for Enterprises pada 28 Februari 2023.

Ketahui lebih lanjut . 

Tentang Yellow.ai

Yellow.ai ialah sebuah Platform AI Perbualan bergred perusahaan terkemuka yang membolehkan perusahaan menyingkap potensi perniagaan pada skala besar. Platform ini dipercayai di lebih 85 buah negara oleh lebih 1,000 perusahaan termasuk Domino's, Sephora, Hyundai, Biogen International, Edelweiss Broking, Siemens Limited, Carrefour, Choithrams, Bharat Petroleum dan Waste Connections AS. Dikuasakan oleh ejen Dynamic AI untuk perusahaan, syarikat ini bermatlamat untuk menyampaikan interaksi mirip manusia yang meningkatkan kepuasan pelanggan dan penglibatan pekerja pada skala besar melalui platform tanpa kod yang dimilikinya. Diiktiraf sebagai peneraju oleh Frost & Sullivan, Gartner, Forrester, IDC dan G2, syarikat ini telah mengumpulkan lebih $102 juta daripada pelabur bernilai tinggi dan mempunyai pejabat di enam buah negara.

Untuk pertanyaan, sila hubungi: 

Anujaa Singh
anujaa.singh@yellow.ai

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1736428/Yellow_ai_Logo.jpg?p=medium600

Source: Yellow.ai
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Data Analytics