omniture

Vantage Markets lantik Ketua Jualan baharu untuk Australia

Vantage
2023-02-17 08:43 66

SYDNEY, 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Vantage (atau "Vantage Markets), platform dagangan berbilang aset, telah melantik Jack Kelly sebagai Ketua Jualan di Australia.

Vantage Markets appoints new Head of Sales for Australia
Vantage Markets appoints new Head of Sales for Australia

Vantage ialah platform dagangan yang utama bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD), menyediakan ekosistem perdagangan pelaksanaan yang pantas melalui platform dalam taliannya dan aplikasi mudah alih pemenang anugerah*.

Melalui peranan ini, En. Kelly akan memastikan penyampaian pengalaman yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dengan memperkasa pasukan untuk menyediakan penyelesaian yang betul demi keperluan perdagangan pelanggan yang semakin berkembang. Beliau juga akan bertanggungjawab untuk mengembangkan pasukan jualan Vantage di Australia dan menyokong integrasi alat-alat pihak ketiga serta rakan-rakan kongsi melalui saluran pemasaran, penjualan dan operasi.

En. Kelly menyertai Vantage Markets daripada Forex.com, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jualan (Amerika) yang berpangkalan di New York. Di Forex.com, En. Kelly bertanggungjawab memimpin fungsi jualan syarikat merentas wilayah AS dan Kanada.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata: "Jack merupakan calon yang ideal untuk menerajui cita-cita pertumbuhan Vantage Markets di Australia sebagai ketua pasukan jualan tempatan kami. Beliau bukan sahaja membawa pengalaman yang luas dalam bursa asing dan CFD, bahkan beliau memiliki rekod prestasi terbukti dalam mengembangkan produk-produk dagangan berasaskan teknologi dan bersandarkan pandangan untuk pelabur-pelabur terpelajar."

Jack Kelly berkata: "Saya berminat untuk mengembangkan platform pelaburan yang inovatif dan memperkenalkan strategi dan alat dagangan kepada pelabur yang akan membantu perjalanan perdagangan mereka."

"CFD mempunyai peranan penting untuk dimainkan sebagai sebahagian daripada strategi portfolio yang seimbang untuk pelabur termaklum. Sebagai peneraju global bagi CFD, Vantage memiliki peranan penting untuk dimainkan bagi mendorong kesedaran terhadap kategori aset ini. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan global dan serantau Vantage bagi mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami dan meluaskan kehadiran kami dalam pasaran Australia."

Latar Belakang Vantage

Vantage (Vantage Global Prime Pty Ltd) ialah broker berbilang aset yang menawarkan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat kepada pelanggan untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, entiti Vantage kini memiliki lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker; ia menyediakan ekosistem perdagangan pelaksanaan yang pantas, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah* serta platform dagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

berdagang lebih bijak @vantage.

http://www.vantagemarkets.com/en-au

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Personnel announcements Financial Technology