FRANKFURT, Jerman, 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Emma — The Sleep Company , jenama kelengkapan tidur Terus kepada Pengguna (D2C) yang terbesar di dunia telah membuka kedai pertamanya di Eropah di Belanda. Kedai jenama kelengkapan tidur yang memenangi anugerah ini terletak di Westfield Mall, Belanda — pusat beli-belah yang terbesar di negara ini — dan menandakan era baharu pengembangan syarikat tersebut. Setelah mengubah industri kelengkapan tidur D2C di dunia, Emma berhasrat untuk merevolusikan bidang peruncitan dengan membuka kedai khusus syarikatnya sendiri.
Pengalaman membeli-belah yang unik di Emma
Kedai baharu yang berkeluasan lebih 1,000 kaki persegi ini mempamerkan pelbagai produk kelengkapan tidur Emma yang memenangi anugerah. Asas kepada kedai baharu Emma ini ialah elemen deria: para pengguna boleh melihat, menyentuh dan mencuba semua produk di sebuah ruang yang direka bentuk secara unik. Para pakar kelengkapan tidur Emma sentiasa bersedia untuk menawarkan nasihat pakar serta menjelaskan tentang teknologi yang digunakan pada produk. Selain itu, satu rangkaian eksklusif produk dalam kedai sahaja tersedia di ruangan runcit Emma yang baharu ini.
"Setelah memperoleh kejayaan yang besar daripada Kedai Konsep Emma kami di China, kami memutuskan untuk membawa konsep yang inovatif ini ke Eropah," kata Dr. Dennis Schmoltzi, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Emma - The Sleep Company. "Ia merupakan satu lagi langkah untuk mengukuhkan kedudukan Emma sebagai jenama kelengkapan tidur yang terbesar di dunia secara dalam talian dan juga di luar talian. Kami amat berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman ini dan berkembang ke pasaran Eropah yang lain."
Kemuncak majlis perasmian tersebut merupakan kunjungan pelanggan Belanda yang pertama ke kedai Emma yang dijemput untuk merasmikan pembukaan kedai ini. Sambil duduk di atas katil Emma, dua orang audio siar yang popular dari Belanda iaitu Geraldine Kemper dan Gwen van Poorten turut merakamkan sebuah episod khas dalam kedai sebagai sebahagian daripada sambutan hari pembukaan tersebut.
Tentang Emma – The Sleep Company:
Emma – The Sleep Company ialah sebuah syarikat yang diuruskan oleh pengasasnya dan merupakan jenama kelengkapan tidur Terus kepada Pengguna yang terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Dr. Dennis Schmoltzi dan Manuel Mueller di Jerman, syarikat ini aktif di lebih 30 buah negara dan telah mencapai perolehan sebanyak USD948 juta pada tahun 2022 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 35 peratus dari tahun sebelumnya. Produk Emma® dijual melalui pendekatan saluran omni yang merangkumi D2C/dalam talian, pasaran dan lebih 3,500 buah kedai fizikal. Emma menjalin kerjasama yang berjaya dengan lebih 200 peruncit. Ahli pasukan Emma yang berjumlah lebih 1,000 orang bekerja di seluruh dunia serta mempunyai pejabat di Frankfurt (Jerman), Manila (Filipina), Lisbon (Portugal), Bandar Raya Mexico (Mexico) dan Shanghai (China).
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2004154/Emma_store_opening.jpg?p=medium600