omniture

MC Digital Realty Memperluas Jejak di Osaka, Lancar Pusat Data Keempat di Kampus Osaka

Digital Realty
2023-02-17 22:09 0

Kampus metro neutral pembawa ini menawarkan kapasiti IT sehingga 70MW dan ketersambungan global kepada komuniti data terhubung yang bersemangat melalui PlatformDIGITAL™  

SINGAPURA, 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- MC Digital Realty, sebuah syarikat usaha sama 50/50 antara Mitsubishi Corporation dengan Digital Realty yang menyediakan penyelesaian sebuah rangkaian lengkap pusat data di Jepun, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi KIX13, bangunan keempat di kampus pusat data berkeluasan 23,000 meter persegi di Osaka. KIX13 merupakan sebuah kemudahan tiga tingkat yang diperkukuhkan dengan sistem pengasingan seismik untuk ketahanan terhadap gempa bumi ini menawarkan kepada para pelanggan dengan penyelesaian infrastruktur digital berkualiti institusi yang memiliki kapasiti IT sehingga 21 megawatt (MW) di salah sebuah pasaran yang amat dicari-cari bagi pusat data awan di dunia

MC Digital Realty KIX13 in Osaka
MC Digital Realty KIX13 in Osaka

Dengan penambahan KIX13 ini, ia menjadikan jumlah kapasiti IT di kampus MC Digital Realty Osaka melebihi 70MW bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur digital di Jepun.

Disebabkan perusahaan-perusahaan di Jepun beralih kepada awan, maka penyedia perkhidmatan awan sedang memperluas jejak mereka di Tokyo dan Osaka bagi memenuhi permintaan pengguna dan perusahaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan yang mendorong kepada pertumbuhan pasaran pusat data di Jepun. Malah inisiatif transformasi digital negara, penggunaan Internet dan kemunculan 5G di Jepun telah menyaksikan permintaan terhadap permainan dalam talian, penstriman dan perkhidmatan teknologi kewangan telah meningkat tinggi yang menambah keperluan terhadap penyelesaian infrastruktur berkualiti institusi.

Selain daripada kedudukannya sebagai sebuah pusat kewangan dan kolokasi yang berkembang maju serta pintu masuk kepada bursa antarabangsa, Osaka juga menempatkan pelbagai syarikat yang merangkumi pelbagai bidang perindustrian yang meluas serta universiti dan organisasi pakar yang menjalankan pembangunan teknologi dan penyelidikan peringkat tinggi. Kemunculannya sebagai sebuah hab utama kepada firma-firma tempatan dan antarabangsa yang ingin menggunakan jejak pusat data pemulihan bencana atau sekunder di Jepun, turut menarik pelaburan yang besar ke dalam pembangunan infrastruktur digital di kawasan tersebut.

Dalam dunia digital baharu di mana data adalah penting, peranan utama pusat data untuk membantu organisasi mengurangkan cabaran Graviti Data dan menawarkan inovasi menjadi lebih penting pada masa ini berbanding sebelumnya. Kampus neutral pembawa di Osaka ini merupakan tonggak strategi Digital Realty yang penting dalam mengukuhkan rangkaian komuniti terhubungnya di Asia Pasifik dan di seluruh dunia. Tapak yang didayakan ServiceFabric ini menyediakan kepada para pelanggan dengan suatu penyelesaian saling sambung global yang terbuka dan selamat serta akses yang lancar kepada komuniti PlatformDIGITAL™  yang terdiri daripada perusahaan, penyedia perkhidmatan awan dan rangkaian serta ahli ekosistem yang lain. 

"Kami telah berusaha untuk menghasilkan sebuah platform saling sambung generasi seterusnya yang mengatasi perniagaan pusat data "tradisional" bagi mewujudkan peluang perniagaan dan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada para pelanggan kami," kata Bampo Tezuka, Wakil Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MC Digital Realty, Inc. "Kampus Osaka kami menawarkan kebolehskalaan yang fleksibel, kapasiti bekalan kuasa yang kukuh yang sesuai untuk pelayan muatan tinggi dan pematuhan keselamatan yang ketat dengan piawaian antarabangsa. Bersama-sama dengan perkhidmatan kolokasi untuk perusahaan yang ditawarkan di kampus yang sama, kami turut berusaha untuk memperluaskan lagi PlatformDIGITAL®  Digital Realty bagi menawarkan platform pusat data global kepada para pelanggan kami dalam menyokong keperluan transformasi digital mereka." 

"Penyiapan KIX13 ini membawa kampus MCDR Osaka ke peringkat seterusnya yang menawarkan suatu spektrum penyelesaian kepada para pelanggan serta menghapuskan halangan dalam mencapai matlamat kami untuk mewujudkan sebuah komuniti data terhubung di peringkat global," ujar Serene Nah, Pengarah Urusan merangkap Ketua Asia Pasifik Digital Realty. "Peningkatan Graviti Data di Jepun dijangka akan menjadi antara yang tertinggi di dunia menjelang tahun 2024. KIX13 bukan sahaja memperluas jejak MCDR di Osaka tetapi turut memperluas jangkauan platform pusat data bertaraf dunia milik Digital Realty bagi membantu para pelanggan kami di Jepun dan di seluruh dunia mengurangkan cabaran Graviti Data. Ia merupakan satu pencapaian yang penting dalam visi kami untuk menjadi tempat mesyuarat perniagaan dan data serta memainkan peranan penting dalam membantu Digital Realty membangunkan fabrik daripada kumpulan fabrik yang terbesar di dunia." 

Tentang Digital Realty
Digital Realty menyatukan syarikat dan data dengan menyampaikan spektrum penuh pusat data, kolokasi dan penyelesaian saling sambung. PlatformDIGITAL(R) iaitu platform pusat data global syarikat ini menyediakan tempat mesyuarat data yang selamat serta metodologi penyelesaian Pervasive Datacenter Architecture™ (PDx) yang terbukti kukuh kepada para pelanggan untuk memperkasakan inovasi dan mengurus cabaran Graviti Data dengan cekap. Digital Realty memberikan akses kepada para pelanggannya kepada komuniti data terhubung yang penting kepada mereka dengan jejak pusat data global yang terdiri daripada lebih 300 kemudahan di lebih 50 buah bandar di 27 buah negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila layari digitalrealty.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Tentang MC Digital Realty
Nama syarikat: MC Digital Realty, Inc.
Lokasi ibu pejabat: 1-3-1, Toranomon, Minato-ku, Tokyo, Tokyo Toranomon Global Square, Tingkat 12
Wakil: Bampo Tezuka, Wakil Pengarah, CEO,
Modal: 200 juta yen (Pegangan Mitsubishi Corporation 50% dan Digital Realty 50%)
URL: https://www.mc-digitalrealty.com/

UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN 

Hubungan Media Digital Realty
Sinhuay Ho
Digital Realty
+65 8125 8380
shho@digitalrealty.com

Perhubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 737 281 0101
InvestorRelations@digitalrealty.com

Hubungan Media MC Digital Realty
Sena Kihara
MC Digital Realty
+81 70 7429 1527
skihara@mc-digitalrealty.com

Pernyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan berdasarkan jangkaan, ramalan dan andaian semasa yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan prospek pertumbuhan syarikat, permintaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan syarikat, serta strategi syarikat di rantau Asia Pasifik. Untuk mendapatkan senarai dan penerangan tentang risiko dan ketidakpastian, sila lihat laporan dan pemfailan lain yang dibuat oleh syarikat ini kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Syarikat ini menafikan sebarang niat atau kewajiban untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2004031/MC_Digital_Realty_KIX13_Osaka.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1930428/Digital_Realty_Black_Logo.jpg?p=medium600

Source: Digital Realty
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion Data Analytics