omniture

Para Pemimpin Dunia Mengumumkan USD826 Juta Sebagai Ikrar Sumbangan kepada Education Cannot Wait di Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi

Education Cannot Wait
2023-02-19 01:34 0

Jerman dan UK menggungguli senarai 17 penderma apabila dana global PBB untuk pendidikan dalam situasi kecemasan memperluas komitmennya untuk menjangkau seramai 20 juta orang kanak-kanak dalam tempoh empat tahun akan datang. 

GENEVA, 19 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Para pemimpin dunia mengumumkan dana sebanyak USD826 juta kepada Education Cannot Wait (ECW) dan cabaran global untuk membantu pendidikan kepada 222 juta orang kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terjejas akibat krisis.

“Today we make history in our global efforts to ensure children impacted by conflict, climate change and other crises are able to access quality learning opportunities." - Education Cannot Wait Executive Director Yasmine Sherif.
“Today we make history in our global efforts to ensure children impacted by conflict, climate change and other crises are able to access quality learning opportunities." - Education Cannot Wait Executive Director Yasmine Sherif.

Pengumuman yang penting ini telah dibuat di  Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi ECW pada 16-17 Februari di Geneva, Switzerland.

Secara keseluruhan, seramai 17 penderma telah mengumumkan ikrar kepada ECW, termasuk lima sumbangan daripada penderma baharu – iaitu Global Business Coalition, Itali, Qatar, Sepanyol dan Zürcher Kantonalbank. Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi menjelang Pelan Strategik 2023-2026 baharu bagi Dana multilateral ini, namun komitmen penting ini telah pun berjumlah lebih separuh daripada USD1.5 bilion yang diperlukan untuk menjangkau 20 juta orang kanak-kanak dan remaja

Seramai 222 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah terjejas akibat konflik, perubahan iklim, perpindahan terpaksa dan krisis berlarutan lain yang amat memerlukan pendidikan berkualiti dengan segera.

"Demokrasi tidak wujud, tanpa pendidikan. Kita perlukan generasi masa depan berpendidikan tinggi yang boleh diharap," kata Ahli Majlis Persekutuan Konfederasi Switzerland, Ignazio Cassis.

Switzerland menganjurkan Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi ini secara bersama dengan ECW dan Kerajaan Colombia, Jerman, Niger, Norway dan Sudan Selatan.

Jerman kekal sebagai penderma terbesar untuk ECW. "Ikrar sumbangan yang dibuat pada hari ini akan membantu memberi harapan kepada berjuta-juta anak-anak muda yang paling terjejas. Jerman telah mengumumkan pada tahun lepas bahawa kami akan menyokong Pelan Strategik ini untuk membantu kanak-kanak ini dengan sumbangan sebanyak €210 juta sepanjang empat tahun akan datang," kata Svenja Schulze, Menteri Persekutuan untuk Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi Jerman.

United Kingdom memberikan komitmen baharu yang terbesar pada hari ini, dengan mengumumkan pembiayaan baharu sebanyak £80 juta kepada ECW. "Kami memperbaharui semula komitmen kami terhadap pendidikan dalam situasi kecemasan kerana kami tidak berputus asa terhadap 222 juta orang kanak-kanak dan remaja yang terjejas akibat perang, bencana dan perpindahan yang dahsyat," kata Menteri Luar, Komanwel dan Pembangunan, Andrew Mitchell.

Kanada mengumumkan pembiayaan baharu sebanyak CAD$87.5 juta semasa sesi ikrar peringkat tinggi tersebut. "Kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kami untuk membantu memastikan pendidikan berkualiti tersedia untuk semua kanak-kanak," kata Harjit S. Sajjan, Menteri Pembangunan Antarabangsa.

"Walaupun setelah kami mencapai sasaran sebanyak USD1.5 bilion, kami tidak akan berhenti di situ sahaja," kata Pengarah Eksekutif Education Cannot Wait, Yasmine Sherif. "Dengan sumbangan besar yang diterima pada hari ini, kami akan dapat menjangkau 10 juta orang kanak-kanak yang terjejas akibat krisis untuk menyampaikan pendidikan berkualiti. Ini merupakan pelaburan kami dalam bantuan kemanusiaan."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2005030/Education_Cannot_Wait_YasmineSherif_.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1656121/Education_Cannot_Wait_Logo.jpg?p=medium600

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Higher Education Children-related news