omniture

QNAP Menyampaikan Storan Hibrid 2.5GbE Berkapasiti Tinggi TS-1655 dengan Pemproses Intel 8-teras, Ideal untuk Sandaran dan Virtualisasi Perniagaan

QNAP Systems, Inc.
2023-02-20 15:00 99

TAIPEI, 20 Februari 2023 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc., penginovasi penyelesaian pengkomputeran, perangkaian dan storan yang terkemuka, memperkenalkan TS-1655 2.5GbE NAS berkapasiti tinggi yang dapat menampung dua belas 3.5-inci pemacu keras dan empat 2.5-inci pemacu keadaan pepejal. Direka bentuk dengan seni bina storan hibrid yang mengimbangi prestasi dan kos, TS-1655 mengintegrasikan kuasa pengkomputeran 8-teras, 2.5GbE berkelajuan tinggi dan pengembangan PCIe bagi meningkatkan kecekapan perniagaan untuk perkongsian fail, kolaborasi, sandaran/pemulihan dan virtualisasi rentas pasukan.

QNAP's TS-1655 2.5GbE hybrid storage features an 8-core Intel processor with Intel QuickAssist Technology, ideal for cross-team file sharing, collaboration, backup/restoration, and virtualization.
QNAP's TS-1655 2.5GbE hybrid storage features an 8-core Intel processor with Intel QuickAssist Technology, ideal for cross-team file sharing, collaboration, backup/restoration, and virtualization.

"TS-1655 mencapai keseimbangan kos-prestasi dengan reka bentuk storan hibrid HDD/SSD dan dalam masa yang sama turut menyokong RAID 50/60 yang memberikan kepada pengguna NAS berkapasiti tinggi dengan perlindungan data yang lebih tinggi serta penggunaan ruang storan yang optimum," kata Andy Chuang, Pengurus Produk QNAP, menambah "Tambahan pula, reka bentuk berfokus-SSD termasuk slot M.2 NVMe PCIe terbina dalam dan petak SSD 2.5-inci khusus bagi memacu aplikasi perniagaan yang menuntut prestasi di samping mengupayakan storan berperingkat demi kecekapan-kos yang maksimum."

TS-1655 menggunakan pemproses Intel® Atom® C5125 8-teras 2.8 GHz yang menyokong Intel® QuickAssist Technology (QAT) dan didatangkan dengan empat slot UDIMM DDR4 (8 GB diprapasang) yang boleh dinaik taraf kepada 128 GB bagi menyokong beban kerja yang lebih tinggi. Memori Kod Pembetulan-Ralat turut disokong bagi menyampaikan prestasi gred-pelayan dan keandalan untuk persekitaran IT perusahaan yang lasak. Dengan memasang kad rangkaian 25GbE dwi-port, TS-1655 menyampaikan kelajuan membaca/menulis berurutan yang cemerlang iaitu 3,499/2,465 MB/s.

TS-1655 menyediakan dua port rangkaian 2.5GbE RJ45 (2.5G/1G/100M) yang menyokong penyaluran port untuk pengimbangan beban dan toleransi ralat, membantu organisasi-organisasi dalam aplikasi yang menuntut lebar jalur. Ia boleh berfungsi dengan suis 2.5GbE/10GbE terurus/tidak terurus QNAP bagi mewujudkan persekitaran rangkaian pejabat yang berkelajuan tinggi, selamat dan boleh diskala tanpa melebihi bajet. TS-1655 menyokong SR-IOV dan membawakan tiga slot PCIe untuk memperluaskan keupayaan NAS dengan pelbagai kad pengembangan termasuk kad rangkaian 5/10/25GbE, kad QM2 bagi menambah port rangkaian M.2 SSDs atau 2.5GbE/10GbE, kad Fibre Channel untuk membina storan SAN dan kad pengembangan storan untuk menyambungkan kurungan pengembangan storan QNAP.

TS-1655 berbilang tugas memenuhi permintaan storan untuk keselamatan, pengurusan pusat dan memastikan perlindungan data dengan Snapshots untuk melindungi daripada impak perisian tebusan. Ciri-ciri selanjutnya termasuk: mengehoskan mesin maya dan bekas, mempermudah tugas sandaran setempat/jarak jauh/awan, memudahkan sandaran VMware®/Hyper-V VM, menggunakan gerbang storan awan, mencipta storan objek serasi-S3 pada NAS dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat barisan NAS QNAP penuh, sila kunjungi www.qnap.com. Pelanggan yang berminat untuk membeli boleh meminta sebut harga di sini.

 

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Computer Accessories Telecommunications New products/services