omniture

Dunia Panda - Tempat Bersantai - Pusat Peranginan Pelancong Antarabangsa Panda Chengdu lancar rancangan industri dan senarai peluang pelaburan, laluan pelancong terpilih, drama tarian Giant Panda dan lagu promosi

Chengdu Panda International Tourist Resort
2023-02-20 21:37 53

CHENGDU, China, 20 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelaburan Global untuk Pusat Peranginan Pelancong Antarabangsa Panda Chengdu telahpun diadakan di Daerah Chenghua, Chengdu, China pada 19 Februari 2023. Persidangan ini menghimpunkan wakil-wakil daripada persatuan-persatuan perdagangan pelancongan daripada bandar-bandar berkembar antarabangsa Chenghua dan lebih daripada 100 negara dan wilayah, serta para tetamu daripada lebih 100 perniagaan terkemuka dalam industri ini, termasuk Shanghai Bailian Group, Fosun Holiday (FOLIDAY), InterContinental Hotels Group (IHG), Wyndham Hotel Group, Sasseur Group dan Shenzhen L&A Design yang menghadiri acara ini melalui video atau secara fizikal untuk merangka secara bersama pelan tindakan demi pembangunan bersama pusat peranginan ini.

Persidangan Pelaburan Global untuk Pusat Peranginan Pelancong Antarabangsa Panda Chengdu
Persidangan Pelaburan Global untuk Pusat Peranginan Pelancong Antarabangsa Panda Chengdu

Menumpukan kepada Syurga untuk Panda Gergasi dan Pelancongan Budaya, slogan kedudukan pusat peranginan ini, persidangan ini mempunyai tiga komponen yang dirancang dengan baik iaitu "Terima, Unjur dan Buka" ("Embrace, Project and Open") dan memperkenalkan rancangan industri pusat peranginan serta senarai peluang pelaburan untuk 14 kategori projek besar, laluan pelancong terpilih, drama tarian Giant Panda dan lagu promosi Home of Pandas. Persidangan ini memaparkan sepenuhnya potensi besar pusat peranginan ini dan kerancakan yang mengujakan, lalu memberi rangsangan yang kukuh kepada usaha untuk menghimpunkan lebih banyak sumber termaju global dan membina sebuah pusat peranginan pelancongan santai yang bertaraf dunia.

Perniagaan dan tetamu yang mengambil bahagian percaya bahawa panda gergasi merupakan jenama Cina yang begitu disukai oleh orang ramai di seluruh dunia dan merupakan pertalian penting untuk komunikasi antarabangsa. Mereka menyatakan bahawa persidangan ini menggamit perhatian daripada industri dan selanjutnya serta memberi idea sepenuhnya kepada dunia tentang Pusat Peranginan Pelancong Antarabangsa Panda Chengdu sebagai Syurga untuk Panda Gergasi dan Pelancongan Budaya. Wakil-wakil dan para tetamu mempunyai harapan yang tinggi terhadap pusat peranginan ini. Inilah masa yang tepat untuk melabur di sini!

Source: Chengdu Panda International Tourist Resort
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Animals/Pets Trade show news