omniture

Casio Lancar G-SHOCK Logam-Penuh dengan Rona Kuning-Emas Berkilauan

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-02-21 09:00 148

Memperkenalkan Pilihan Warna Baharu untuk Barisan Jam Tangan Logam Penuh GM-B2100 dengan Bezel Oktagon

TOKYO, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran tambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GM-B2100GD-9A baharu membawakan reka bentuk logam penuh dengan bezel oktagon ikonik, kini ditawarkan dengan rona kuning-emas baharu yang menakjubkan.

GM-B2100GD-9A
GM-B2100GD-9A

Dengan pelancaran tahun 2019 bagi jam tangan pertama dalam barisan 2100 — model kombinasi digital-analog GA-2100 — Casio mempersembahkan interpretasi kontemporari G-SHOCK yang pertama seumpamanya. Terkenal dengan bezel oktagonnya yang tersendiri dan reka bentuk yang nipis dan ringkas, barisan jam tangan ini terbukti popular di serata dunia.

GM-B2100GD-9A baharu yang diumumkan pada hari ini merupakan jam tangan kalis hentakan yang dipersembahkan dengan rona kuning-emas berkilauan, menawarkan pilihan warna baharu untuk model-model GM-B2100 ini. IP kuning emas diaplikasikan bukan sahaja pada bezel dan tali jam, tetapi juga pada aspek-aspek kecil reka bentuk seperti butang sisi dan skru. Aplikasi berasingan kemasan garis halus pada permukaan atas bezel serta kemasan cermin pada sisi condong yang tidak ketara meningkatkan rupa tekstur logam yang cantik berkilauan.

Aksen dalam rona yang serupa dengan kuning emas diaplikasikan untuk menonjolkan komponen-komponen termasuk tanda indeks dan jarum jam. Ia menonjol berlatarbelakangkan muka jam berwarna hitam, lalu memberi kesan yang bergaya kepada jam tangan. Di samping menyampaikan reka bentuk yang cukup serba guna untuk dipadankan dengan sebarang pakaian, sama ada kasual atau formal, warna kuning-emas menonjolkan karakter tersendiri secara halus.

Jam tangan baharu ini turut menyampaikan utiliti praktikal, dengan sistem pengecasan Tough Solar yang menghapuskan keperluan untuk menggantikan bateri dengan kerap. Ia turut dilengkapi dengan ciri Mobile Link* untuk paparan penjagaan masa yang tepat serta tetapan penggera, waktu dunia yang mudah dan fungsi-fungsi lain apabila menggandingkan telefon pintar melalui Bluetooth®.

* Perlu memuat turun aplikasi CASIO WATCHES khas.

Tanda perkataan dan logo Bluetooth® merupakan tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.

GM-B2100GD-9A dan muka jam
GM-B2100GD-9A dan muka jam

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services