omniture

Mobileum Umum Keluaran Baharu Platform Kecerdasan Aktif

Mobileum
2023-02-21 09:00

Versi baharu ini akan menyokong portfolio serba lengkap Mobileum dan meningkatkan keupayaan Pembelajaran Mesinnya untuk membantu CSP menangani landskap teknologi yang sedang berkembang pesat 

CUPERTINO, California, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), sebuah syarikat penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi yang terkemuka di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan keluaran terkini Platform Kecerdasan Aktif (AIP), penyelesaian data raya natif awan yang direka untuk mengumpul dan menganalisis jumlah, kepantasan dan kepelbagaian aliran data kompleks yang semakin meningkat yang dijana oleh rangkaian Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP).

 

Keluaran baharu AIP ini dibangunkan berdasarkan seni bina 'lakehouse' data yang canggih serta menetapkan asas kepada "Satu Platform," "Satu Teknologi," "Satu Dasar Data," dan "Satu Pengalaman Pengguna." Asas ini akan membolehkan para pelanggan menguruskan data sebagai produk, memberikan keupayaan kepada pihak berkepentingan dengan fungsi yang berbeza dan ahli pasukan khusus domain untuk bekerjasama serta mempunyai kawalan dan kebolehlihatan sepenuhnya terhadap kitaran hayat data. Para pengguna boleh bergantung kepada infrastruktur data ini untuk menjalankan analisis BI yang tersedia dengan cepat, manakala para saintis data pula boleh membangunkan dan menguji model pembelajaran mesin baharu dengan lebih pantas serta lebih berkeyakinan. Keluaran ini menyokong pelbagai penggunaan khusus domain yang meluas untuk perayauan mudah alih, keselamatan rangkaian, pengurusan risiko, ujian dan jaminan perkhidmatan, pengalaman pelanggan dan pengewangan data.

"Penyedia perkhidmatan mempunyai akses kepada sejumlah besar data tetapi menghadapi kesukaran untuk menganalisis dan memanfaatkannya secara menyeluruh di seluruh organisasi. Seni bina 'lakehouse' data AIP yang baharu ini menyediakan repositori yang sama untuk kedua-dua data berstruktur dan tidak berstruktur – mendayakan cerapan yang dikuasakan AI/ML dengan lebih baik serta menggunakan sumber yang kurang," jelas Avnish Chauhan, Ketua Pegawai Teknologi Mobileum. "Keluaran terkini ini meningkatkan keupayaan kod rendah pengendali yang membolehkan para saintis data bukan rasmi menghasilkan kes penggunaan analisis mereka sendiri dan membuat ramalan dengan cepat dan mudah – serta membawa kuasa pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan ke seluruh organisasi."

Platform Kecerdasan Aktif memudahkan analisis data dengan menghapuskan keperluan para pengendali untuk mengurus dan menyokong komponen, pangkalan data dan penyimpanan pembelajaran mesin individu yang membolehkan CSP memberi tumpuan kepada perniagaan mereka. Ia dibangunkan dengan menggunakan piawaian industri dan API terbuka untuk penyepaduan yang lebih mudah. Malah seni bina natif awannya boleh disepadukan dengan mana-mana penyedia awan sedia ada – atau ia boleh dipasang di premis - yang membolehkan para pengendali memanfaatkan teknologi terbaik.

Setiap penggunaan Mobileum dibangunkan sebagai tambahan kepada manfaat AIP yang merangkumi keupayaan dan cerapan analisisnya. Versi baharu ini memperluas potensi dalam beberapa bidang seperti pengesanan anomali rangkaian, analisis punca dan tiket masalah yang membolehkan proses gelung tertutup yang automatik sepenuhnya. Selain itu, ia turut meningkatkan pengurusan risiko bersepadu yang membolehkan cerapan yang luas dalam masa nyata serta penyepaduan yang ketat antara aplikasi penipuan dengan keselamatan.

"Ini merupakan ketangkasan dan fleksibiliti yang diperlukan oleh setiap pengendali rangkaian dalam era 5G. Keupayaan untuk menangani format data, model perniagaan dan penggunaan serta teknologi baharu yang pantas kini boleh dilakukan dengan AIP," kata En. Chauhan.

Untuk menyaksikan demonstrasi AIP versi terkini ini atau untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi reruai Mobileum di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol dari 27 Februari hingga 2 Mac 2023.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Data Analytics