MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ --
- Bagi memperkenalkan Platform Pengurusan Pelanggan dan Perolehan LTE di MWC
Elitecore Technologies, penyedia yang menerajui bagi penyelesaian Pengurusan Perolehan, Caj dan Dasar Bersepadu mengumumkan Platform Pengurusan Pelanggan dan Perolehan LTE telah berjaya membantu pengendali Tier-1 yang menerajui di Bahrain untuk melaksanakan pelancaran LTE secara besar-besaran bersama perkhidmatan WiMax yang masih berterusan. Dengan memberi sokongan kepada hampir 200 ribu pelanggan kediaman dan korporat, platform Elitecore turut menyokong Transformasi lengkap WiMax kepada LTE dengan menggunakan semula komponen legasi WiMax IT menerusi integrasi yang berkesan kos dengan menggunakan komponen teras paket dimajukan pihak ketiga (EPC) lalu membolehkan pengaktifan yang lancar bagi perkhidmatan prabayar serta pascabayar yang pelbagai seperti Voice, Data, VoIP serta tawaran berkas (LTE + WiMax). Elitecore juga merancang untuk memaparkan pelaksanaan platform pengurusan pengguna dan perolehan prabersepadu yang berjaya ketika MWC akan datang di Barcelona.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )
Elitecore turut menawarkan Katalog Produk Bertumpu yang membolehkan para pengendali untuk menyediakan perkhidmatan LTE dan Data WiMAX & VoIP baharu pada platform tunggal, di samping melancarkan integrasi antara Perkhidmatan dan juga Katalog Produk bagi pemasaran yang lebih pantas. Caj dalam talian bagi VoIP prabayar serta perkhidmatan data melalui IMS berupaya menjadi pelan prabayar yang lebih berdaya saing serta inovatif, di samping portal titik jualan tunggal yang memastikan pemerolehan pelanggan serta pembolehan perkhidmatan masa sebenar.
Vaibhav Mehta, Naib Presiden Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan Baharu Elitecore berkata, "Elitecore telah terbukti sebagai rakan kongsi yang andal bagi penyedia perkhidmatan untuk menangani cabaran pertukaran daripada WiMax kepada LTE. Ini dapat dilakukan menerusi fleksibiliti timbunan tunggal, bertumpu, prabersepadu atau komponen bermodul yang dapat beroperasi sendiri. Platform kami membolehkan penghasilan perkhidmatan baharu bagi para pengendali tanpa mengganggu pelan sedia ada sambil benar-benar menambah baik tempoh pemasaran agar menjadi lebih pantas."
Platform pengurusan pelanggan dan perolehan LTE Elitecore ini turut menawarkan timbunan BSS prabersepadu masa sebenar (Caj Dalam Talian, Bil Bertumpu, Pembekalan) serta pilihan EPC (PCRF, DSC dan 3GPPAAA) agar para pengendali dapat mempercepatkan pelancaran besar-besaran bagi perkhidmatan 4G/LTE, IMS serta memperhebat pengalaman keseluruhan para pelanggan menerusi platform bertumpu yang tunggal.
Latar Belakang Elitecore
Elitecore Technologies merupakan syarikat produk IT global yang menerima pelaburan daripada Carlyle Group, yang menyediakan BSS berserta teras paket dengan tawaran prabersepadu serta bermodul yang fleksibel. Rangkaian Elitecore adalah bersesuaian dengan ekosistem vendor yang besar, yang mewujudkan keperluan CSP bagi pemasaran yang lebih pantas serta TCO yang lebih baik. Sebagai penghasil penyelesaian IP terkemuka, produk Elitecore sangat bersesuaian dengan perkhidmatan untuk generasi masa hadapan serta mampu memenuhi keperluan pengewangan pengendali merentasi semua rangkaian akses.
Maklumat Perhubungan Akhbar
LK Pathak
AVP-Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E: l.k.pathak@elitecore.com
Sumber: Elitecore Technologies