omniture

TCL Tersenarai Jenama TV 2 Teratas Global Menurut OMDIA

TCL Electronics
2023-02-23 12:08 22

TCL menegaskan semula perintisnya dalam TV LED Mini dan QLED pada tahun 2023 menerusi penawaran televisyen premium

HONG KONG, 23 Februari 2023 /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengumumkan kedudukan terkini Jenama TV 2 Teratas Global menurut laporan set TV Global OMDIA 2022, yang mana datanya turut menunjukkan bahawa televisyen bersaiz besar TCL telah menerima momentum semakin meningkat yang signifikan sepanjang tahun lalu dan kekal di kedudukan No.1 bagi bahagian pasaran televisyen 98-inci global.

TCL telah menjadi pelopor bagi TV LED Mini dan memulakan tahun 2023 dengan mempamerkan paparan terkini dan inovasi pintar di CES 2023. TCL turut berbesar hati kerana telah memenangi dua CES® 2023 Innovation Awards untuk TV 4K LED Mini TCL C935 dan C835.

Pada tahun 2023, Siri LED Mini baharu TCL akan disediakan dengan saiz skrin XL yang membolehkan bilangan LED Mini yang lebih banyak diaplikasikan pada TV dengan zon pemalapan setempat peringkat-ribu, membawa kontras tinggi peringkat-juta, kecerahan puncak yang menakjubkan dalam imejan serta prestasi perincian yang menonjol oleh algoritma kawalan cahaya sangat baik daripada TCL yang kesemuanya membantu mendedahkan setiap butiran pada setiap bahagian yang sangat terang, seperti cahaya matahari atau kegelapan gua.

Siri TV LED Mini dan TV QLED 2023 TCL yang amat dinanti-nantikan akan tersedia untuk pasaran global bermula dari suku pertama. Sila nantikan dan hubungi pejabat TCL anda yang paling hampir atau kunjungi saluran media sosial kami untuk maklumat yang terkini.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television Awards