omniture

Yutong Menduduki Kedudukan Teratas dalam Pasaran Bas Elektrik Eropah bagi tahun 2022

Yutong Bus
2023-02-24 08:38 145

LONDON, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengeluar bas elektrik global yang terkemuka, mendahului jualan bas elektrik di Eropah pada tahun lalu berdasarkan kekuatan kenderaannya yang berkualiti tinggi.


Syarikat ini tersenarai di kedudukan teratas dalam senarai kedudukan yang disusun oleh Chatrou CME Solutions Europe, dengan 479 bas dijual di Eropah pada tahun 2022. Kedudukan teratas itu mengukuhkan kedudukan Yutong sebagai pengusaha yang mengagumkan dalam industri bas elektrik Cina yang amat kompetitif.


Data daripada Chatrou CME Solutions menunjukkan bahagian pasaran untuk bas emisi-sifar di bandar-bandar Eropah kini telah mencecah 30%. Syarikat perunding Belanda ini telah lama menjejaki perubahan dan trend dalam pasaran kenderaan komersial tenaga-baharu, menjadi suara yang berwibawa untuk keadaan industri bas elektrik di Eropah.

Jualan Eropah oleh Yutong melonjak 58% pada tahun 2022 tahun-demi-tahun, berbanding tahun sebelumnya, manakala bahagian pasarannya meningkat daripada 9.2% pada tahun 2021 kepada 11.5% pada tahun 2022, lalu menjadi bukti terhadap kualiti produk syarikat yang dibawa ke pasaran. Yutong telah menjual produk-produknya di seluruh dunia. Laporan tersebut menunjukkan bahawa Yutong memasuki pasaran Eropah pada tahun 2018 dan mengeksport lebih daripada 2,200 unit secara keseluruhan, meliputi lebih daripada 15 negara, iaitu Poland, Denmark, Perancis, Finland, Norway, UK, Itali, Sepanyol, Portugal, Bulgaria, Iceland dan sebagainya.

Permintaan Eropah terhadap bas emisi sifar terus meningkat dengan keperluan terhadap bas hibrid, gas asli dan tenaga alternatif semakin berkembang, selain daripada elektrik tulen. Bas-bas Cina memainkan peranan yang semakin penting dalam transformasi hijau pengangkutan awam di Eropah.

Mendorong kejayaan syarikat ini, Yutong mempromosikan transformasinya dengan aktif bermula daripada pengeluar bas kepada penyedia penyelesaian mobiliti hijau. Negara-negara Eropah mempromosikan pengangkutan awam emisi-sifar secara sedar, menjadikan modul "produk + perkhidmatan" Yutong sebagai pilihan yang jelas apabila mendapatkan kenderaan dan penyelesaian mobiliti untuk pasaran masing-masing.

Tahun 2022 merupakan tahun yang amat berjaya untuk pasaran tenaga baharu di peringkat global dan Yutong berupaya mengukuhkan reputasinya dari segi produk, perkhidmatan, penyelesaian dan teknologi. Dorongan daripada syarikat ini untuk pengantarabangsaan membawa peluang yang ketara untuk meluaskan jejak luar negaranya secara berterusan.

Selain daripada Eropah, bas-bas tenaga baharu daripada Yutong Bus telahpun digunakan di lebih daripada 20 negara dan wilayah seluruh dunia, mencapai operasi yang baik di Qatar, Mexico, Chile, Singapura, Australia dan negara-negara lain, membangunkan pengangkutan awam mesra alam.

 

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Sales reports