omniture

SANY bakal Perkenal Peralatan Pembinaan Terkini di CONEXPO-CON/AGG

SANY Group
2023-02-24 14:32 157

BEIJING, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- SANY Group, ("SANY"), peneraju global dalam industri pembuatan peralatan canggih, sedang bersiap sedia untuk CONEXPO-CON/AGG 2023, pameran perdagangan pembinaan yang terbesar di Amerika Utara dan acara ulung yang menghubungkan ahli-ahli profesional daripada setiap sektor pembinaan utama, berlangsung mulai 14 hingga 18 Mac di Las Vegas. Di bawah sepanduk "Made for America, Raised in Georgia" ("Dibuat untuk Amerika, Dibesarkan di Georgia"), reruai SANY (F9553) akan membawakan lebih tiga puluh mesin termasuk mesin pengorek dan jentera angkut berkuasa elektrik yang terkini berserta pelbagai persembahan produk untuk mendemonstrasikan sejauh mana penyelesaian teknikal dan perkhidmatan profesional SANY yang bijak mengoptimumkan kecekapan bahan api, memaksimumkan produktiviti pembinaan dan memberi sokongan pelanggan yang responsif.

 

Antara penyelesaian termaju daripada SANY yang menunjukkan komitmen iklim syarikat ini ialah platform pemantauan karbonnya yang dibangunkan dengan kerjasama Rootcloud, penyedia penyelesaian IoT perindustrian yang terkemuka, bagi memudahkan China dalam mempercepatkan usaha ke arah mencapai puncak karbon dan sasaran neutral. Platform ini, yang telahpun digunakan untuk kilang No.18 syarikat ini, membolehkan SANY mengukur dan mengurus prestasi kecekapan tenaganya.

Sementara itu, sistem pengurusan tenaga SANY yang dikuasakan oleh internet perindustrian dan teknologi blok rantai akan memaparkan keupayaan untuk menjejak dengan tepat jejak karbon korporatnya daripada penggunaan tenaga dan sumber serta mengoptimumkan sistem tadbir urus ESGnya.

Ditampilkan buat julung kalinya di China pada tahun lalu, mesin pengorek mini elektrik SY19E SANY mencuri perhatian di bauma 2022, Jerman lantaran reka bentuknya yang unik, ciri-ciri yang versatil, operasi yang senyap dan hayat bateri yang luar biasa panjang. Dilengkapi dengan motor segerak magnet kekal tork tinggi dan sistem pemacu elektrik bersepadu proprietarinya, kecekapannya melebihi 95 peratus, dilengkapi dengan ciri-ciri kalis cuaca IP67, ujian penebat, pengesanan voltan dan arus serta diagnosis kerosakan yang memastikan perlindungan yang menyeluruh.

Jentera angkut elektrik SW956E SANY merupakan mesin yang kecil namun berkuasa, dikuasakan oleh motor segerak magnet kekal berkuasa tinggi yang berupaya menyampaikan tork seketika 2400Nm. Sistem pintar pada mesinnya boleh melaraskan output kuasa secara automatik berdasarkan kepada muatan, kelajuan dan keadaan lain, digandingkan dengan bateri 282kWj yang dapat menyediakan penggunaan lapan jam selepas satu jam pengecasan. Dari segi keselamatan, mesin ini menempatkan sistem brek hidraulik dwi-litar dan reka bentuk rentang besar dan jarak roda besar, serta sistem kawalan suhu pintar bersepadu untuk bateri, motor pemacu dan modul kawalan elektronik bagi membantunya menghadapi keadaan kerja yang sangat panas dan sejuk dengan mudah.

Untuk melihat sorotan SANY di CONEXPO-CON/AGG 2020, sila klik: https://www.youtube.com/watch?v=NxcFIR4g180

Maklumat perhubungan:

Yolanda, rongy@sanyglobal.com
Talian Penting Jualan: +86-731-85835199

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Machinery Mining/Metals New products/services Trade show news Future Events