omniture

Anugerah Guangzhou ke-6 Kini Dibuka untuk Permohonan

The Guangzhou Award Secretariat
2023-02-24 14:36 52

GUANGZHOU, China, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 23 Februari, majlis pelancaran Anugerah Inovasi Perbandaran Antarabangsa Guangzhou (Anugerah Guangzhou) ke-6 telahpun diadakan di Barcelona, Sepanyol semasa Wacana Harmoni dan Kampus United Cities and Local Governments (UCLG) 2023. Di mesyuarat tersebut, UCLG, World Association of the Major Metropolises (Metropolis) dan Bandar Guangzhou bersama-sama mengumumkan pelawaan penyerahan bagi Anugerah Guangzhou ke-6. En. Deng Changxiong, Timbalan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Perbandaran Guangzhou, Cik Emilia Saiz, Setiausaha Agung UCLG dan En. Jordi Vaquer, Setiausaha Agung Metropolis, menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan.


En. Deng membacakan ucapan tahniah daripada Chinese People's Association for Friendship with Foreign Countries (CPAFFC) dalam ucapan beliau. "CPAFFC bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan daripada semua bandar bagi menyokong UCLG dan Metropolis untuk memainkan peranan yang lebih besar dan terus memanfaatkan platform-platform antarabangsa seperti Global Mayors' Forum dan Anugerah Guangzhou bagi mencipta peluang untuk jalinan kerjasama dan pembangunan antara bandar-bandar global."

Cik Emilia Saiz dan En. Jordi Vaquer amat menghargai pencapaian dan sumbangan yang dibuat oleh Guangzhou dalam menggalakkan pertukaran serta kerjasama antarabangsa secara aktif antara bandar-bandar serta memupuk pembangunan inovatif bandar-bandar global dan menyatakan sokongan berterusan mereka yang tidak berbelah bahagi demi pembangunan Anugerah Guangzhou.

Ditaja bersama oleh Bandar Guangzhou, UCLG dan Metropolis, Anugerah Guangzhou bertujuan untuk mengiktiraf inovasi dalam meningkatkan kemampanan sosial, ekonomi dan alam sekitar serta tadbir urus bandar yang baik di bandar-bandar serta wilayah-wilayah dan, dengan berbuat demikian, dapat memajukan kemakmuran dan kualiti hidup rakyat mereka. Setakat ini, lima kitaran telahpun diadakan, menarik minat lebih 1,300 inisiatif dari seluruh dunia. Ia telah menjadi platform global untuk pembelajaran bandar-ke-bandar serta dokumentasi, penyebaran dan analisis terhadap pelaksanaan setempat untuk agenda-agenda global termasuk SDG dan Agenda Perbandaran Baharu (New Urban Agenda, NUA).

Anugerah Guangzhou ke-6 kini mempelawa penyertaan dari semua bandar dan kerajaan tempatan di seluruh dunia dengan inisiatif-inisiatif yang sedang berjalan atau telahpun selesai baru-baru ini, termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan-rakan kongsi persendirian dan masyarakat awam. Sila ketahui lebih lanjut tentang garis panduan yang terperinci di: http://www.guangzhouaward.org/The6thGuangzhouAward?lang=en

Source: The Guangzhou Award Secretariat
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Awards New products/services