INNSBRUCK, Austria, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- MED-EL, peneraju penyelesaian pendengaran boleh diimplan, hari ini meraikan kejayaan bersama-sama dengan mereka yang hidup dan mendapat manfaat daripada implan koklear. Hari Implan Koklear Sedunia dianjurkan sempena memperingati perkembangan teknologi yang luar biasa sejak implan koklear moden mula-mula dicipta 45 tahun yang lalu. Bagi MED-EL, terdapat sebab kejayaan besar ini wajar diraikan: Kira-kira 1 juta implan koklear (CI) telah dilakukan untuk membantu orang ramai di seluruh dunia mendengar.[1]
Sistem implan koklear yang kita ketahui pada hari ini dengan reka bentuknya yang kecil serta teknologi sedia masa depan yang terbina dalam, telah berkembang saban tahun sejak saintis dari Austria, Ingeborg dan Erwin Hochmair, mula mengusahakan peranti pertama mereka pada awal tahun 1970-an. Walaupun semasa di peringkat permulaannya CI memerlukan pemproses audio bersaiz besar yang dipakai di badan, ia telah merevolusikan cara individu yang kehilangan saraf deria pendengaran menikmati kehidupan di dunia dengan memulihkan deria bunyi dan pertuturan mereka. Saiz implan pendengaran hari ini adalah jauh lebih kecil, dipakai di belakang telinga dan menampilkan teknologi inovatif yang membolehkan penerima mendengar semua jenis bunyi - walaupun nuansa muzik yang halus. Sepuluh tahun lalu, pemproses audio RONDO daripada MED-EL memudahkan lagi kehidupan para penggunanya melalui penyepaduan mikrofon, pemproses, gegelung dan bekalan kuasa dalam satu peranti padat kira-kira sebesar saiz duit syiling.
Masa depan implan koklear juga kelihatan menarik, dengan CI boleh diimplan sepenuhnya serta ciri-ciri baharu lain yang menggabungkan AI yang telah pun dikaji dalam beberapa ujian klinikal.
Kualiti kehidupan yang dipertingkat
Teknologi dan reka bentuk yang ditambah baik secara berterusan menawarkan kualiti kehidupan baharu kepada orang ramai yang mengalami kehilangan pendengaran pada pelbagai peringkat usia. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran mendapat manfaat yang paling besar jika mereka menerima implan seawal mungkin, sebaik-baiknya pada tahun pertama kehidupan mereka.[2] Implantasi awal memberi mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran bahasa yang sama seperti kanak-kanak yang mempunyai kebolehan mendengar normal.[3] Colleen, seorang ibu yang menetap di AS, menceritakan tentang anaknya, "Implan yang terdapat pada Liam adalah sebahagian daripada dirinya namun itu tidak menetapkan atau mengehadkan kehidupan beliau dalam apa jua cara sekalipun. Disebabkan implan yang dilakukan, beliau kini mempunyai kehidupan yang saya gambarkan semasa beliau masih bergelar bayi."
Walau bagaimanapun, implan bukan hanya untuk kanak-kanak. CI juga boleh memulihkan kualiti kehidupan orang dewasa yang mengalami kehilangan pendengaran, menggalakkan kehidupan sosial yang lebih aktif serta menambah baik hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
"Tanpa implan koklear ini, saya mungkin tidak dapat mencapai kejayaan seperti yang saya perolehi selama ini dan mempunyai hubungan yang begitu baik dengan keluarga, rakan dan guru saya," kata Sharlene, seorang penerima CI dari Filipina.
Namun, ramai calon yang berpotensi tidak menerima CI. Walaupun hampir semua implan untuk kanak-kanak dibayar balik, namun situasi ini agak berbeza bagi golongan dewasa, menyebabkan ramai individu yang mengalami kehilangan pendengaran sepenuhnya atau yang teruk, tidak mendapat manfaat. Secara purata, kurang daripada 10% individu yang boleh mendapat manfaat daripada CI, hanya menerima satu sahaja dalam situasi sebenar.[4]
Mengatasi masalah kehilangan pendengaran seawal mungkin
Kehilangan pendengaran masih tidak diambil berat atau diterima sebagai sebahagian daripada proses penuaan. Walau bagaimanapun, saintis baru-baru ini mendapati bahawa kehilangan pendengaran yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko demensia sebanyak 8%.[5] Hasil kajian ini menekankan kepentingan untuk memandang kehilangan pendengaran sebagai sesuatu yang serius walaupun pada tahap yang paling ringan - bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang tersayang.
"Kehilangan pendengaran tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kehidupan dan proses penuaan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami masalah pendengaran, penting untuk mendapatkan nasihat profesional pada peringkat awal," desak Ingeborg Hochmair, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MED-EL.
MED-EL menawarkan maklumat berharga pada laman web syarikat termasuk gambaran keseluruhan tentang pelbagai jenis kehilangan pendengaran dan ujian pendengaran dalam talian secara percuma yang boleh membantu mengenal pasti kehilangan pendengaran yang berpotensi.
Untuk maklumat lanjut tentang implan koklear daripada MED-EL, sila layari www.medel.com/hearing-solutions/cochlear-implants.
Berinteraksi dengan mereka yang menjalani implan koklear di seluruh dunia di www.hearpeers.medel.com/connect.
Tentang MED-EL
MED-EL Medical Electronics, peneraju dalam penyelesaian pendengaran boleh implan, didorong oleh misi untuk mengatasi masalah kehilangan pendengaran yang menjadi penghalang kepada komunikasi dan kualiti kehidupan. Perniagaan milik persendirian yang berpangkalan di Austria ini diasaskan bersama oleh perintis industri, Ingeborg dan Erwin Hochmair, yang mana penyelidikan baharu mereka membawa kepada pembangunan implan koklear (CI) mikro elektronik berbilang saluran yang pertama di dunia, yang berjaya diimplan pada tahun 1977 dan menjadi asas kepada CI moden hari ini. Ia menjadi asas kepada pertumbuhan syarikat yang berjaya pada tahun 1990 apabila mereka melantik pekerja pertama mereka. Pada masa ini, MED-EL mempunyai lebih 2,500 orang pekerja dari kira-kira 80 buah negara dengan 30 lokasi di seluruh dunia.
Syarikat ini menawarkan pelbagai penyelesaian boleh implan dan tanpa implan untuk merawat semua jenis masalah kehilangan pendengaran yang membolehkan orang ramai di 137 buah negara menikmati anugerah pendengaran dengan bantuan peranti MED-EL. Penyelesaian pendengaran MED-EL termasuklah sistem implan koklear dan telinga tengah, iaitu sebuah gabungan sistem implan pendengaran rangsangan akustik elektrik, implan stem otak auditori serta peranti konduksi tulang melalui pembedahan dan bukan pembedahan. www.medel.com
1. Zeng, F.-G. (2022). Celebrating the one millionth cochlear implant. JASA Express Letters, 2(7), 1-8.
2. Culbertson SR dll. (2022): Younger Age at Cochlear Implant Activation Results in Improved Auditory Skill Development for Children With Congenital Deafness. Jurnal Resolusi Ucapan Bahasa Pendengaran. September 2022 12;65(9):3539-3547.
3. May-Mederake B dll. (2010): Evaluation of auditory development in infants and toddlers who received cochlear implants under the age of 24 months with the LittlEARS) Auditory Questionnaire. Jurnal Antarabangsa Otorinolaringologi Pedriatik. Oktober 2010;74(10):1149-55.
4. De Raeve L, Van Hardeveld R (2013): Prevalence of cochlear implants in Europe: What do we know and what can we expect? Jurnal Sains Pendengaran, 2013, 3 (4):12.
5. Livingston G dll. (2020): Dementia prevention, intervention, and care: 2020 report of the Lancet Commission. Lancet. 8 Ogos 2020;396(10248):413-446.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2002223/MED_EL_Cochlear_Implant.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860202/MED_EL_Logo.jpg?p=medium600
Sila hubungi:
www.medel.com/press-room