omniture

Henley & Partners: Program Penghijrahan Pelaburan Terbaik di Dunia pada Tahun 2023

Henley & Partners
2023-02-28 16:00

LONDON, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Daya tarikan Eropah semakin menyerlah pada tahun 2023, yang menyaksikan program pemastautin dan kewarganegaraan melalui pelaburan di Eropah mengekalkan tempat teratas dalam kedudukan terkini yang diterbitkan oleh Henley & Partners bagi program penghijrahan pelaburan yang paling dicari-cari di dunia. Malta memperoleh tempat pertama dalam Indeks Program Kewarganegaraan Global untuk tahun kelapan berturut-turut, manakala Program Permit Pemastautin Emas Portugal sekali lagi mengungguli Indeks Program Pemastautin Global.

Edisi pada tahun ini merangkumi analisis yang menyeluruh dengan membandingkan 40 buah program yang telah dinilai oleh barisan panel yang terdiri daripada pakar bebas yang terkenal. Edisidigital interaktif indeks tersebut turut disediakan bagi membolehkan para pelabur global dan keluarga kaya mewujudkan portfolio hak pemastautin dan kewarganegaraan yang boleh membuka peluang global dan mengurangkan risiko bidang kuasa.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners menyatakan bahawa laporan ini penting bukan sahaja untuk pelanggan persendirian dan penasihat mereka serta para profesional industri lain, tetapi juga untuk para penggubal dasar kerajaan yang ingin menguruskan program penghijrahan pelaburan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi dan autonomi fiskal yang lebih tinggi. "Pada masa ini di mana berlakunya ketidaktentuan yang melampau, negara-negara menggunakan program pemastautin dan kewarganegaraan melalui pelaburan sebagai kaedah pembiayaan yang inovatif untuk memperuntukkan dana pelabur kepada projek sosial, infrastruktur dan pembangunan nasional atau serantau yang memberi manfaat kepada rakyat dan penduduk mereka."

Pemastautin Melalui Pelaburan Namibia – Program terbaharu di dunia

Walaupun tidak dinyatakan dalam penerbitan tersebut disebabkan pelancarannya hanya berlaku pada hari ini, namun Henley & Partners telah mengumumkan tentang pilihan pemastautin melalui pelaburan yang baharu — dan yang kedua di Afrika: Program Pemastautin Melalui Pelaburan Namibia. Dengan pelaburan minimum hartanah sebanyak USD316,000, para pelabur memperoleh hak untuk menetap dan menjalankan perniagaan di negara ­ tersebut ­— salah satu pasaran kekayaan swasta yang paling pesat berkembang di benua ini dengan ramalan pertumbuhan sebanyak 60% sepanjang dekad akan datang. 

Ketua Pelanggan Persendirian Kumpulan Henley & Partners, Dominic Volek menyatakan bahawa "kerajaan Namibia menyediakan pelbagai peluang kepada para pelabur antarabangsa yang mencari tapak dan pertumbuhan di benua Afrika, dengan menawarkan insentif cukai, pembiayaan dan perkhidmatan biro sehenti untuk syarikat-syarikat antarabangsa. Selain itu, keindahan semula jadinya yang unik serta ruang yang luas dan ketenangan merupakan suatu gabungan yang menjadikan Namibia sebagai tawaran yang amat menarik."

Henley & Partners telah menerima 45.5% lebih banyak pertanyaan pada tahun 2022 yang mengatasi rekod pada tahun 2021. Pada tahun lepas, rakyat Amerika AS merupakan warganegara yang paling ramai mencari pilihan alternatif bagi pemastautin dan kewarganegaraan.

Baca Siaran Akhbar Lengkap 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research