omniture

ZTE lancar penyelesaian UniSite semua-senario dan siri produk di MWC 2023

ZTE Corporation
2023-02-28 16:20 64
  • Membantu pengendali membina rangkaian 5G yang amat ringkas, sangat cekap dan berkolaborasi semua-jalur
  • Membantu pengendali membina rangkaian 5G terbaik dengan TCO terendah bagi menginspirasikan ekonomi digital

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, melancarkan penyelesaian 5G UniSite semua senarionya dan siri produk inovatif yang utama dalam industri di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol, bertujuan untuk membantu pengendali membina rangkaian 5G berorientasikan masa depan yang amat ringkas, sangat cekap dan berkolaborasi semua-jalur.

ZTE melancarkan penyelesaian UniSite semua-senario dan siri produk di MWC 2023
ZTE melancarkan penyelesaian UniSite semua-senario dan siri produk di MWC 2023

  • Radio Ultra Jalur Lebar (UBR) tiga-sektor 12TR unik untuk penyelesaian tapak paling ringkas

Tatkala pengkomersialan 5G menjadi semakin pantas, jalur-jalur FDD sedia ada mempercepatkan evolusi kepada 5G. walau bagaimanapun, faktor spektrum yang amat terpecah-pecah telah membawa banyak cabaran seperti sejumlah besar unit radio, ruang menara yang terhad dan kos O&M yang tinggi.

UBR 12TR ZTE adalah unik dalam industri ini, mengintegrasikan 1.8GHz dan 2.1GHz serta tiga-sektor dalam satu kotak dengan 12×120W kuasa daya pemprosesan ultra-tinggi yang menjamin baik pengalaman RAT sedia ada mahupun evolusi kepada 5G.

Bagi UBR 12TR yang berfungsi dengan UBR 6TR tiga-sektor frekuensi-rendah, hanya dua unit radio mencukupi untuk menyokong 5 jalur FDD, lalu menjadikan penyelesaian tapak dipermudah dengan ketara. Berbanding dengan penyelesaian tradisional, penggunaan kuasa boleh dikurangkan sebanyak 30%. Selain itu, antena sedia ada, modul kuasa, bateri dan infrastruktur lain boleh digunakan semula ke suatu tahap maksimum, lalu mengurangkan lagi TCO.

  • UBR berkuasa tinggi bersiri untuk perkongsian RAN

Dalam era 5G, perkongsian RAN telah menjadi pilihan yang boleh dilaksanakan dan paling menjimatkan untuk lebih banyak pengendali. Produk UBR bersiri ZTE dapat memenuhi keperluan berbilang jalur, kuasa tinggi dan penggunaan yang mudah daripada perkongsian RAN.

Produk UBR bersiri menyokong kombinasi pelbagai jalur frekuensi Sub-3GHz dan Sub-1GHz, serta kuasa transmisi terpelbagai daripada 4×120W kepada 4×180W. Selain itu, sumber kuasa boleh dikongsi antara jalur-jalur frekuensi yang berbeza berdasarkan permintaan.

Antara produk-produk ini, UBR tiga-jalur 1.8GHz + 2.1GHz + 2.6GHz menawarkan kuasa transmisi terbesar dalam industri – 4×180W, menyokong secara fleksibel perkongsian RAN berbilang pengendali, sementara UBR tiga-jalur 900MHz + 1.8GHz + 2.1GHz yang unik dalam industri ini mengintegrasikan tiga jalur FDD yang digunakan paling meluas, lalu mencapai ruang menara minimum.

  • AAU tatasusunan antena luar biasa besar 128TR untuk kapasiti ultra-besar masa depan

Demi permintaan kapasiti ultra-besar masa depan di kawasan bandar yang padat, ZTE melancarkan AAU tatasusunan antena luar biasa besar dalam jalur Sub-6GHz yang mana bilangan saluran penerima digandakan daripada 64TR tradisional kepada 128TR dan bilangan elemen antena yang berkaitan digandakan daripada 192 kepada 384 bagi mencapai peningkatan liputan dan perolehan kapasiti.Hasil daripada inovasi terhadap seni bina dan algoritma, AAU 128TR dapat meningkatkan liputan bandar yang padat sebanyak 3dB dan lebih penting lagi, berupaya untuk 32 strim data pautan bawah dan 24 strim data pautan atas. Justeru itu, daya pemprosesan puncak sel boleh mencecah 10Gbps manakala daya pemprosesan purata sel dan pengalaman pengguna pinggiran juga mendapat peningkatan dengan ketara.

  • AAU lebar jalur ultra-besar mmWave dan MiCell untuk lebih banyak senario

Bagi kawasan panas trafik, angkut balik tanpa wayar tapak, akses tanpa wayar tetap (FWA) perusahaan atau isi rumah, ZTE melancarkan AAU 8T8R mmWave dengan lebar jalur ultra-besar 1.6GHz yang mencapai sehingga 25Gbps daya pemprosesan puncak. Tambahan pula, produk ini dapat dibahagikan secara fleksibel kepada dua sel 4T4R, membolehkan lebih banyak aplikasi tambahan pada tapak yang sama.

MiCell, penyelesaian mikro-sel teragih mmWave inovatif daripada ZTE boleh mencapai daya pemprosesan 4Gbps bagi setiap kepala RF. Penyelesaian ini boleh memenuhi kehendak trafik ultra-tinggi di stadium, pameran, hab pengangkutan dan tempat-tempat lain serta beradaptasi secara fleksibel dengan pelbagai keperluan aplikasi melibatkan kapasiti ultra tinggi, kependaman rendah dan keandalan tinggi dalam senario B2B seperti kilang pintar.

Melalui reka bentuk seni bina inovatif MiCell, modul Frekuensi Perantaraan (IF) dipindahkan dari kepala RF ke BBU bagi mencapai pengumpulan sumber IF, yang boleh dikongsi secara dinamik oleh semua kepala RF. Seni bina ini meminimumkan kerumitan kepala RF, menjadikannya jauh lebih kecil dan lebih ringan manakala penggunaan kuasa juga boleh dikurangkan dengan ketara. Hasil daripada inovasi yang disebut di atas, MiCell mencapai penggunaan yang fleksibel dan cekap serta pengembangan liputan lancar berdasarkan permintaan.

  • Angkut balik berbilang jalur iEasylink dan MBS untuk meningkat keandalan dan jarak

Sebagai ahli baharu dalam penyelesaian mikrogelombang iEasylink, ZTE melancarkan unit luar penuh berbilang-jalur ultra-kompak (1×jalur-E dan 4×jalur normal) NR9961 dan antena berbilang-jalur (3 jalur dalam 1) dengan Penstabilan Alur Millimeter (MBS). Penyelesaian ini menyediakan pautan 10Gbps yang jauh lebih andal dengan perkakasan paling ringkas, mempermudah pemasangan dan beban kerja penyelarasan antena sebanyak 67% dengan ketara. Berbanding dengan antena tradisional, MBS dapat meningkatkan jarak pautan jalur-E sehingga 50% dengan cekap. Tambahan pula, kad modem mengintegrasikan 4 antara muka IF akan turut disediakan pada IDU modular siri NR9000 yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 50% dan meningkatkan penggunaan rak.

Menerusi pembangunan ekosistem 5G, akan terdapat lebih banyak sambungan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh 5G, memacu evolusi rangkaian terus ke hadapan. Penyelesaian UniSite semua-senario ZTE membantu pengendali membina rangkaian 5G terbaik dengan TCO terendah bagi menginspirasikan ekonomi digital.

PERTANYAAN MEDIA:
Komunikasi ZTE Corporation
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news