omniture

Huawei Lancar 3 Penyelesaian Mendepani F5.5G dan Melangkah Menuju 10Gbps Di Mana-mana

Huawei
2023-03-01 17:00 65

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa MWC 2023, Huawei melancarkan tiga penyelesaian — Huawei FTTR OptiXstar F30, 50G PON komersial yang pertama dalam industri dan Huawei OptiX Alps-WDM, penyelesaian yang dibangunkan untuk rumah optik-menyeluruh, akses ultra-jalur lebar dan bidang rangkaian metro optik-menyeluruh. Sambil membantu pengendali membina rangkaian optik-menyeluruh hijau E2E bagi menyokong pembangunan berkualiti tinggi terhadap semua perkhidmatan, penyelesaian ini turut menyokong evolusi lancar ke rangkaian F5.5G dan melangkah menuju 10Gbps Di Mana-mana.

Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei melancarkan 3 penyelesaian.
Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei melancarkan 3 penyelesaian.

  • Dalam bidang kediaman optik-menyeluruh, Huawei FTTR OptiXstar F30 ialah produk perangkaian FTTR optik-menyeluruh yang pertama dalam industri yang dijalankan pada seni bina C-WAN bagi mencapai enam penambahbaikan utama:

    - Estetika: Empat warna dan tiga mod pemasangan membolehkannya bercampur secara sempurna dengan reka bentuk kediaman moden.
    - Kelajuan: Pemecutan perkakasan dan pengoptimuman algoritma memastikan sambungan 2000 Mbps dalam seluruh rumah.
    - Liputan: Antena pintar berbilang alur meningkatkan liputan kira-kira 30%.
    - Perayauan: Algoritma rangkaian terselaras perayauan lancar (SRCN) yang inovatif daripada Huawei mengupayakan perayauan yang tidak dapat dilihat dalam seluruh kediaman.
    - Keserentakan: Kolaborasi berbilang peranti meminimumkan gangguan Wi-Fi dan membolehkan sehingga 128 peranti berhubung secara serentak.
    - Perkhidmatan: Keupayaan perkhidmatan 5A[1] premium sehenti membolehkan pengendali menyampaikan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan operasi premium. Huawei FTTR OptiXstar F30 membolehkan pengguna menikmati kehidupan digital dan membantu pengendali meningkatkan daya saing jalur lebarnya. Ia telah membuka pasaran bernilai trilion-dolar.
  • Dalam bidang akses ultra-jalur lebar, Huawei 50G PON merupakan penyelesaian komersial pertama dalam industri yang melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

    - Ia menyediakan 50G PON simetri berketumpatan tinggi untuk memenuhi keperluan lebar jalur yang semakin meningkat dalam kampus masa depan, saling sambungan perindustrian, perusahaan dan senario kediaman.
    - Ia menggunakan amplifier tirus inovatif dan struktur pantulan superkekisi bagi meningkatkan bajet kuasa optik sebanyak kira-kira 25% dan membolehkan pelaksanaan ODN pada rangkaian langsung tanpa pengkabelan semula.
    - Ia mengintegrasikan GPON, 10G PON dan 50G PON ke dalam satu port, membolehkan penaiktarafan perkhidmatan atas permintaan dan meminimumkan kos pelaburan untuk pengendali.

Sebagai teknologi PON generasi seterusnya yang ditakrifkan oleh ITU-T, 50G PON menyokong dengan berkesan 10Gbps Di Mana-mana. Penyelesaian 50G PON inovatif Huawei menyediakan laluan evolusi berkesan-TCP untuk pengendali menaik taraf rangkaian mereka ke 10G.

  • Dalam bidang rangkaian metro optik-menyeluruh, penyelesaian Huawei OptiX Alps-WDM menyediakan empat keupayaan:

    - Tangkas: Keupayaan ini melanjutkan OXC ke pinggir rangkaian dan membolehkan sambungan optik satu-lompatan dan pengelompokan yang fleksibel ke atas seluruh rangkaian, meningkatkan prestasi sambungan rangkaian dan memendekkan masa penyediaan perkhidmatan daripada beberapa bulan kepada beberapa minit.
    - Jangka-Panjang: Modul koheren 100G inovatif berorientasikan metro membantu memindahkan 100G OTN ke CO, meningkatkan lebar jalur sebanyak 10 kali ganda dan mengurangkan kos dengan ketara.
    - Pengumpulan: Dengan menggunakan teknologi suis selektif panjang gelombang (WSS) untuk mengintegrasikan sembilan subrak tradisional menjadi satu modul, seni bina ini membolehkan sembilan gelang akses untuk berkongsi 96 panjang gelombang, meningkatkan dengan ketara kecekapan panjang gelombang dan mengurangkan jejak ruang peralatan.
    - Dipermudah: Keupayaan ini melampirkan label optik digital untuk panjang gelombang dan menggunakan unit pengurusan dan kawalan terpusat untuk mencapai perancangan automatik, pembinaan dan O&M, seterusnya mengurangkan OPEX.

Penyelesaian OptiX Alps-WDM Huawei dengan keempat-empat keupayaan ini membina seni bina dipermudah dan menyediakan pengalaman terunggul. Mereka membantu mentakrifkan semula rangkaian optik-penuh hijau dan memenuhi keperluan pengendali bagi membangunkan perkhidmatan B2C, B2H, dan B2B. Mereka akan menyokong evolusi perkhidmatan dalam dekad yang akan datang.

Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, berkata, "Daripada F5G kepada F5.5G, lebih daripada merancang masa depan, kami menciptanya. Hari ini, sambungan gigabit berkembang pesat menjadi lebih popular di serata dunia. Memandang ke arah tahun 2025, keperluan rangkaian terpelbagai akan memerlukan sambungan 10-gigabit merata. Semua industri perlu saling bekerjasama untuk menerima F5.5G dan berusaha mencapai 10Gbps Di Mana-mana. Huawei akan berganding bahu dengan pengendali global bagi mempercepatkan penaiktarafan rangkaian dan aplikasi teknologi baharu, membantu pengendali terus meluaskan sempadan perniagaan mereka dan merebut peluang dengan pengalaman pengguna terunggul bagi memimpin masa depan."

MWC 2023 akan berlangsung mulai 27 Februari hingga 2 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, kami akan menyelami topik-topik seperti kejayaan perniagaan 5G, peluang 5.5G, pembangunan hijau, transformasi digital dan visi kami menggunakan pelan tindakan perniagaan GUIDE untuk membina kejayaan 5G demi kemakmuran yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2023.

[1] 5A: Perancangan Tepat, Pemasangan Tangkas, Penerimaan Menyeluruh, Jaminan Aktif dan Penjagaan Penuh Perhatian

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services