HONOR Magic5 Pro Merakam Secara Automatik pencapaian GUINNESS WORLD RECORDSTM Baharu bagi Paling Tinggi Antara Kaki 'Slam Dunk' dengan Teknologi Penderiaan Pergerakan AI serba baharunya.
BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR mengumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih 2023 bahawa ia bekerjasama dengan GUINNESS WORLD RECORDS TM untuk merakam percubaan rekod dunia rasmi. Bagi meraikan pelancaran HONOR Magic5 Series, kedua-dua jenama ini berganding bahu untuk mencabar Juara Dunia FIBA 3x3 sebanyak dua kali dan penjaring profesional Piotr Grabowski, seorang pemain bola keranjang dari Poland, bagi mencatat gelaran GUINNESS WORLD RECORDS TM baharu untuk Tertinggi Antara Kaki 'Slam Dunk' (Highest Between The Legs Slam Dunk).
Pertunjukan kemahiran dan daya kreativiti yang mengagumkan, gaya slam dunk ialah sukan popular yang terhasil daripada bola keranjang di mana pemain melompat ke udara untuk menjunamkan bola ke bawah melalui gelung bola keranjang dengan satu atau kedua-dua tangan di atas rim. Cabaran tersebut berlangsung di London, UK dan menyaksikan Piotr melompat ke ketinggian 3.2 meter yang mengejutkan untuk melengkapkan slam dunk, lalu mencapai gelaran GUINNESS WORLD RECORDSTM baharu. Pencapaian yang mengagumkan ini dirakam secara automatik menggunakan teknologi Penderiaan Pergerakan AI baharu daripada HONOR Magic5 Pro yang berupaya mengesan secara automatik detik sorotan lompatan, hasil daripada pembelajaran mesin AI, merakam bingkai dalam definisi dan kejelasan ultra-tinggi.
"Sukan meningkatkan semangat insan. Kami berbesar hati kerana berpeluang merakam detik yang menakjubkan ini dengan teknologi kamera perintis kami," kata Ray Guo, Ketua Pegawai Pemasaran HONOR Device Co, Ltd. "Dengan mencipta produk yang menawarkan penyelesaian kreatif, kami ingin mendorong pengguna kami untuk menyerlahkan keajaiban dalam diri mereka semua dan berusaha mencapai perkara yang luar biasa."
"Bola keranjang merupakan sebahagian daripada DNA saya. Setiap kali saya melompat untuk menjaringkan bola, saya menolak kuasa graviti dan mendorong diri saya melangkaui batasan. Apabila saya memecahkan rekod, terasa seperti suatu keajaiban. Saya berharap ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai di serata dunia untuk menyerlahkan kuasa ajaib mereka sendiri," kata Piotr Grabowski.
"Kami percaya semua orang mempunyai detik mereka sendiri yang patut diraikan. Dalam percubaan ini, pengaturan masa dan ketepatan adalah segala-galanya. Terpulang kepada kami untuk bertindak adil terhadap pencapaian luar biasa ini dan untuk menggambarkan aksi tersebut dengan cara sebaik mungkin," kata Karen Gilchrist, Naib Presiden Kandungan TV dan Digital daripada Guinness World Records. "Kami menggunakan HONOR Magic5 Pro untuk merakam detik pemecah rekod ini dengan kelajuan yang jelas dan amat pantas dan hasilnya tidak harus dilepaskan."
Teknologi Penderiaan Pergerakan AI[1] berfungsi dengan memanfaatkan rangkaian AI yang dilatih dengan lebih daripada 270,000 imej yang membolehkan kamera mengenali pelbagai senario dengan tepat, mengenal pasti detik hebat dengan pintar untuk mengambil tangkapan sorotan secara automatik. Memperkasa ciri ini ialah HONOR Image Engine Serba-Baharu, dengan teknologi Pengecaman AI pintar yang dinaik taraf.
Sangat sesuai untuk mengambil gambar persembahan secara langsung dan acara sukan, apabila didayakan, ciri intuitif ini mengesan secara automatik ekspresi wajah seperti senyuman dan pergerakan tubuh badan seperti melompat. Sama ada mengambil gambar seseorang melompat kegirangan atau bersaing dalam perlawanan sukan bergerak pantas, tangkapan aksi yang terhasil adalah sangat jelas, lalu memperkasa pengguna untuk menjadi pencipta yang lebih baik, bila-bila masa, di mana-mana.
Mengetengahkan komitmennya untuk menyampaikan keupayaan kamera yang hebat, HONOR melabur dengan banyak dalam membangunkan algoritma AI yang membawa fotografi pada HONOR Magic5 Pro ke tahap serba baharu. HONOR Magic5 Pro juga menduduki tempat pertama dalam Senarai Kedudukan Kamera Telefon Pintar DXOMARK.
HONOR Magic5 Pro akan tersedia dalam pasaran global termasuk UK, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Malaysia, Mexico. Butiran penghantaran untuk setiap penghantaran akan didedahkan dalam masa terdekat.
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.
Latar Belakang Guinness World Records
Apakah burung buruan terpantas di Eropah? Inilah persoalan yang mengilhami penubuhan Guinness World Records pada tahun 1954. Bermula dengan sebuah buku yang diterbitkan dari sebuah bilik di atas sebuah gimnasium, GWR berkembang menjadi jenama berbilang-media bertaraf global, dengan pejabat-pejabat di London, New York, Beijing, Tokyo dan Dubai.
Hari ini, kami menyampaikan kandungan bertaraf dunia, bukan sahaja melalui buku, tetapi melalui rancangan televisyen, media sosial dan acara secara langsung. Khidmat runding dalam kami bekerjasama erat dengan jenama-jenama dan perniagaan-perniagaan di serata dunia bagi memanfaatkan kuasa pemecahan rekod dan mengadakan kempen pemenang anugerah serta penyelesaian perniagaan. Melalui cabang penerbitan dalaman kami, GWR Studios, kami mencipta kandungan yang menonjol untuk penyiar, rakan kongsi jenama dan platform digital. Walau apapun mediumnya, tujuan utama kami adalah untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih menarik, menyeronokkan dan positif. Bagi menyertai komuniti pemecah rekod ini – kunjungi guinnessworldrecords.com.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com
https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial
[1] Penderiaan Pergerakan AI menyokong pengatup berkelajuan tinggi pintar yang menangkap dengan pantas detik-detik indah individu tersenyum, melompat dan sebagainya atau pergerakan kucing dan anjing. Kesan sebenar mungkin berbeza bergantung pada senario. Versi standard turut menyokong ciri ini. |
Hubungan Media:
newsroom@hihonor.com