omniture

Acision Memacu Komunikasi untuk Komuniti Pembangun dan Syarikat

Acision
2014-02-25 12:35 149

BARCELONA, Sepanyol, Kongres Dunia Mudah Alih, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --

API tunggal menyediakan perkhidmatan komunikasi beraneka yang hebat untuk peranti mudah alih, pelayar web serta aplikasi

Acision, peneraju global bagi perkhidmatan mudah alih, hari ini mengumumkan pelancaran Forge daripada Acision, antara muka pemprograman aplikasi (API) beraneka yang membantu para pengendali, syarikat serta pembangun untuk mewujudkan ciri-ciri komunikasi lanjutan bagi aplikasi masing-masing, kesemuanya daripada awan. Sebagai rangka kerja komunikasi yang fleksibel, Forge dapat mempercepat pembangunan aplikasi menerusi SMS, Penghantaran mesej IP dan ketersambungan Suara, penghalaan pintar serta liputan mudah alih dan juga web yang membolehkan pihak syarikat untuk membangunkan perkhidmatan inovatif baharu secara aktif bagi meningkatkan dan turut menguruskan peluang perjanjian.

Acision telah menggabungkan kepakarannya dalam komunikasi mudah alih bersama keandalan produk serta perkhidmatan bertaraf pembawa yang dimilikinya, bagi menyediakan akses API dan SDK yang mudah dan selamat menerusi Forge. Antara muka tunggal API serta akses layan diri bermaksud sesiapa pun dapat memanfaatkan Forge bagi mewujudkan aplikasi baharu atau perkhidmatan tambahan untuk aplikasi serta perkhidmatan sedia ada.

Forge daripada Acision memberikan kebolehan kepada para pengendali mudah alih untuk menawarkan perkhidmatan yang tersendiri kepada komuniti pembangun yang dapat membangunkan perkhidmatan komunikasi untuk para pelanggan syarikat serta memperhebat inovasi dalam rangkaian mereka. Menerusi API Forge, banyak Syarikat mempunyai akses yang mudah dan terus kepada SDK lengkap, lalu menjadikan integrasi yang lebih mudah, selamat dan andal bagi penghantaran mesej dan fungsian suara yang beraneka. Para pembangun dalam ekosistem Forge juga boleh mengakses set peralatan perkhidmatan yang dapat membantu pembangunan yang pantas dan mudah, serta menerajui aplikasi dan juga perkhidmatan untuk syarikat dan pengguna. Para pembangun juga dapat mengakses, mengurus dan menyimpan aplikasi mereka dalam awan Acision dengan mudah.

Perkhidmatan utama dalam set peralatan Forge termasuklah:

  • Sambungan Forge – membolehkan syarikat untuk menghantar dan menerima mesej, berkongsi fail, kandungan media serta memulakan perkhidmatan suara secara terus daripada aplikasi mudah alih atau perkhidmatan web – daripada SMS kepada penghantaran mesej IP dan/atau VoIP
  • Akses kepada penghantaran mesej Acision dan set peralatan suara termasuk SDK WebRTC dan API REST – membolehkan penghantaran mesej dan suara dibina secara terus ke dalam apa-apa aplikasi atau perkhidmatan
  • SDK Android dan iOS asal – menyediakan SDK berkuasa tinggi yang membolehkan para pembangun bagi menghasilkan komunikasi lengkap yang pantas dan mudah untuk aplikasi mereka
  • Pelanggan komunikasi penjenamaan semula yang beraneka Acision, Fuze – bagi penggunaan aplikasi yang pantas serta pengalaman pengguna yang unggul

Pada masa kini, banyak syarikat kian mendapati apabila mereka menggunakan agregator tempatan bagi perkhidmatan penghantaran mesej mereka, mesej rakan ke rakan (P2P) serta mesej aplikasi ke rakan (A2P) yang kritikal sering dihantar menerusi laluan yang kurang jelas, lalu menyebabkan mesej tersebut disekat ketika proses penghantaran oleh spam pembawa dan sistem palsu. Forge mampu menangani isu ini menerusi penggunaan laluan penghantaran yang sah sahaja serta menawarkan pilihan sandaran SMS untuk mesej segera dan penting yang dihantar menerusi IP. Ini dapat memastikan kesemua komunikasi perniagaan penting dapat dihantar dengan selamat kepada penerima akhir yang sepatutnya.

Matt Cockett, Naib Presiden Eksekutif Acision mengulas, "Kami telah mencipta suatu ekosistem syarikat yang mempermudah dunia komunikasi serta dapat membantu organisasi untuk berhubung bersama para pelanggan serta kakitangan mereka. Perkhidmatan kami yang amat interaktif dengan ketersediaan tinggi ini disokong oleh infrastruktur terkenal dalam industri ini serta sokongan global dan rangkaian keselamatan. Acision telah pun mempunyai jejak yang kukuh dalam ekosistem telekomunikasi dan menerusi Forge, kami mula membuka rangkaian ini serta sambungan global kepada syarikat berserta platform API dan SDK untuk penggunaan aplikasi dan perkhidmatan pada masa akan datang."

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Forge daripada Acision, sila kunjungi Acision di Kongres Dunia Mudah Alih di Dewan 8, tapak pameran 8.1A41 (App planet).

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan menjanakan perkhidmatan penglibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling beroperasi menerusi kesemua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna dengan mewujudkan nilai serta peluang komunikasi baharu bagi para pembawa, syarikat serta pengguna di serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news