omniture

Debswana dan Huawei Perkenal Projek Lombong Berlian Pintar Berorientasikan-5G Pertama Dunia

Huawei
2023-03-02 04:30 75

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, di MWC Barcelona 2023, Debswana Botswana dan Huawei mengumumkan secara bersama projek lombong berlian pintar berorientasikan-5G yang pertama di dunia.

On February 28, 2023, at MWC Barcelona 2023, Botswana's Debswana and Huawei jointly announced the world's first 5G-oriented smart diamond mine project. Guests including Hon. Thulagano M. Segokgo, Minister of Communications, Knowledge and Technology of Botswana (second from the left), Debswana's Head of Information Management Molemisi Nelson Sechaba (third from the left) and Xu Jun, Chief Technology Officer of Huawei Mine BU (first from the left)
On February 28, 2023, at MWC Barcelona 2023, Botswana's Debswana and Huawei jointly announced the world's first 5G-oriented smart diamond mine project. Guests including Hon. Thulagano M. Segokgo, Minister of Communications, Knowledge and Technology of Botswana (second from the left), Debswana's Head of Information Management Molemisi Nelson Sechaba (third from the left) and Xu Jun, Chief Technology Officer of Huawei Mine BU (first from the left)

Ketua Pengurusan Maklumat Debswana, Molemisi Nelson Sechaba berkata bahawa penyelesaian lombong pintar didayakan Huawei telah digunakan di lombong berlian lelubang terbuka Jwaneng, Debswana dan projek tersebut mula beroperasi pada Disember 2021. Penyelesaian rangkaian persendirian 4G eLTE Huawei menyediakan sambungan yang stabil untuk lombong Jwaneng, menghubungkan lebih daripada 260 unit peralatan. Ini mengupayakan saling sambung antara sistem pengeluaran, keselamatan dan keselamatan lombong.

Sechaba berkata penting untuk menggunakan penyelesaian eLTE untuk menghubungkan peralatan perlombongan dengan lebih stabil. Terdapat dua sebab untuk hal ini. Pertama ialah kecekapan. Keupayaan untuk memindahkan data pada waktu sebenar menjadikan peralatan seperti kenderaan perlombongan lebih cekap, meningkatkan hasil dan mengurangkan OPEX jangka panjang. Kedua, penyelesaian ini membantu meningkatkan keselamatan. Pengumpulan data waktu sebenar, angkut balik dan interaksi menjadikan sistem lebih peka dan tepat bagi menyediakan perlindungan yang lebih andal kepada kakitangan dan juga kenderaan.

Lombong Jwaneng ialah lombong berlian pintar berorientasikan-5G yang pertama di dunia. Ini bererti peralatan perkakasan seperti stesen utama yang digunakan dalam penyelesaian transformasi digital lombong menyokong penaiktarafan rangkaian kepada 5G. Ciri-ciri 5G seperti lebar jalur yang tinggi dan kependaman rendah dapat menyokong teknologi canggih seperti pemanduan berautonomi, seterusnya mengupayakan transformasi digital yang lebih pintar dalam industri perlombongan pada masa akan datang.

Yang Berhormat Thulagano M. Segokgo, Menteri Komunikasi, Pengetahuan dan Teknologi Botswana menyatakan bahawa Kerajaan Botswana gembira melihat usaha sama antara Debswana dan Huawei untuk memacu transformasi digital dalam industri perlombongan. Debswana ialah sebuah syarikat perlombongan yang terkemuka di Afrika yang mana, dengan bekerjasama bersama Huawei, dapat membawa kecekapan, produktiviti dan keselamatan perlombongan ke tahap seterusnya. Kerajaan Botswana akan terus melaksanakan langkah-langkah pemudahan untuk menyokong selanjutnya agenda transformasi digital dalam semua sektor termasuk industri perlombongan dan mengalu-alukan syarikat-syarikat antarabangsa seperti Huawei untuk mengambil bahagian dalam agenda ini. Langkah-langkah telahpun dilaksanakan termasuk agenda pendigitalan rumusan, pelan hala tuju 5G dan dasar-dasar sokongan yang lain.

Xu Jun, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Mine BU, berkata Huawei komited untuk memanfaatkan kekuatannya dalam teknologi ICT seperti 5G, awan, AI dan IoT bagi membangunkan penyelesaian lombong pintar untuk pelanggan dalam industri perlombongan seluruh dunia.

Liao Yong, Naib Presiden Huawei Rantau Afrika Sub-Sahara berkata sejak lima tahun yang lalu, Huawei menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan perlombongan di beberapa buah negara di rantau ini termasuk Afrika Selatan, Botswana, Zambia, Namibia dan Ghana. Memandang ke arah masa depan, Huawei akan bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi tempatan bagi mempercepatkan transformasi digital perlombongan dan mencipta lebih nilai di Afrika.

Menurut Debswana, bagi meneruskan kejayaan projek di lombong Jwaneng yang dilaksanakan bersama-sama Huawei dan syarikat-syarikat tempatan Botswana, selaras dengan program pemerkasaan ekonomi rakyat Botswana, syarikat ini merancang untuk turut menggunakan penyelesaian perlombongan pintar di lombong-lombong Orapa, Damtshaa dan Letlhakane miliknya pada tahun 2023.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mining Mining/Metals Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news