NEW YORK, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma perunding global, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat terbaharunya di Asia. Pejabat Singapura ini memperluas kehadiran firma ini di rantau ini, di mana ia sudah mempunyai pejabat di Jepun dan Rantau Besar China termasuk Hong Kong dan Shanghai. Ini merupakan pencapaian yang penting dalam strategi pertumbuhan Asia-Pasifik firma ini.
AlixPartners berjaya bekerjasama dengan pelanggan di rantau Asia-Pasifik selama lebih 18 tahun dan pejabat Singapura akan membangun berdasarkan francais Asia kami yang kukuh dan mantap serta menawarkan rangkaian penuh tawarannya termasuk Pemulihan dan Penstrukturan Semula, Penggabungan & Pemerolehan (M&A), Nasihat Risiko, Transformasi Digital dan Peningkatan Prestasi merentas pelbagai jenis industri termasuk maritim, aeroangkasa dan pertahanan, TMT, ekuiti persendirian dan produk runcit/pengguna.
Tim di Singapura akan diketuai oleh Shiv Shivaraman, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Pemimpin-Bersama Asia-Pasifik dan Lian Hoon Lim, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan pemimpin-bersama Singapura.
Simon Freakley, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "AlixPartners berbangga menjadi sebuah firma yang benar-benar global dan pelaburan kami di Singapura mencerminkan komitmen kami untuk membina perniagaan yang rancak, mampan dan berterusan di Asia. Inimerupakan bahagian yang penting dalam strategi pertumbuhan kami. Saya sangat teruja dengan peluang di Singapura untuk pelanggan and firm kami."
Shiv Shivaraman, Ketua bersama rantau Asia-Pasifik, berkata, "Selama lebih sedekad, kami telah membina hubungan yang kukuh, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan mengukuhkan kehadiran kami di Asia Tenggara. Pasaran-pasaran ini telah lama menjadi bahagian yang sangat penting dalam strategi pertumbuhan kami dan pejabat baharu kami akan membolehkan kami memberi impak yang lebih mendalam di rantau ini. Hari ini, Singapura berperanan sebagai ibu pejabat serantau untuk banyak syarikat multinasional, pusat pembiayaan untuk konglomerat Malaysia dan Indonesia dan pusat untuk penimbangtaraan antarabangsa, dengan pasaran penstrukturan semula yang kukuh—kesemuanya menawarkan peluang yang menarik untuk keupayaan kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baharu serta membawa perubahan, apabila diperlukan, pada tahun-tahun akan datang."
Latar Belakang AlixPartners
AlixPartners ialah sebuah firma perunding global yang pakar dalam membantu perniagaan berjaya mengatasi cabaran mereka yang paling rumit dan kritikal. Pelanggan kami termasuk syarikat, lembaga korporat, firma guaman, bank pelaburan, firma ekuiti persendirian dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1981, AlixPartners beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di lebih daripada 20 bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.alixpartners.com.