omniture

Guangzhou Metro Group, China Mobile Cawangan Guangzhou dan ZTE menang "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" di GLOMO Awards 2023

ZTE Corporation
2023-03-02 11:20 69

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, dengan kerjasama Guangzhou Metro Group dan China Mobile Cawangan Guangzhou, telahpun dianugerahkan "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" untuk projek bersama "Metro Pintar diperkasa-5G di Guangzhou" di Global Mobile (GLOMO) Awards semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023 di Barcelona, Sepanyol. Anugerah ini merupakan pengiktirafan daripada usaha mengagumkan yang didedikasikan oleh pemenang untuk meningkatkan produktiviti dan banyak lagi bagi mendorong transformasi industri 5G dan masyarakat.

Guangzhou Metro Group, China Mobile Cawangan Guangzhou dan ZTE memenangi "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" di GLOMO Awards 2023
Guangzhou Metro Group, China Mobile Cawangan Guangzhou dan ZTE memenangi "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" di GLOMO Awards 2023

Metro adalah sangat penting untuk sistem pengangkutan sesebuah bandar, terutamanya untuk Guangzhou, sebuah bandar dengan 20 juta orang penduduk. Sejak tahun 2020, dengan kemunculan 5G, Guangzhou Metro Group, China Mobile Cawangan Guangzhou dan ZTE, bergandingan dalam melancarkan projek Metro Pintar diperkasa-5G dan mentransformasikan sistem metro tradisional kepada sistem metro pintar didayakan-5G.

Berdasarkan kepada keperluan senario perkhidmatan sebenar, jaminan sumber penghirisan rangkaian 5G, peningkatan kadar paut naik 750Mb/s, jaminan prestasi mudah alih berkelajuan tinggi 160 km/j dan pengoptimuman prestasi rangkaian persendirian 5G baharu yang lain digunakan. Seni bina sistem kolaborasi awan-pinggir berbilang-lapisan digunakan untuk melaksanakan interaksi mendalam dan perkongsian data dalam talian antara orang ramai, kenderaan, persekitaran operasi, peranti dan penghantaran, melaksanakan berbilang aplikasi berasaskan senario seperti stesen pintar 5G, komunikasi kereta-api-ke-darat 5G dan terowong digital 5G.

Dengan pelaksanaan dan inovasi ini, dalam dua tahun yang lalu, Guangzhou Metro telah menyaksikan operasi dan penyelenggaraan automatik yang lebih baik, penghantaran dan pengurusan yang lebih cekap dan kepuasan penumpang yang lebih tinggi. 20 juta penduduk Guangzhou juga banyak mendapat manfaat daripada projek ini, menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa, lebih selamat dan lebih berwarna-warni, termasuk purata kadar data 600 Mbps dalam gerabak metro, keselamatan lebih tinggi dan pemeriksaan bagasi yang lebih pantas, purata tempoh lawang putar yang dipendekkan semasa waktu puncak, panduan yang lebih terperinci dan sebagainya.

"Kami berbesar hati dapat memenangi anugerah ini bersama-sama rakan kongsi kami. Laluan bawah tanah pintar 5G meningkatkan kecerdasan dan kefleksibelan stesen, keselamatan kereta api dan kecekapan operasi laluan bawah tanah," kata En. Cai Changjun, Timbalan Pengurus Besar Guangzhou Metro Group. "Melangkah ke hadapan, kami akan mengesahkan lebih banyak perkhidmatan laluan bawah tanah pintar 5G+, membentuk seni bina sistem metro pintar 5G+ dan standard industri serta menggalakkan pertumbuhan pesat 5G+ dalam industri metro."

En. Luo Weimin, Pengurus Besar China Mobile Cawangan Guangzhou mengulas, "Kami berbesar hati menerima anugerah ini dan mengaitkannya dengan rakan kongsi kami yang telah menunjukkan kepada kami sokongan yang berharga. Kami komited untuk membina rangkaian 5G yang utama dari segi kualiti, teknologi, perkhidmatan dan operasi. Kami akan meneruskan usaha kami untuk membina ekosistem industri 5G yang baharu bersama-sama rakan kongsi dengan menggunakan rangkaian 5G yang terkemuka."

"Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang besar terhadap usaha kami untuk terus berinovasi dalam mendigitalkan tempat kerja," kata Dr. Bai Gang, Naib Presiden ZTE. "Kami akan berusaha selanjutnya bersama rakan-rakan kongsi untuk mempromosikan 5G dengan lebih mendalam untuk domain pengeluaran dan membawa nilai dan faedah yang lebih besar kepada lebih ramai orang."

GLOMO (Global Mobile) Awards tahunan dinilai oleh pakar-pakar bidang khusus yang paling terkenal dalam sektor ini, bagi meraikan individu dan syarikat yang memacu inovasi dan menunjukkan kecemerlangan dalam industri mudah alih yang berkembang pesat ini.

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan keterambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp 
Twitter www.twitter.com/ZTEPress 
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news