![]() |
SINGAPURA, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Azentio Software, sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan dimiliki oleh dana di bawah nasihat Apax Partners, telah diumumkan sebagai pemenang yang membanggakan di InsureTek Golden Shield Excellence Awards edisi ke-8.
Majlis anugerah ini telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada Persidangan Antarabangsa Timur Tengah InsureTek tahunan 2023 yang berlangsung pada 22 & 23 Februari di Address Marina, Dubai di UAE. Penghargaan yang berprestij ini mengiktiraf platform insurans utama syarikat tersebut - Azentio ONEInsurance sebagai suatu kecemerlangan teknologi canggih yang menjayakan inovasi yang hebat dan modular.
Harkaran Singh - Naib Presiden Kanan Insurans - Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dan ahli pasukan lain yang mewakili Azentio telah naik ke pentas menerima trofi 'Rakan Teknologi Terbaik untuk Transformasi Digital' kerana telah mempamerkan prestasi yang luar biasa dalam industri sepanjang tahun lalu. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Azentio merangkul anugerah utama daripada InsureTek setelah menerima anugerah 'Peneraju Transformasi Teras Terbaik Tahun Ini' pada tahun 2022. Platform Azentio ONEInsurance membantu syarikat insurans mematuhi keperluan perundangan, menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik serta membolehkan kebolehskalaan dan kepantasan ke pasaran.
Krish Narayanaswami, Pengarah Urusan - Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans Azentio mengulas, "Kami berbesar hati kerana memenangi anugerah berprestij ini buat kali kedua berturut-turut. Pengiktirafan ini merupakan suatu pengesahan kepada produk Azentio ONEInsurance yang dihargai oleh para pelanggan kami kerana ia memenuhi keperluan pasaran insurans terhadap transformasi digital."
Platform insurans generasi seterusnya daripada Azentio menyediakan automasi yang serba lengkap yang merangkumi penaja jaminan baharu, penyampaian polisi, pemprosesan tuntutan dan insurans semula; Ia turut membantu mempercepatkan pelancaran produk insurans baharu dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara dramatik.
Lebih 250 buah syarikat insurans terkemuka di seluruh dunia telah mengguna pakai rangkaian insurans Azentio untuk menaik taraf perniagaan mereka. Azentio telah membangunkan sebuah platform inovatif yang serba lengkap untuk memenuhi semua bidang insurans yang merangkumi Insurans Am, Insurans Kesihatan, Insurans Hayat & Pencen.
Menurut barisan panel hakim InsureTek, "Anugerah ini mengiktiraf terutamanya komitmen dan profesionalisme kakitangan operasi Azentio dalam memberikan nilai kepada para pelanggan mereka dan melabur dalam teknologi inovatif yang bakal terus menjadi sebuah persekitaran yang mencabar."
Azentio ONEInsurance ialah sebuah platform berasaskan awan yang boleh diskala dan kukuh yang digunakan dengan penyepaduan API dengan sistem luaran yang lancar dan keupayaan konfigurasi yang hebat bagi memenuhi keperluan khusus perniagaan syarikat insurans dan juga pelanggan.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1978771/Azentio_Logo.jpg?p=medium600