omniture

Forum Kuasa Digital Global 2023: Mengupayakan Kejayaan Pengendali di tengah-tengah Peralihan Global menuju Keneutralan Karbon

Huawei
2023-03-02 12:53 131

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Forum Kuasa Digital Global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023. Forum tersebut bertema "Mengupayakan Kejayaan Pengendali di tengah-tengah Peralihan Global menuju Keneutralan Karbon". Pengendali, pemimpin industri dan pakar dari seluruh dunia berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan terkini mereka terhadap industri tenaga dan ICT global. Mereka juga berkongsi penyelesaian inovatif dan amalan terbaik untuk infrastruktur tenaga hijau dan karbon-rendah, membincangkan bagaimana untuk membantu pengendali berjaya dalam mengejar masa depan yang lebih hijau.

Charles Yang, President of Global Marketing and Sales Services of Huawei Digital Power
Charles Yang, President of Global Marketing and Sales Services of Huawei Digital Power

Charles Yang, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Penjualan Global Huawei Digital Power, menyampaikan ucapan tentang "Mengupayakan Kejayaan Pengendali di tengah-tengah Peralihan Global menuju Keneutralan Karbon." Beliau menekankan bahawa walaupun dengan konsensus global terhadap pembangunan hijau, pengendali terus menghadapi cabaran. Pengendali masih lagi melihat peningkatan kos elektrik, kesukaran mengurangkan emisi karbon dan pertumbuhan yang lembap.

Huawei komited untuk mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa bagi membantu pengendali berjaya dalam mengejar masa depan yang lebih hijau. Menurut En. Yang, pengendali tidak lagi boleh menjadi hanya pengguna tenaga, sebaliknya harus juga menjadi pengeluar dan pengupaya di tengah-tengah peralihan global menuju keneutralan karbon. Huawei berharap dapat menyokong mereka dalam perjalanan ini.

  • Pengguna tenaga: Pengendali akan memaksimumkan kecekapan tenaga bagi mengurangkan penggunaan tenaga dengan membolehkan setiap watt memberi kuasa kepada lebih banyak bit. Rangkaian akan menggunakan teknologi penjimatan tenaga dan hibernasi optimum bagi mengurangkan penggunaan kuasa. Tapak-tapak telekom akan dipermudah daripada bilik kepada kabinet atau daripada kabinet kepada tiang bagi meningkatkan kecekapan tenaga tapak sehingga 97%. Pusat data akan menggunakan penyejukan bebas dan pengoptimuman kecekapan tenaga AI bagi mengurangkan PUE kepada 1.15.
  • Pengeluar tenaga: Pengendali akan mengambil bahagian dalam penjanaan dan pengawalaturan tenaga bagi memaksimumkan nilai infrastruktur mereka. Mereka akan menggunakan sistem PV atau membeli tenaga hijau di tapak telekom, pusat data dan kampus. Penggunaan elektrik berperingkat akan turut mengurangkan kos elektrik. Akhir sekali, mereka akan menjimatkan dan menjana wang dengan menggunakan bateri litium sebagai sebahagian daripada loji janakuasa maya (VPP).
  • Pengupaya tenaga: Pengendali akan menggunakan teknologi digital seperti 5G, AI, awan dan IoT bagi mengupayakan pengurusan digital, O&M pintar dan bekalan yang stabil baik untuk sistem tenaga konvensional mahupun boleh baharu. Mereka akan mengupayakan penjadualan seluruh rangkaian dan ramalan kerosakan berasaskan AI, lantas membantu membina sistem bekalan tenaga yang selamat, stabil dan cekap.

Yao Quan, Presiden Kemudahan Kuasa Tapak Huawei, menyampaikan ucapan tentang "Kuasa Tapak Pintar: Pengupaya Penting untuk Rangkaian Hijau dan Karbon-Rendah". Beliau menjelaskan bahawa pengendali mengurangkan emisi karbon dan perbelanjaan tenaga bagi mencapai sasaran keneutralan karbon, menanggung kenaikan harga tenaga dan mengikuti penggunaan rangkaian 5G dipercepatkan.

Walau bagaimanapun, penyelesaian kuasa tapak konvensional memiliki jumlah kos pemilikan (TCO) yang tinggi dan emisi karbon. Ini menghalang evolusi rangkaian dan mencegah pengendali daripada mencapai keneutralan karbon. Bagi mengatasi isu-isu ini, Huawei mencadangkan penyelesaian kuasa tapak pintar yang menawarkan 'Kesederhanaan Pintar', 'Hijau Pintar' dan 'Penjimatan Pintar'. Dengan berfungsi sebagai pengupaya penting untuk membangunkan rangkaian hijau dan karbon-rendah, penyelesaian kuasa tapak pintar ini akan membantu pengendali mempercepatkan pencapaian matlamat keneutralan karbon mereka.

Sun Xiaofeng, Presiden Kemudahan Pusat Data Huawei dan Unit Perniagaan Kuasa Kritikal, menyampaikan ucapan tentang "DC Pintar, Membina Masa Depan Hijau". Dunia sedang menuju neutral karbon, digital dan pintar. Dalam konteks ini, pusat data perlu menyampaikan kecekapan tenaga yang tinggi, kecekapan O&M yang tinggi, ketangkasan dan ketersediaan untuk menyokong pertumbuhan pesat kuasa pengkomputeran. Beliau memperkenalkan penyelesaian Huawei untuk semua saiz pusat data dan penyelesaian bekalan kuasa kritikal. Penyelesaian ini mengupayakan pusat data yang hijau, ringkas, pintar dan andal untuk memudahkan pembangunan industri karbon-rendah dan pintar.

Pakar-pakar turut berucap di forum tersebut, berkongsi visi mereka tentang ICT hijau dalam perniagaan tenaga. Pembentangan mereka disenaraikan mengikut susunan penampilan.

  • Massamba Thioye, Eksekutif Projek Hab Inovasi Global UNFCCC, berkongsi idea beliau tentang "Transformasi Tenaga untuk Dunia Sifar-Bersih".
  • Jose Donoso, Ketua Pengarah Union Espanola Fotovoltaica (UNEF) dan Pengerusi Global Solar Council, berkongsi "Trend Penggunaan Tenaga Boleh Baharu Industri ICT"
  • Luis Neves, GeSI Ketua Pegawai Eksekutif, merumuskan tentang "Trend Ribuan Industri di bawah Transformasi Tenaga".
  • Hervé Suquet, Naib Presiden Kenan Orange, membentangkan tentang "Memimpin masa depan - Cabaran Tenaga Orange".
  • Anastasios Koumparos, Ketua Pengurusan Tenaga, Vantage Towers, menyampaikan ucapan tentang "Menara demi Kebaikan – Mengupayakan Masa Depan Lebih Hijau".
  • Fred Mitchell, Pengarah Teknikal K2, berkongsi tentang "Amalan Membina Pusat Data Hijau".
  • Seppo Ihalainen, Ketua Pegawai Eksekutif VerneGlobal Finland, menunjukkan amalan terbaik mereka semasa ucapan tentang "Menuju Pusat Data Karbon-Sifar".

Tema bagi MWC 2023 ialah Halaju. Kemajuan teknologi semakin bergerak pantas dan keneutralan karbon semakin menjadi trend. Huawei akan terus melabur dalam inovasi, mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa serta bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi global untuk mempercepatkan keneutralan karbon. Kami akan bersama-sama membantu pengendali berjaya dalam mengejar masa depan yang lebih hijau.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news