omniture

Trina Solar Menyaksikan Potensi Pasaran Amat Besar Untuk Tenaga Solar di Indonesia

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-03-02 20:37 46

JAKARTA, Indonesia, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, melihat bahawa Indonesia mempunyai potensi yang amat besar untuk tenaga solar dan solar merupakan sumber tenaga boleh baharu yang terbaik bagi mencapai sasaran negara.

Trina Solar_ Yabes Supit (pengurus jualan Indonesia) dan Elva Wang (ketua Asia Tenggara)
Trina Solar_ Yabes Supit (pengurus jualan Indonesia) dan Elva Wang (ketua Asia Tenggara)

Kerajaan telah menetapkan sasaran tenaga boleh baharu menyumbang sebanyak 23% daripada campuran tenaga menjelang tahun 2025 dan 31% menjelang tahun 2050.

Hari ini tenaga boleh baharu menyumbang sebanyak 11-14% daripada campuran tenaga Indonesia. Namun begitu, cabaran untuk Indonesia adalah untuk memastikan pertumbuhan tenaga boleh baharu bukan sahaja seiring dengan pertumbuhan dalam penggunaan tenaga – memandangkan populasi dan ekonomi berkembang – tetapi ia harus melangkauinya agar Indonesia dapat mencapai sasaran tenaga boleh baharunya.

Tinjauan Peralihan Tenaga Indonesia (Indonesia Energy Transition Outlook), laporan yang dikeluarkan oleh International Renewable Energy Agency (IRENA) dan Kementerian Sumber Tenaga dan Mineral Indonesia pada Oktober lalu, meramalkan bahawa populasi Indonesia akan mencecah 335 juta orang sepanjang tiga dekad akan datang. Ia meramalkan bahawa permintaan terhadap elektrik akan berkembang sekurang-kurangnya lima kali ganda kepada lebih 1,700 terawatt jam (TWj) menjelang tahun 2050.

Laporan tersebut mencadangkan peningkatan sumber kuasa boleh baharu yang penting seperti solar. Arang batu masih menyumbang sebanyak lebih 40% daripada campuran tenaga Indonesia dan 60% daripada penjanaan elektrik. Sementara itu, solar mewakili peratusan yang lebih kecil berbanding hidroelektrik dan geoterma.

Ini bertentangan dengan trend global. IRENA menyatakan bahawa dunia pada tahun 2021 menambah hampir 257 gigawatt (GW) tenaga boleh baharu; 133 GW daripada solar. Kapasiti tenaga solar Indonesia pada tahun 2021 meningkat 14% kepada 211 megawatt (MW) daripada 185MW, menurut IRENA. Indonesia berada di kedudukan ketujuh di Asia Tenggara bagi tenaga solar.

Kapasiti tenaga solar di Asia Tenggara setakat akhir tahun 2021


Negara

Kapasiti solar (MW)

Pertumbuhan tahun-demi-tahun

1

Vietnam

16,600

0 %

2

Thailand

3,049

2 %

3

Malaysia

1,787

20 %

4

Filipina

1,370

29 %

5

Singapura

433

15 %

6

Kemboja

428

36 %

7

Indonesia

211

14 %

Sumber: IRENA Renewable Energy Capacity Statics Report

Ketua Trina Solar Asia Tenggara, Elva Wang, berkata: "Untuk Indonesia beralih kepada tenaga bersih dan memenuhi sasarannya, daerah ini harus mempercepatkan penggunaan tenaga solar. Solar merupakan pilihan yang tepat kerana ia mudah didapati dan boleh digunakan dengan pantas. Indonesia ialah pasaran belum diterokai yang hebat untuk tenaga solar. Terdapat keperluan yang sangat besar yang boleh kita penuhi dengan modul solar, penjejak dan penyelesaian bersepadu kami yang utama dalam pasaran," tambah beliau.

Modul solar boleh dipasang dengan pantas di atas bumbung dan tanah kosong. Trina Solar menawarkan perkhidmatan kepada semua segmen pasaran: kediaman, komersial dan perindustrian (C&I) serta skala-utiliti. Solar memberi kebebasan kepada penghuni dan perniagaan C&I untuk memenuhi keperluan tenaga mereka sendiri, mengurangkan kenaikan harga elektrik dan menyumbang kepada peralihan terhadap tenaga boleh baharu dan perjuangan memerangi perubahan iklim.

Modul solar merupakan penyelesaian yang paling menjimatkan kos, menyampaikan kos tenaga teraras (LCOE) yang lebih rendah. Keluaran kuasa modul ini meningkat dengan ketara. Pada tahun 2009, purata modul-modul baharu ini ialah 290W, namun hari ini modul berkuasa solar mencapai 500W+

Sementara itu, kos modul menurun ekoran teknologi pembuatan yang lebih baik dan 'ekonomi skala'. Kuasa solar kini telahpun mencapai pariti grid dalam banyak pasaran; menyampaikan kos elektrik yang lebih rendah berbanding grid.

Untuk Indonesia memenuhi sasaran tenaga boleh baharunya yang menyumbang sebanyak 23% daripada campuran tenaga menjelang tahun 2025, ia memerlukan penyelesaian yang boleh didapati pada hari ini dan boleh digunakan dengan pantas. Solar bumbungan boleh digunakan dalam beberapa hari. Sementara itu, ladang solar juga boleh dibangunkan jauh lebih pantas berbanding bentuk tenaga boleh baharu yang lain. Modul-modul Trina Solar yang berkuasa tinggi, berkecekapan tinggi boleh didapati dalam pasaran pada hari ini serta penjejak Trina Solar yang menyampaikan rangsangan dalam penjanaan kuasa yang selanjutnya.

Trina Solar Vertex DE19R - iaitu untuk C&I - menggunakan sel 210mm-panjang, mempunyai keluaran kuasa maksimum 580W dan kecekapan maksimum 21.5%.

Trina Solar telah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Indonesianya termasuk pemasang dan pengedar bagi membantu perniagaan memiliki solar bumbungan. Solar adalah menarik untuk syarikat-syarikat C&I kerana ia menggunakan ruang bumbung yang tidak digunakan untuk penjanaan elektrik.

Trina Solar turut merancang untuk melancarkan ke Indonesia Trina Solar Vertex N NEG19RC.20 yang baharu untuk projek-projek berskala utiliti. Modul ini juga boleh digunakan untuk projek-projek C&I.

Vertex N NEG19RC.20 memiliki reka bentuk voltan rendah, menyampaikan kecekapan yang lebih tinggi dan kos imbangan sistem (BOS) yang lebih rendah. Namun begitu, modul baharu ini mempunyai kuasa yang tinggi disebabkan oleh 210 Technology.

Sel solar 210mm-panjang sememangnya mempunyai lebih banyak kuasa berbanding sel solar terdahulu yang lebih kecil. Selain 210 Technology, modul tersebut menggabungkan teknologi-teknologi yang utama dalam pasaran yang lain seperti berbilang-busbar untuk penyerapan cahaya yang lebih banyak; sel dicipta menggunakan teknologi pemotongan tidak memusnah; dan menggunakan pengkapsulan ketumpatan tinggi bagi memaksimumkan luas permukaan modul.

Vertex N NEG19RC.20 baharu mempunyai keluaran kuasa maksimum hingga 590W dan kecekapan maksimum hingga 21.8%. Ia merupakan modul dwi-kaca yang tersedia sebagai mono-muka atau dwi-muka.

Trina Solar berciri unik sebagai satu-satunya pengeluar modul yang turut menghasilkan penjejak. Trina Solar menghasilkan 'penjejak kecil': Vanguard 1P dan Vanguard 2P. Direkayasa untuk kebolehsuaian, penjejak pintar ini boleh digunakan pada rupa bumi yang berbeza sambil menawarkan kestabilan yang tinggi dan menjamin hasil tenaga yang tinggi.

Satu kajian oleh University of Surabaya yang diterbitkan tahun ini mendapati bahawa modul-modul di Jakarta dengan penjejak menyampaikan kira-kira 21 peratus lebih banyak tenaga elektrik berbanding condong-tetap.

Indonesia berada di kedudukan ketujuh di Asia Tenggara untuk kapasiti tenaga solar terpasang. Cabarannya ialah Indonesia perlu memasang tenaga boleh baharu dengan pantas bagi mencapai sasarannya untuk tahun 2025 dan 2050. Rangkaian modul berkuasa tinggi, berkecekapan tinggi Trina Solar - serta teknologi penjejak termaju - merupakan salah satu pilihan yang boleh digunakan dengan cepat dan mudah bagi membantu Indonesia mencapai matlamatnya.

Latar Belakang Trina Solar (688599. SH)

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC, O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap mikro-grid pintar dan berbilang-tenaga serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Energy IoT, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan-perusahaan terkemuka dan institut-institut penyelidikan di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Melalui tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu ketika ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada Jun 2020, Trina Solar disenaraikan pada STAR Market dalam Bursa Saham Shanghai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities