omniture

Saksikan Perkhidmatan WebRTC Paling Lengkap di Dunia Secara Langsung Bersama Acision di MWC 2014

Acision
2014-02-25 16:20 140

BARCELONA, Sepanyol, Kongres Dunia Mudah Alih, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Teknologi kritikal yang merevolusikan keupayaan komunikasi tetap kepada mudah alih – saksikan sendiri di Gerai Pameran Acision 8.1A41

Peneraju perkhidmatan mudah alih global, Acision akan mempertunjukkan perkara yang pertama seumpamanya di dunia, dengan mendemonstrasikan perkhidmatan WebRTC daripada pelayar komputer peribadi sehinggalah kepada pelanggan penghantaran mesej beranekanya, Fuze menerusi satu-satunya penyelesaian WebRTC diintegrasikan sepenuhnya yang boleh didapati dalam pasaran hari ini. Delegasi Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) akan berpeluang untuk menyaksikan platform WebRTC berbilang dimensi Acision ini secara langsung melalui demonstrasinya di gerai pameran 8.1A41 Dewan 8.1 yang akan turut memperlihatkan kehebatan WebRTC dalam membolehkan komunikasi yang lancar antara peranti mudah alih dan komputer peribadi.

Perkhidmatan yang dilengkapi dengan profil media terbuka serta diselaraskan, 'Acision WebRTC' yang berdasarkan teknologi Crocodile ini benar-benar mampu mengubah corak komunikasi, dengan mewujudkan platform komunikasi rakan ke rakan bergred pembawa yang selamat kepada pasaran. Dengan berjuta-juta peranti mudah alih serta pelayar web popular seperti Google Chrome dan juga Mozilla Firefox yang telah pun membolehkan penggunaan WebRTC, teknologi ini menyediakan komunikasi kontekstual yang amat penting bagi inisiatif perjanjian masa hadapan perniagaan bersama pelanggan.

Selain mempertunjukkan WebRTC komputer peribadi kepada komputer peribadi, pertunjukan Acision tentang peranan teknologi WebRTC dalam aplikasi komunikasi beraneka semua dalam satu yang baharu iaitu Fuze, merupakan pertunjukan yang tersendiri. Fuze yang akan dilancarkan secara rasmi pada minggu ini merupakan pelanggan komunikasi beraneka yang mesra telekomunikasi dan menggabungkan kesemua keupayaan penghantaran mesej OTT pada masa kini dengan ciri-ciri seperti saluran kandungan, See-What-I-See serta pengalaman pengguna (UX) skrin pisah tersendiri untuk perkongsian media serta kemudahan seret dan lepas kandungan. WebRTC disediakan secara prapakej sebagai sebahagian daripada Fuze oleh Acision serta membolehkan para pengendali dan syarikat yang menggunakannya untuk penjenamaan semula dapat berinteraksi dengan mudah dalam masa sebenar. Acision turut menyediakan SDK WebRTC untuk para pembangun menerusi antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) yang baharu, Forge daripada Acision yang turut dilancarkan pada hari ini di MWC.

Ketika mengulas tentang perkhidmatan WebRTC terkini yang dipamerkan, Ketua Pegawai Eksekutif Acision, Adolfo Hernandez berkata, "WebRTC akan merevolusikan kaedah komunikasi dalam masa terdekat ini mahupun masa akan datang, sama ada menerusi telefon bimbit atau komputer peribadi sedia ada. Bagi Kongres Dunia Mudah Alih tahun ini, kami amat teruja untuk menunjukkan kepada delegasi buat julung kalinya tentang fungsi teknologi ini, kaedah untuk menggunakannya serta kepentingannya kepada industri. Acision amat berbangga dapat menyerlahkan potensi sebenar WebRTC yang akan mencipta sejarah tersendiri melalui teknologi ini dan kami amat mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai kami bagi melihat demonstrasi teknologi ini secara langsung."

Acision akan turut terlibat bersama App Planet di Kongres Dunia Mudah Alih 2014, di gerai pameran 8.1A41 bagi mendemonstrasikan keupayaan WebRTC bersama Crocodile. Acision juga akan mengadakan Forum yang dikhususkan bertajuk "Lakukan Inovasi untuk Maju dalam dunia Perkhidmatan Digital dan OTT " di Teater D, Theatre District, pada hari Isnin, 24 Februari jam 3 petang. Bagi membuat pendaftaran untuk menyertai acara ini, sila layari http://www.mobileworldcongress.com/acision

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan menjanakan perkhidmatan penglibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling beroperasi menerusi kesemua platform IP serta turut memperkaya pengalaman pengguna dengan mewujudkan nilai serta peluang komunikasi baharu bagi para pembawa, syarikat serta pengguna di serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Trade show news