omniture

Huawei Lancar Penyelesaian MRP Pertama untuk Pusat Data dengan "2 Barisan Pertahanan & 6 Lapisan Perlindungan"

Huawei
2023-03-03 00:27 61

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan penyelesaian perlindungan perisian tebusan DC berbilang lapisan yang pertama dalam industri berasaskan kepada kolaborasi rangkaian-storan pada hari ini di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2023. Baru-baru ini, Huawei menugaskan IDC untuk menulis satu Kertas Putih IDC Developing Ransomware Resilience with Multilayer Network, Storage, and Data Protection Architecture (Membangunkan Kebingkasan Perisian Tebusan dengan Rangkaian Berbilang Lapisan, Storan dan Seni Bina Perlindungan Data) yang menakrifkan secara sistematik amalan terbaik untuk sistem perlindungan berbilang lapisan bagi serangan perisian tebusan.

Semasa serangan perisian tebusan, penggodam menyulitkan data pengguna dan menyekat akses aset dan memaksa mangsa membayar tebusan bagi membuka kuncinya. Serangan perisian tebusan bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan, tetapi juga mengakibatkan rosaknya reputasi yang sangat besar kepada mangsa.

Semua serangan perisian tebusan berkongsi beberapa ciri utama yang penting dari perspektif perkhidmatan:

a) Perisian mereka adalah sangat pelbagai. Bilangan varian perisian tebusan meningkat sebanyak 98% antara separuh kedua tahun 2021 dan separuh pertama tahun 2022, menjadikannya amat sukar untuk mengesan dan bertindak balas kepada serangan terselindung dan baharu dengan cepat dan berkesan.

b) Perisian tebusan tersebar dengan cepat, hanya sedikit masa yang tinggal untuk pentadbir bertindak balas sebaik sahaja serangan bermula. Microsoft mendapati bahawa perisian tebusan boleh menembusi sistem untuk mendapatkan kebenaran hanya dalam 45 minit.

c) Perniagaan perusahaan merasakan kesan daripada serangan perisian tebusan dengan lebih akut berbanding jenis pengguna yang lain, kerana ia biasanya mengambil masa yang lama untuk memulihkan perkhidmatan selepas serangan dan data seringkali tidak dapat dipulihkan sama sekali. Kertas putih IDC menunjukkan bahawa purata masa henti perkhidmatan yang disebabkan oleh serangan perisian tebusan ialah 5 hari pada tahun 2022 dan lebih daripada 46% organisasi yang membayar tebusan masih tidak dapat memulihkan data mereka selepas serangan.

Ini menyebabkan perusahaan amat memerlukan perlindungan hujung-ke-hujung yang berkesan memandangkan penyelesaian perlindungan perisian tebusan tradisional tidak dapat menyaingi cabaran ini.

Penyelesaian perlindungan perisian tebusan berbilang lapisan (MRP) inovatif daripada Huawei sebaliknya beralih kepada keupayaan perlindungan data yang berasaskan kepada kolaborasi rangkaian-storan. Tiga keupayaan terasnya – pengesanan rangkaian-storan, respons rangkaian-storan dan pemulihan rangkaian-storan — berupaya untuk mencegah penyulitan dan kecurian data dengan lebih baik berbanding penyelesaian pesaing.

  • Penyelesaian MRP menggunakan sistem yang mengandungi dua barisan pertahanan dan enam lapisan perlindungan bagi meningkatkan sekuriti sistem IT dan menyediakan penyulitan hujung-ke-hujung dalam medan storan untuk menyekat kecurian data dengan berkesan.
  • Hasil daripada usaha pasukan perlindungan perisian tebusan dan perkhidmatan sekuriti Huawei yang terkemuka dalam industri, mekanisme pengesanan perkaitan rangkaian-storannya turut menyampaikan ketepatan 99.9% (berdasarkan laporan CNCTC), mengautomasikan pengesanan ancaman.
  • Penyelesaian MRP Huawei menyediakan kelajuan pemulihan terpantas dalam industri iaitu sehingga 172 TB/jam dan menggunakan syot kilat yang selamat bagi memulihkan perkhidmatan dalam beberapa saat. Storan sela-udara luar taliannya juga dapat mengatasi penguncian perkhidmatan jangka panjang dengan berkesan selepas data disulitkan, lantas mengurangkan masa pemulihan.

Pelancaran Penyelesaian MRP
Pelancaran Penyelesaian MRP

Michael Qiu, Presiden Jabatan Pemasaran Pusat Data & Penjualan Penyelesaian Global, Enterprise BG, Huawei, menjelaskan, "Perisian tebusan telah menjadi salah satu ancaman yang paling serius kepada perniagaan di peringkat global. Tahun lalu, Huawei melancarkan penyelesaian storan empat lapisan yang membantu ramai pelanggan mengalahkan serangan perisian tebusan. Tahun ini, teknologi perlindungan perisian tebusan berbilang lapisan (MRP) baharu kami yang dibina berasaskan kolaborasi rangkaian-storan memperkukuh perlindungan. Ia meminimumkan impak serangan perisian tebusan ke atas perniagaan anda, malah memberikan masa henti perkhidmatan sifar."

Duncan Brown, Naib Presiden Enterprise Research Europe, IDC, menyatakan, "Kami percaya masanya telah tiba untuk mempertingkatkan strategi ini kepada pendekatan berbilang lapisan termasuk kombinasi teknologi infrastruktur seperti storan dan rangkaian, latihan kesedaran sekuriti yang konsisten dan komprehensif serta pengemaskinian berkala bagi titik akhir dan sekuriti rangkaian. Ini merupakan pertahanan terbaik terhadap perisian tebusan."

Untuk butiran, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/data-center/multi-level-data-center/mrp.

HUBUNGI:
hwebgcomms@huawei.com

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news