omniture

InnoLight Demonstrasikan 1.6T OSFP-XD DR8+ Boleh Pasang dan Penghantar-terima Optik 800G Kuasa Rendah di OFC 2023

InnoLight Technology
2023-03-03 09:00 73

SUZHOU, China dan SANTA CLARA, California, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology, peneraju bagi optik pusat data, mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan menunjukkan demonstrasi langsung penghantar-terima optik boleh pasang 1.6T OSFP-XD DR8+ di OFC 2023 di San Diego, CA (Reruai # 4115), yang menetapkan penanda aras industri baharu untuk penghantar-terima optik boleh pasang.

Modul OSFP-XD DR8+ menggabungkan teknologi optik setiap lorong 200G termaju dan teknik-teknik pemprosesan isyarat digital yang terkemuka dalam industri. Modul ini menyampaikan sehingga 1.6 Tbps kelajuan transmisi pada jarak 2km dengan penggunaan kuasa rendah iaitu kurang daripada 23W pada julat suhu 0-70C.

"Penghantar-terima optik 1.6T OSFP-XD InnoLight membuktikan bahawa optik boleh pasang terus menyampaikan hukum Moore dalam menggandakan kapasiti lebar jalur tanpa menukar infrastruktur pusat data sedia ada. Optik 1.6T kami mengupayakan kapasiti daya pemprosesan suis 51.2T dalam konfigurasi rak 1U. Ia memanfaatkan ekosistem serdes 100G yang terbukti dengan platform optik 200G termaju daripada InnoLight bagi menyampaikan penyelesaian berisiko rendah, mudah dilaksanakan dan berkesan kos demi memacu pengembangan lebar jalur," kata Osa Mok, Ketua Pegawai Pemasaran InnoLight.

Di samping itu, bagi memenuhi kehendak pelanggan terhadap transmisi optik 800G berkuasa rendah, InnoLight akan turut mendemonstrasikan modul 800G generasi ke-2 berasaskan kepada 5nm DSP dan teknologi fotonik silikon termaju. Di OFC 2023, InnoLight akan mempamerkan penghantar-terima optik 800G OSFP DR8+ dan 2xFR4 berkuasa rendah pada kurang daripada 14W dalam julat 0-70C.

InnoLight turut mengumumkan ketersediaan umum penghantar-terima koheren 400G ZR dan 400G ZR+ QSFP-DD di OFC 2023. Penghantar-terima 400G ZR and ZR+ InnoLight mematuhi sepenuhnya piawaian QSFP-DD MSA, CMIS dan OIF OpenZR tambahan serta daripada menyokong transmisi hingga 500km. Penghantar-terima koheren 400G ZR (+) QSFP-DD akan turut didemonstrasikan di Makmal Saling Kendali OIF 400ZR di OFC 2023.

Latar Belakang InnoLight

InnoLight mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan penghantar-terima optik berkelajuan tinggi yang mengupayakan pengembangan lebar jalur yang pesat bagi rangkaian generasi seterusnya. InnoLight memiliki operasi global, ia mempunyai tapak pengeluaran di Suzhou, Taiwan dan Thailand serta pejabat R&D dan Jualan di Amerika Syarikat, Kanada, China, Singapura dan Eropah. Penyelesaian InnoLight menawarkan prestasi teknikal terunggul, proposisi nilai yang menarik dan kelebihan tempoh untuk dipasarkan yang amat penting untuk pertumbuhan berterusan Rangkaian Pusat Data generasi seterusnya. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi www.innolight.com.

Source: InnoLight Technology
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Computer Accessories Retail Telecommunications Trade show news