omniture

MWC 2023: Huawei Anjur Sidang Akhbar mengenai Inovasi Senario Industri dan Strategi Perniagaan PKS

Huawei
2023-03-03 08:56 120

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023, Huawei Enterprise BG mengadakan sidang akhbar bertema "Menerajui Infrastruktur Digital untuk Nilai Baharu Bersama-sama", mengumumkan strategi perniagaannya bagi membantu perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) menuju digital. Lebih daripada 100 wartawan daripada media global diundang untuk berbincang, cara untuk terlibat secara lebih mendalam dengan senario industri sohor kini melalui pelaksanaan langkah-langkah inovatif seperti infrastruktur digital, transformasi digital dan pembangunan rendah karbon.

Sidang akhbar Huawei Enterprise BG di MWC 2023
Sidang akhbar Huawei Enterprise BG di MWC 2023

Pertumbuhan Pesat Perniagaan Perusahaan Huawei, Menjadikan Dunia Lebih Digital

Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise BG menyebut bahawa hasil jualan Huawei dijangka mencecah CNY636.9 bilion pada tahun 2022 dan perniagaan perusahaan telah mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Huawei Enterprise BG komited untuk mempermudah transformasi digital untuk industri-industri seperti kewangan, kerajaan, pengangkutan dan tenaga. Setakat ini, ia membangunkan lebih 100 penyelesaian untuk senario industri yang luas.

Dalam industri kewangan, Huawei telah bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menyokong institusi-institusi kewangan bagi membina ekosistem digital yang mampan. Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Global Digital Finance, menekankan bahawa perkhidmatan kewangan mudah alih dan pintar semakin popular dan bidang-bidang teras amat didigitalkan. Huawei berusaha untuk mempercepatkan aplikasi teknologi dalam enam bidang, termasuk beralih daripada transaksi kepada penglibatan digital, membangunkan aplikasi dan data natif-awan, mengembangkan infrastruktur ke MEGA, memperindustrikan data dan aplikasi AI, meningkatkan analisis data waktu sebenar dan melangkah menuju otak AI termaju. Dengan cara ini, kami membantu pelanggan kewangan mempercepatkan perubahan, meningkatkan produktiviti secara inovatif dan menjadikan produktiviti dapat dilihat serta mempercepatkan evolusi ke arah masa depan.

Dari segi perkhidmatan awam, Huawei memanfaatkan ICT untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih mudah dan cekap. Hong-Eng Koh, Ketua Saintis Industri Perkhidmatan Awam Global Huawei Enterprise BG, menekankan bahawa Huawei menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan pintar dalam empat senario: pengimejan perubatan optik-sepenuhnya, wad pintar, patologi digital dan infrastruktur ICT penjagaan kesihatan. Penyelesaian-penyelesaian ini membolehkan pesakit merasai perkhidmatan perubatan yang lebih mudah dan dalam masa yang sama membantu kakitangan perubatan meningkatkan kecekapan keseluruhan mereka, merealisasikan rawatan berkualiti tinggi dan pengurusan berkecekapan tinggi.

Strategi Huawei untuk Membantu PKS Menuju Digital

PKS memainkan peranan penting dalam ekonomi dan masyarakat. Semasa sidang akhbar tersebut, Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise BG mengumumkan strategi perniagaan PKS global Huawei dan hasratnya untuk meningkatkan pelaburan dalam pasaran PKS bagi mendorong rakan kongsi mencapai kejayaan perniagaan. Memusatkan "sentrisiti-rakan kongsi", Huawei berjanji untuk menyokong rakan kongsi apabila mereka mensistemkan keupayaan hujung-ke-hujung dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, penjualan, pembekalan dan perkhidmatan serta telah melakukan atau komited terhadap usaha berikut dari segi organisasi, saluran dan peralatan IT:

  • Organisasi: Huawei menubuhkan organisasi yang bertanggungjawab untuk perniagaan komersial dan pengedaran global, termasuk enam pasukan R&D produk pengedaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kampus komunikasi data (datacom), sekuriti, rangkaian optik, kesedaran industri, kolaborasi dan storan pintar, bagi memastikan semua sumber R&D tersedia.
  • Saluran: Huawei mengoptimumkan lagi sistem salurannya untuk menyokong rakan kongsi dan penyepadu dengan lebih baik dalam pasaran komersial serta pengedar dan pembekal perkhidmatan kejuruteraan dalam pasaran pengedaran.
  • Peralatan IT: Huawei akan memperkukuh pelaburan dalam alatan dan platform digital rakan kongsi termasuk menawarkan platform digital terpusat (baik dengan PC mahupun mudah alih) bagi menyokong pemasaran dalam talian, perdagangan dan perkhidmatan rakan kongsi.

Pada tahun 2023, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi membantu lebih ramai pelanggan PKS melakukan transformasi secara digital dan mencapai kejayaan perniagaan.

Mengagregatkan Ekosistem Rakan Kongsi dan Meningkatkan Pelaburan untuk Mempromosikan "Progam Perkasa Huawei"

Haijun Xiao, Presiden Jabatan Pembangunan Rakan Kongsi dan Penjualan Global Huawei Enterprise BG, menekankan bahawa BG telah meningkatkan pelaburan dalam pengembangan pasaran bersama, pengupayaan dan pemasaran bersama rakan kongsi. Melalui usaha ini, Huawei bermatlamat untuk membimbing dan menggalakkan lebih ramai rakan kongsi berkebolehan untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan digital.

"Program Perkasa Huawei" telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam pembangunan penyelesaian, pengupayaan serta pembinaan ekosistem bakat.

Pada masa akan datang, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi agar tetap bertumpukan pelanggan, memperdalam penglibatan senario industri dan memberi respons kepada keperluan yang berubah-ubah melalui inovasi. Ia akan menyokong pelanggan dalam perjalanan transformasi digital mereka dan mempercepatkan pendigitalan antara PKS, dalam mengusahakan dunia yang lebih terhubung dan pintar.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news