omniture

Huawei Pamerkan Projek Kembar Digital untuk Pelabuhan Tianjin di MWC 2023

Huawei
2023-03-03 20:38 119

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Unit Perniagaan Jalan Raya, Laluan Air dan Pelabuhan Pintar Huawei mempamerkan penyelesaian Jalan Raya Pintar dan Pelabuhan Pintarnya yang terkini di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023. Penyelesaian 5G digunakan secara komersial dan telah beroperasi selama setahun di Pelabuhan Tianjin. Bahkan, Projek Pelabuhan Pintar 5G+ memenangi anugerah Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung daripada GSMA di MWC 2022.

Unit Perniagaan Jalan Raya, Laluan Air dan Pelabuhan Pintar turut menganjurkan acara meja bulat media bagi menonjolkan amalannya dalam pembangunan pelabuhan pintar.

Tapak Acara Meja Bulat Media
Tapak Acara Meja Bulat Media

Penyelesaian Pengangkutan Mendatar Pintar Huawei ialah salah satu penyelesaian penting daripada syarikat ini untuk pelabuhan pintar. Terminal Kontena Kedua Pelabuhan Tianjin menggunakan penyelesaian tersebut untuk membina pelabuhan pintar yang dikuasakan oleh 5G dan pemanduan berautonomi L4. Di sini, 76 IGV telah beroperasi dengan rutin secara berautonomi selama lebih setahun, lalu meringankan beban masalah kekurangan pemandu dan meningkatkan kecekapan pelabuhan.

York Yue, Ketua Pegawai Teknologi Unit Perniagaan Jalan Raya, Laluan Air dan Pelabuhan Pintar menjelaskan bahawa pengangkutan mendatar pintar yang menggunakan rangkaian 5G dan IGV ideal untuk terminal kontena. Bahagian C di Kawasan Pelabuhan Beijiang, Pelabuhan Tianjin merupakan terminal pertama yang menggunakan Penyelesaian Pengangkutan Mendatar Pintar Huawei yang telah mencapai operasi berskala besar, komersial dan berkala. Penggunaan 5G dan pemanduan berautonomi L4 mengupayakan nilai perniagaan mahupun sosial.

Ini menunjukkan kemajuan untuk seluruh industri pelabuhan. Huawei berharap agar pengalaman Pelabuhan Tianjin dapat dimanfaatkan sebagai rujukan untuk pembangunan industri dan mengilhami idea yang inovatif.

BU turut mempamerkan empat penyelesaiannya untuk jalan raya pintar di MWC 2023: Kesedaran Lebuh Raya Berbilang-Dimensi, Persimpangan Optik-Sepenuhnya, Perangkaian Jalan dan Sistem Lalu Lintas Pintar. Penyelesaian tersebut memanfaatkan ICT utama Huawei dan pengalaman industri yang luas bagi menyokong pembinaan, pengurusan, penyelenggaraan, operasi dan perkhidmatan jalan raya. Ini menghasilkan jalan raya pintar yang bersifat terbuka, berkongsi, canggih dan bersedia mendepani evolusi masa depan.

Memandang ke hadapan, Unit Perniagaan Jalan Raya, Laluan Air dan Pelabuhan Pintar Huawei akan meneruskan komitmennya untuk menyediakan teknologi yang tepat untuk senario yang tepat dengan mengutamakan keterbukaan, kerjasama dan faedah bersama. Ia memfokuskan kepada infrastruktur ICT dan bertujuan untuk mengatasi cabaran industri. Menggunakan keupayaan teras Huawei, BU membangunkan penyelesaian E2E dengan kerjasama rakan-rakan kongsi ekosistem. Mereka memacu transformasi digital dan penaiktarafan pintar untuk pelbagai industri, seterusnya mencipta nilai baharu bersama-sama.

HUBUNGI: hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Maritime/Shipbuilding Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news