omniture

Alphawave Semi Membuka Pejabat di Ottawa, Memperluas Kehadiran dan Kepimpinan Teknikal di Kanada

Alphawave Semi
2023-03-03 22:58 0

Pejabat baharu ini merangkumi ruang makmal yang luas untuk mempercepat kepimpinan teknikal syarikat dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi 

LONDON dan TORONTO, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Alphawave Semi (LSE: AWE), peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat terbarunya di Ottawa, Ontario.

awavesemi.com
awavesemi.com

Terletak di taman teknologi Kanata North, pejabat baharu ini menyediakan lebih 20,000 kaki persegi ruang kerja dengan lebih 4,000 kaki persegi ruang makmal untuk pasukan pengawal, SerDes dan pasukan kejuruteraan optiknya. Lokasi baharu yang diumumkan pada bulan Julai tahun lepas ini akan membolehkan pasukan kejuruteraan Alphawave Semi untuk menguji dan memperkenalkan generasi teknologi kesalinghubungan seterusnya dengan berkesan.

"Alphawave Semi telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dan telah mewujudkan kehadiran yang signifikan di Amerika Utara," kata Tony Pialis, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Alphawave Semi. "Sebagai sebuah syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal, ruang pejabat dan makmal baharu ini akan memastikan kami dapat terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global kami dengan penyelesaian IP dan silikon kesalinghubungan kami yang terkemuka dalam industri, hasil daripada keupayaan yang ditawarkan oleh ruang baharu ini kepada para jurutera kami."

Pejabat ini memberikan ruang kerja ergonomik untuk semua pekerja, bilik sunyi untuk meditasi dan solat, ruangan kolaboratif dan bilik latihan untuk pembangunan profesional di lokasi. Mewujudkan ruang khusus yang menyokong pangkalan pekerja syarikat yang pelbagai adalah amat penting apabila mereka bentuk pejabat terbaharu ini dan ia dibangunkan susulan pengiktirafan yang diterima Alphawave Semi baru-baru ini sebagai Great Place to Work® (Tempat Terbaik untuk Bekerja).

Pejabat di Ottawa ini ialah lokasi terbaharu Alphawave Semi, dengan sebuah lagi pejabat sedang dalam pembinaan di Pune, India. Alphawave Semi mempunyai lebih 700 orang pekerja di tujuh buah negara di seluruh dunia.

Tentang Alphawave Semi

Alphawave Semi ialah peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave Semi merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Kami merupakan sebuah syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal serta produk IP, silikon tersuai dan ketersambungan kami digunakan oleh para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh sepasukan pakar teknikal dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk mempercepat infrastruktur data yang penting sebagai suatu keutamaan dunia digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave Semi, sila layari: awavesemi.com.

Gravitate PR untuk Alphawave Semi, alphawave@gravitatepr.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2014934/Alphawave_Semi_Alphawave_Semi_Opens_Ottawa_Office__Expanding_Can.jpg?p=medium600

 

 

Source: Alphawave Semi
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion