- Perkongsian OEM Android SOTI Berkembang Sebanyak 300 Peratus Tahun Demi Tahun, Sehingga Kini Lebih Dari 35 Pengeluar Peranti Android
MISSISSAUGA, Ontario dan BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- (Kongres Dunia Mudah Alih, Ruang Pameran 5H40, Dewan 5) – SOTI Inc., pembekal yang terkemuka di dunia bagi "Enterprise Mobility Management" (EMM) dan juga pengurusan polisi "Bring Your Own Device" (BYOD), hari ini mengumumkan ia telah memperluas perkongsian OEM Android secara signifikan agar meliputi lebih dari 35 pengeluar peranti Android yang menerajui pada peringkat global. Android+ Teknologi dari SOTI MobiControl telah memainkan peranan penting dalam memajukan perkongsian OEM Android sebanyak 300 peratus tahun demi tahun untuk menangani fragmentasi peranti Android serta membuka ruang bagi penggunaan Android yang selamat dalam organisasi tersebut.
Lebih dari 80 peratus telefon mudah alih di dunia adalah peranti Android. Peranti Android kini telah mula digunakan di tempat kerja sama ada diketahui atau tidak oleh jabatan IT. Organisasi mula mencari cara cara untuk menggunakan peranti Android dengan selamatnya. Pengurusan dan keselamatan peranti Android adalah tidak konsisten bagi semua pengeluar peranti Andriod. Ini adalah disebabkan oleh API keselamatan dan pengurusan peranti Android adalah terhad untuk digunakan oleh pembekal EMM. Apa yang lagi merumitkan adalah setiap OEM Android dibiarkan untuk mengeluarkan API sendiri untuk pembekal EMM membina aplikasi untuk menguruskan peranti Android. Ini akan mewujudkan pembezaan fungsi bagi setiap OEM Android.
Dengan bekerjasama secara proaktif serta membina penyepaduan teknologi yang lengkap bersama dengan beberapa OEM Android terbesar di dunia, SOTI merupakan satu-satunya pembekal EMM yang dapat menyediakan penyelesaian yang mendayakan peranti Android yang selamat. OEM Android bekerjasama dengan SOTI bagi memainkan peranan masing-masing serta mengatasi halangan IT dalam masalah keselamatan Android legasi, di samping memenuhi keperluan untuk pengurusan mobiliti Android gred syarikat. Saranan nilai teknologi Android+ SOTI MobiControl kepada OEM Android tiada bandingannya, memandangkan ia membolehkan para pengeluar untuk memberi tumpuan terhadap kekuatan teras mereka serta meluaskan penggunaan dalam organisasi.
Eric Klein, Penganalisis Kanan, VDC Research, berkata, "Industri ini amat memerlukan penyelesaian EMM menyeluruh bagi peranti Android, dengan keselamatan menjadi tumpuan utama bagi organisasi yang terlibat. Pandangan jauh SOTI terhadap keperluan industri ini adalah sejajar dengan jangkaan VDC yang penggunaan Android dalam persekitaran organisasi akan meningkat memandangkan ISV mudah alih telah meningkatkan tumpuannya terhadap platform mudah alih serta menyediakan penyelesaian dengan keselamatan tinggi yang menjadikan Android sesuai digunakan untuk persekitaran korporat."
Dengan menyediakan keupayaan untuk mengesan dan turut menyekat ancaman keselamatan sebelum memasuki rangkaian organisasi, teknologi Android+ SOTI MobiControl menyediakan keselamatan mantap serta lapisan pertahanan tambahan bagi mekanisme keselamatan terbenam yang digunakan oleh pembekal OS mudah alih. Di samping bertujuan untuk merapatkan jurang keselamatan, SOTI merupakan satu-satunya pembekal EMM di dunia yang mempunyai ciri-ciri pengurusan lanjutan untuk peranti Android. Ciri-ciri ini termasuklah real-time remote helpdesk, fungsian mod kuncian/kios, penapisan kandungan web, teknologi geofencing, pencegahan anti-virus dengan pelbagai pilihan pemulihan serta banyak lagi.
Carl Rodrigues, Presiden dan CEO, SOTI berkata, "Pengeluar peranti Android sedang menyeragamkan teknologi Android+ SOTI. Mereka tidak perlu lagi menukar sistem operasi mereka bagi mencapai keselamatan dan pengurusan yang diperhebat pada peranti mereka. Ini dapat menjimatkan penggunaan sumber yang berharga serta mempercepat kemasukan mereka ke dalam pasaran perusahaan yang menguntungkan. Kemajuan yang pantas dalam penggunaan Android+ SOTI dalam OEM merupakan bukti terhadap komitmen SOTI untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi menyediakan sokongan mendalam merentasi platform. Android+ SOTI membolehkan rakan kongsi Android kami untuk menyediakan tahap keselamatan dan pengurusan yang setanding dengan Apple iOS, Windows serta sistem operasi yang lain."
Latar Belakang SOTI Inc.
SOTI adalah penyedia yang paling dipercayai di dunia bagi penyelesaian Enterprise Mobility Management (EMM), dengan lebih dari 12,000 pelanggan syarikat dan menguruskan berjuta-juta peranti di seluruh dunia. Portfolio penyelesaian dan perkhidmatan inovatif SOTI menyediakan peralatan yang diperlukan oleh pelbagai organisasi bagi benar-benar menjadikan operasi mereka bersifat mudah alih serta mengoptimumkan pelaburan mobiliti mereka. Produk utama SOTI iaitu MobiControl membolehkan syarikat untuk mendayakan, mengoptimumkan serta melindungi tenaga kerja mudah alih mereka di semua platform bagi menyokong polisi Bring Your Own Device (BYOD) dan juga polisi tanggungjawab korporat. SOTI turut memperluas pengurusan mobiliti yang selamat melangkaui Mobile Device Management (MDM) asas untuk menyediakan penyelesaian keseluruhan yang fleksibel agar dapat membentuk pengurusan dan keselamatan yang menyeluruh bagi kesemua peranti mudah alih yang digunakan dalam sesebuah organisasi.
Bagi maklumat lanjut, sila layari www.soti.net, hubungi kami menerusi e-mel di sales@soti.net atau menerusi talian +1-888-624-9828 (NA), +44-1213680675 (UK) atau +61-3-90015554 (Australia).