![]() |
FORT LAUDERDALE, Florida dan TOKYO, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- GA Telesis, LLC ("GAT") dan Tokyo Century Corporation ("TC") mengumumkan pelancaran platform pinjaman usaha sama baharunya iaitu HALO AirFinance ("HALO"). HALO akan berfungsi sebagai saluran asal hutang eksklusif untuk GAT dan TC, dengan fokus untuk pinjaman langsung yang selamat kepada syarikat penerbangan, pemajak dan pelabur yang meliputi spektrum kolateral daripada pesawat baharu hingga pertengahan hayat guna. HALO akan berada pada kedudukan yang unik dalam sektor kewangan penerbangan sebagai gabungan kepakaran penstrukturan dan pembiayaan serta keupayaan aset dan teknikal bagi GAT dan TC masing-masing. HALO akan memenuhi keperluan dalam pasaran yang kurang mendapat perhatian yang kurang mempunyai pemberi pinjaman yang disokong aset global, bebas dan cekap.
HALO melancarkan dana pertamanya, HALO One, melalui kerjasama dengan InterVest Capital Partners (dahulunya dikenali sebagai Wafra Capital Partners), sebuah syarikat pelabur veteran dalam sektor penerbangan dan kewangan khusus. "GA Telesis telah menjadi rakan kongsi pelaburan penerbangan kami yang telah lama wujud sejak lebih sepuluh tahun dan strategi pemberian pinjaman HALO merupakan evolusi semula jadi dan bersesuaian dengan keupayaan kolektif kami," ulas Michael Gontar, Ketua Pegawai Eksekutif InterVest Capital Partners.
HALO One akan mendapat manfaat daripada kemudahan kredit pusingan yang inovatif yang diterajui oleh Citigroup sebagai Ejen Penstrukturan dan Penyusun Utama Bersama dan Fifth Third Bank, National Association sebagai Penyusun Utama Bersama.
"Terdapat peluang yang besar untuk menangani keperluan pinjaman berfokuskan aset yang lebih pintar dalam industri penerbangan," ulas Abdol Moabery, Ketua Pegawai Eksekutif GA Telesis. Moabery mengulas lagi, "HALO tiada tandingan sebagai platform pinjaman memandangkan ia mempunyai jejak asalnya yang luas, akses terus kepada nilai pasaran dan keupayaan teknikal dalaman yang komprehensif."
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.haloairfinance.com/
https://www.gatelesis.com
www.intervest.com
Untuk pertanyaan, sila hubungi Cathy Moabery di marketing@gatelesis.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1023925/GA_Telesis_LLC_Logo.jpg?p=medium600