omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim lancar siri TOPCon baharu modul PV solar secara global

Xinhua Silk Road
2023-03-06 23:32 101

BEIJING, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar modul solar terkemuka global Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), melancarkan TOPCon, siri baharu modul fotovolta (PV) solar yang direka bentuk untuk mencapai kecekapan penukaran tenaga fotovolta solar yang lebih tinggi.

Foto menunjukkan siri TOPCon Jenis-N baharu modul PV solar
Foto menunjukkan siri TOPCon Jenis-N baharu modul PV solar

Modul siri TOPCon mengguna pakai sel berkecekapan tinggi jenis-N 182mm yang telah melakar pencapaian penting dalam kecekapan modul dan penjanaan kuasa. Ia boleh mencapai pengeluaran besar-besaran kadar penukaran tenaga modul PV solar 22.5 peratus dan kuasa 580W yang dapat menyediakan kos kilowatt jam (kWj) yang lebih rendah untuk projek-projek PV teragih dan stesen-stesen janakuasa tanah besar.

Berbanding dengan komponen tradisional, komponen siri TOPCon ditingkatkan oleh teknologi inovatif seperti sentuh pempasifan, grid berbilang-induk ultra-halus, pempakejan berketumpatan tinggi dan mempunyai prestasi unggul dari segi pekali suhu kuasa, rintangan kemerosotan cahaya dan prestasi cahaya rendah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan peningkatan beransur-ansur kadar penukaran sel PV, kadar penukaran sel Pemancar Pasif dan Sel Belakang (PERC) arus perdana telah menghampiri had kecekapan teori 24.5 peratus daripada sel jenis-P, manakala komponen TOPCon, dengan kecekapan penukarannya yang lebih tinggi, dijangka menerajui hala tuju pembangunan yang penting bagi sel silikon habluran berkecekapan tinggi.

"Ekoran beban dan kestabilannya yang unggul, kami telah melanjutkan jaminan siri komponen TOPCon kepada 30 tahun, jauh melebihi standard pasaran sedia ada," kata Yang Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Seraphim, menambah bahawa siri komponen ini tersedia dalam pelbagai saiz dan dapat memenuhi keperluan aplikasi yang berbeza.

"Dengan pengembangan susun atur kapasiti modul TOPCon jenis-N, Seraphim akan terus membangunkan dan menjual modul PV dengan kecekapan penukaran tinggi dan kualiti yang tinggi bagi memenuhi permintaan dan meneroka laluan yang lebih baik untuk pembangunan inovatif industri PV," kata Polaris Li, Presiden Seraphim.

Dimaklumkan bahawa siri komponen TOPCon kini dalam proses pengeluaran penuh dan dijangka mencapai kapasiti berterusan 4 gigawatt (GW) komponen menjelang akhir tahun 2023, menyediakan volum yang mencukupi untuk membekalkan pasaran.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/333078.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities New products/services