omniture

RESTORAN AUGUST DARI JAKARTA MEMENANGI AMERICAN EXPRESS ONE TO WATCH AWARD YANG DIDAMBAKAN RAMAI, DARIPADA ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS

50 Best
2023-03-07 16:00

Restoran milik Hans Christian dan Budi Cahyadi yang berusia setahun ini diiktiraf sebagai restoran yang semakin meningkat naik atas masakan  kontemporermiliknya yang elegan dan inovatif yang dipengaruhi hidangan Indonesia

LONDON, 7 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Restoran August di Jakarta, Indonesia menjadi penerima American Express One To Watch Award yang didambakan ramai bagi tahun 2023. Ditentukan oleh penganjur Asia's 50 Best Restaurants melalui kerjasama dengan penasihat serantau mereka, anugerah ini diberikan kepada restoran yang semakin meningkat naik yang menunjukkan potensi untuk memasuki kedudukan utama di Asia pada tahun-tahun akan datang.

Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, names August in Jakarta as winner of the American Express One To Watch Award 2023
Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, names August in Jakarta as winner of the American Express One To Watch Award 2023

Dipimpin oleh cef dan pemilik bersama Hans Christian dan rakan kongsi urusan Budi Cahyadi, August telah mencipta gelombang dalam landskap ruang makan di Jakarta sejak ia dibuka pada bulan November 2021 dengan penciptaan masakan berunsurkan hidangan yang tersendiri yang turut memasukkan elemen-elemen hidangan Indonesia dan digayakan dalam bentuk santapan mewah. Restoran dengan 50 tempat duduk yang selesa ini menampilkan pencahayaan yang hangat, tema warna semula jadi, dapur terbuka dan rak buku yang dipenuhi dengan koleksi peribadi pasukan ini yang membantu mewujudkan pengalaman menjamu selera yang mengasyikkan dan selesa.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Kejayaan August menjadi bukti kepada komitmennya terhadap kecemerlangan yang terlahir daripada kemahiran kulinari dan sifat hospitaliti yang mendalam. Kami mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas impak positif yang ditunjukkan terhadap pengalaman menjamu selera di Jakarta."

Selain menjadi bulan kelahiran kedua-dua pemiliknya, restoran ini dinamakan sebagai August untuk menyampaikan prinsipnya tentang rasa 'hormat', iaitu tema yang diterjemahkan oleh pasukan ini ke dalam perkhidmatan peribadi dan masakan mereka. Pilihan menu hidangannya mencerminkan pengalaman Cef Christian selama bertahun-tahun di dapur santapan mewah, sambil menggabungkan sentuhan Indonesia dan Asia sebagai penghormatan kepada wilayah tempatan. Dengan mengutamakan kelestarian, bahan-bahan masakan utamanya merangkumi ikan bermusim yang dipancing dari Bali dan Lombok; sayur-sayuran dari ladang di Lembang; pod vanila dari Sukabumi dan 100% koko Indonesia dalam pencuci mulut.

Christian dan Cahyadi merupakan orang asal Indonesia dan graduan sekolah kulinari dan manajemen perhotelan dengan gabungan pengalaman dalam sektor perkhidmatan F&B (makanan dan minuman) yang saling melengkapi. Gabungan kepakaran inilah yang dicerminkan dalam pengalaman menjamu selera yang menakjubkan di August.

August menyertai barisan pemenang terdahulu yang menarik, termasuklah Meta di Singapura (2021) dan Eat & Cook di Kuala Lumpur (2022).

August akan diraikan di majlis anugerah tersebut pada 28 Mac 2023 ini di Singapura dengan kerjasama rakan kongsi destinasi tuan rumah, Singapore Tourism Board. Ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, anugerah Asia's 50 Best Restaurants 2023 ini juga akan disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube.

https://mediacentre.theworlds50best.com/ 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2016447/Asia_50_Best_Award.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2010855/Asia_50_B_R_2023_Logo.jpg?p=medium600

Source: 50 Best
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Travel Awards New products/services