SINGAPURA, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- International Civil Aviation Organization, yang menentukan bagaimana pesawat komersial harus dikendalikan, menetapkan sasaran baharu pada Oktober 2022 untuk mengurangkan emisi CO₂ daripada penerbangan antarabangsa sebanyak 15% dari tahun 2024 dan seterusnya berbanding tahun 2019 dan kepada hampir sifar menjelang tahun 2050. Oleh yang demikian, gas bahan api fosil konvensional akan digantikan secara beransur-ansur dengan bahan api penerbangan lestari (SAF).
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.multivu.com/players/English/9143351-toshiba-superconducting-motor/
Walau bagaimanapun, bagi mencapai keneutralan karbon keseluruhan, penting untuk meneroka SAF bebas-karbon dan sistem penerbangan secara menyeluruh; justeru, industri ini perlu membangunkan motor yang ringan dan berkuasa tinggi untuk sistem perejangan.
Toshiba mengumumkan dalam bulan Jun tahun lalu untuk membangunkan prototaip bagi motor superkonduksi yang padat dan berkelajuan tinggi dengan pengeluaran maksimum 2 MW, menggabungkan teknologi pembuatannya untuk mesin berputar berkelajuan tinggi dan teknologi superkonduktiviti. Motor superkonduksi yang baru dibangunkan ini hanya seberat beberapa ratus kilogram, memiliki diameter luar lebih kurang 50 cm dan panjang keseluruhannya lebih kurang 70 cm (tidak termasuk aci) iaitu "kurang daripada satu-persepuluh" motor dengan tahap pengeluran kuasa yang sama. Ciptaan yang Pertama-Dunia ini menarik perhatian di Jepun mahupun luar negara, daripada industri pesawat dan automobil, jalan kereta api dan syarikat mobiliti lain, pengilang enjin serta universiti.
Industri mobiliti sedang mengalami transformasi, dengan kenderaan elektrik menggantikan kereta berkuasa gasolin; industri penerbangan juga dijangka akan menggantikan enjin jet yang dikuasakan oleh bahan api fosil dengan motor elektrik. Generasi pesawat elektrik yang seterusnya akan menyasarkan untuk mencapai keneutralan karbon. Walau bagaimanapun, keadaan semasa mungkin lebih mencabar untuk mencapai matlamat ini.
Motor superkonduksi Toshiba dapat menangani cabaran ini dengan menggabungkan pengalaman selama bertahun-tahun dan teknologi canggih. Toshiba telah mengilangkan penjana turbin selama bertahun-tahun dan mempunyai banyak teknologi untuk pembuatan mesin berputar berkelajuan tinggi. Toshiba turut membangunkan teknologi superkonduktiviti. Dengan menggabungkan kedua-dua teknologi ini, motor superkonduksi ini dapat merealisasikan keperluan yang ringan, ketumpatan output yang tinggi dan putaran berkelajuan tinggi serta boleh disediakan untuk aplikasi mobiliti besar. Ia akan menyumbang kepada pengelektrikan pesawat dan sektor mobiliti dengan signifikan.
Dengan pengalaman pembuatan yang luas, teknologi inovatif dan komitmen yang mendalam terhadap dunia yang lebih hijau, lebih baik, Toshiba sedang berusaha ke arah mencapai keneutralan karbon dalam industri-industri dan juga pengangkutan.