omniture

ZTE, Ooredoo Group lanjutkan perjanjian perkongsian lima tahun lagi

ZTE Corporation
2023-03-09 20:46 127

SHENZHEN, China, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, telah meluaskan perjanjian rangka global bersama Ooredoo Group untuk pemodenan rangkaian Ooredoo Algeria dan perkhidmatan pelaksanaan serta penyelenggaraan yang berkaitan dan juga pembekalan dan penghantaran Produk Bateri Litium.


ZTE dan Ooredoo akan meluaskan kerjasama dalam jaringan pengangkutan, yang melibatkan penggunaan komersial berskala besar SRv6. Penyelesaian baharu ini akan mentransformasikan seni bina jaringan pengangkutan tradisional menjadi seni bina yang boleh diprogram berorientasikan 5G.

ZTE akan bekerjasama dengan Ooredoo dalam bidang tenaga. Dengan sistem kuasa terkini ZTE yang amat cekap dan bateri Smart-Li, Ooredoo akan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, meningkatkan hayat bateri di samping melindungi pelaburan bateri semasa serta merealisasikan komitmen sosialnya bagi membina jaringan yang lebih hijau.

Sheikh Mohammed Bin Abdulla Bin Mohammed Al Thani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ooredoo, berkata: "Kolaborasi erat kami bersama ZTE adalah signifikan dalam mengambil langkah yang seterusnya untuk inovasi teknologi dalam banyak Unit Perniagaan Ooredoo. Dengan memilih untuk terus bekerjasama dengan penyelesaian utama ZTE, kami berupaya memenuhi permintaan pasaran baharu dan sedang membangun serta mentransformasikan perniagaan dalam Unit Perniagaan Ooredoo yang berbeza. Kami bersama-sama mencipta bidang digital baharu untuk pelanggan kami."

Christian Linhart, Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan, Ooredoo, berkata: "Lanjutan perjanjian rangka bersama ZTE mengukuhkan perkongsian kami bersama mereka. Dengan perkongsian yang saling memberi manfaat ini, kami pasti ia akan menambah nilai lagi kepada perniagaan dan pelanggan kami."

TIMOS Tsokanis, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kumpulan, Ooredoo, berkata: "Ooredoo Group dan ZTE telah menjalin perkongsian sejak beberapa tahun yang lalu dan kami gembira dapat melanjutkan kerjasama kami dalam lebih banyak bidang. Ini akan memungkinkan perniagaan kami untuk terus saling bekerjasama bagi rangkaian termaju yang disediakan oleh salah satu penyedia telekomunikasi dan teknologi maklumat yang terkemuka di dunia bagi memperbaiki kehidupan digital pelanggan kami. ZTE telah membuktikan keupayaannya dengan menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung dan kini kami ingin memanfaatkannya dalam lebih banyak bidang kerjasama."

Xie Junshi, Ketua Pegawai Operasi, ZTE, menyatakan: "ZTE memiliki perkongsian yang sekian lama terjalin dan kolaboratif bersama Ooredoo. Bagi mempercepatkan transformasi digital Ooredoo, ZTE akan terus menawarkan penyelesaian yang canggih kepada Opcos daripada Ooredoo Group. Penyelesaian yang inovatif ini akan menyampaikan rangkaian berprestasi tinggi dan pengalaman pengguna yang unggul hasil daripada teknologi dan penyelesaian ZTE yang canggih dan berkesan kos."

Zhang Jianpeng, Presiden MTO & Pemasaran Antarabangsa, ZTE, menekankan: "Ooredoo Group, salah satu pelanggan MTO (Operator Telekomunikasi Multinasional) utama ZTE, telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dalam banyak pasaran di wilayah MENA (Timur Tengah & Afrika Utara) serta Asia Pasifik walaupun banyak cabarannya. ZTE menghargai perkongsiannya yang kukuh bersama Ooredoo Group dan kami berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama Ooredoo untuk mencapai cita-citanya bagi menyampaikan penyelesaian yang baharu dan menarik kepada pelanggannya melalui lebih banyak kolaborasi dalam masa terdekat."

PERTANYAAN MEDIA: 
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts Licensing/marketing agreements