omniture

Infosys BPO Mencipta Process Progression Model(TM) bagi Memperbaiki Hasil Perniagaan untuk Pelanggan

Infosys
2014-02-28 01:13 144

BANGALORE, India, 28 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Infosys BPO, syarikat subsidiari Infosys, hari ini memperkenalkan Process Progression ModelTM (PPM), kerangka kerja holistik dan inovatif bagi memecut pengoptimuman dan perubahan hujung ke hujung bagi proses perniagaan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

PPM membawakan bersama berbilang alat pendesak perubahan serta kecekapan yang dibangunkan oleh Infosys bagi membantu pelanggan untuk memajukan proses perniagaan mereka dalam kaedah berfasa dan turut memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan setiap proses. Kerangka kerja baharu ini memetakan kemajuan setiap proses melawan tanda aras berpusatkan pelanggan yang telah ditakrifkan sebelumnya, bagi memberikan nilai diperhebat dan juga hasil perniagaan yang lebih baik untuk para pelanggan.

Sorotan:

  • PPM menambah baik perkhidmatan dengan mengumpulkan kekuatan gabungan tenaga kerja berkemahiran dengan kepakaran domain yang mendalam, pengurusan pengetahuan yang tinggi, automasi diperhebat serta pemantauan terjamin untuk parameter risiko dan pematuhan
  • Model ini menyediakan penilaian menyeluruh dan telus tentang kematangan proses semasa pada peringkat lokasi dan turut menggariskan peta jalan jelas bagi mencapai fasa seterusnya untuk hasil perniagaan yang lebih baik
  • Model baharu ini akan diaturkan penggunaannya merentasi keseluruhan kitar hayat penglibatan pelanggan. Ia akan membolehkan syarikat bertindak balas dengan pantas terhadap cabaran dan juga peluang perniagaan
  • PPM tersuai khusus bagi memenuhi keperluan tertentu syarikat pelanggan dan turut menawarkan pandangan bersatu tentang kesihatan dan juga nilai perubahan perniagaan yang disampaikan kepada pelanggan

Petikan:

Gautam Thakkar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Infosys BPO:

Dalam persekitaran perniagaan hari ini, penyedia perkhidmatan dijangka dapat mengubah secara signifikan proses perniagaan dan turut meningkatkan prestasi organisasi. Process Progression ModelTM bertindak sebagai pembeza penting untuk Infosys BPO dengan menyediakan peta jalan jelas ke arah memperhebat pengendalian perniagaan global pelanggan kami. Kemampuan model ini telah ditajamkan melalui pengalaman perundingan pengamal selama bertahun-tahun, lalu membantu kami bekerja secara kolaboratif dengan pelanggan dan turut memperkuat kecekapan dan keberkesanan proses. Kami akan terus melabur dalam kemampuan kami bagi memacu inovasi dan pengoptimuman untuk pelanggan kami.

Charles Sutherland, Naib Presiden Eksekutif Penyelidikan, HfS Research:

"Pengaturan penggunaan PPM menyediakan kaedah maju bagi Infosys BPO yang membolehkan penyampaian yang dipertingkat untuk proses dan penyelesaian matang kepada para pelanggan. Model holistik ini menyediakan kelenturan dan ketelusan, serta menyepadukan objektif penting seperti automasi teknologi dan juga penyampaian nilai perniagaan, lalu bertindak sebagai pembeza penting untuk Infosys BPO. Ia juga merupakan alat berharga untuk syarikat ini bagi mendokumenkan penyampaian nilai pengendalian dan hasil perniagaan untuk para pelanggan secara berterusan. Ia merupakan model unjuran yang membolehkan perubahan hujung ke hujung, bagi menyediakan faedah perniagaan yang signifikan dan boleh ukur kepada para pelanggan."

Sumber Tambahan:

Infosys BPO Process Progression Model™ (PPM)

Latar belakang Infosys

Infosys ialah peneraju global dalam perundingan, penyelesaian penyumberan luar dan teknologi. Kami membolehkan para pelanggan, di lebih 30 negara, untuk kekal selangkah di hadapan arah aliran perniagaan yang baharu, lalu menunjukkan prestasi yang mengatasi para pesaing. Kami membantu mereka bertukar dan berjaya dalam dunia yang kian berubah dengan mencipta bersama penyelesaian cemerlang yang menggabungkan maklumat strategik dan juga kecemerlangan pelaksanaan. Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak $7.4 bilion dan seramai lebih 158,000 kakitangan, sedang menghidupkan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise®, pada masa kini.

Latar belakang Infosys BPO

Infosys BPO Ltd. (http://www.infosysbpo.com), syarikat subsidiari Infosys Ltd. dengan penyumberan luar proses perniagaan, telah ditubuhkan pada April 2002. Infosys BPO menumpukan usaha terhadap penyumberan luar hujung ke hujung yang bersepadu, di samping memberikan faedah perubahan kepada pelanggannya melalui kos yang dikurangkan, pembaikan produktiviti berterusan, serta reka bentuk semula proses. Infosys BPO beroperasi di India, Poland, Republik Czech, Kepulauan Netherlands, Afrika Selatan, Brazil, Mexico, Costa Rica, Amerika Syarikat, China, Filipina, Jepun serta Australia, manakala setakat 31 Disember 2013, menggajikan 27,894 orang. Ia menutup tahun kewangan 2012-2013 dengan hasil berjumlah $583.1 juta.

Kenyataan Selamat

Beberapa kenyataan dalam siaran ini berkenaan dengan prospek pertumbuhan masa hadapan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkaitan dengan turun naik pendapatan, turun naik kadar tukaran mata wang asing, kemampuan kami dalam menguruskan pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang mungkin akan memberi kesan ke atas kelebihan kos kami, kenaikan kadar upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan turut mengekalkan para profesional berkemahiran tinggi, lebihan masa serta kos ke atas kontrak kerangka harga tetap dan masa tetap, kepadatan pelanggan, pengehadan ke atas imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami dalam menguruskan pengendalian antarabangsa kami, permintaan berkurangan bagi teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami bagi melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mendapat pelaburan strategik daripada Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan juga konflik wilayah, larangan perundangan terhadap tindakan mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India, dan juga penggunaan harta intelek kami tanpa kebenaran serta keadaan ekonomi biasa yang menjejaskan industri kami. Risiko tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pengendalian masa hadapan kami digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2013 dan juga pada Borang 6-K bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013. Semua pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Infosys boleh, dari masa ke masa, membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis atau lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin dibuat dari masa ke masa oleh kami atau bagi pihak syarikat kami melainkan jika diwajibkan oleh undang-undang.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Shruti Nambiar
Infosys BPO
+91-8884578918
shruti_nambiar01@infosys.com

Ken Montgomery
GolinHaris, AS
+1-415-318-4399
KMontgomery@GolinHarris.com

Chaitali Pishay
The PRactice
+91-9379917540
chaitali@the-practice.net

Sumber: Infosys

Source: Infosys
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses New products/services