omniture

Usaha Bantuan Berterusan: SANY Bantu Kerja Menyelamat dan Pembinaan Semula Pascagempa di Turkiye

SANY Group
2023-03-13 22:51 73

BEIJING, 13 Mac 2023 /PRNewswire/ -- SANY Group, pengeluar jentera berat yang terkemuka di dunia, telah menyediakan bantuan yang amat diperlukan bagi membantu kerja-kerja menyelamat selepas negara tersebut dilanda gempa bumi Turkiye-Syria pada 6 Februari lalu. Pasukan penyelamat SANY telah membantu menyelamatkan 28 mangsa yang terselamat dan meneruskan usaha bantuannya yang holistik merentas wilayah-wilayah yang dilanda gempa bumi tersebut.

Menurut satu kenyataan daripada kumpulan ini, SANY menghantar 12 pakar mencari dan menyelamat ke wilayah paling teruk dilanda bencana pada 7 Februari untuk menyokong respons gempa bumi. Dengan kira-kira 30 unit mesin SANY termasuk mesin pengorek dan kren, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan empat mangsa yang terselamat termasuk seorang kanak-kanak dalam tempoh masa 150 jam selepas bencana.

Selepas respons pertama yang pantas, SANY telah membantu pasukan penyelamat negara China dan menyediakan lebih daripada 100 unit jentera terbaiknya termasuk 40 mesin pengorek, 10 kren dan lebih 10 kenderaan servis. Dengan bantuan daripada Putzmeister, subsidiari Jerman kumpulan ini, SANY berjaya mengerahkan dengan segera sebuah kren rupa bumi kasar 60-tan, dua mesin pengorek 23.5-tan dan sebuah mesin pengorek 6.5-tan.

Selain daripada jentera menyelamat, kumpulan ini turut menyediakan bekalan menyelamat seperti peralatan mencari, pakaian hangat dan ubat-ubatan. Sejumlah 200 set bekalan dihantar ke wilayah yang dilanda gempa bumi pada 7 Februari lalu. Bersama-sama SANY Foundation, kumpulan ini menghantar dua orang pakar dalam penyelamatan runtuhan struktur dari China ke Turkiye. Kedua-dua pakar tersebut, Song Ximei, dan Jia Yingnan membawa bersama mereka sokongan hayat, bantuan telekomunikasi dan peralatan lampu seberat lebih 50kg.

Jentera SANY turut digunakan dalam pemulihan infrastruktur. Pasukan penyelamat membantu membaiki saluran paip gas dan talian kuasa voltan tinggi, serta membersihkan lampu jalan yang tumbang dan tinggalan rumah. Selain menyelamatkan nyawa, usaha menyelamat oleh SANY diteruskan dalam komuniti. Satu komitmen yang dibuat oleh kumpulan ini, pasukan penyelamat SANY akan membantu masyarakat setempat yang terjejas oleh gempa bumi di Turkiye membina rumah baharu.

Talian Jualan Penting: +86-731-85835199

 

 

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Natural Disasters