![]() |
PARIS, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan pelancaran kad langganan yang menakjubkan di China dan Brazil, Accor hari ini mengumumkan pengaktifan semula kad pengembara kerap ibis BUSINESS dan BUSINESS PLUS melalui penciptaan ALL PLUS ibis dan ALL PLUS Voyageur.
Sebagai pemacu sebenar program kesetiaan Accor Live Limitless, ALL PLUS memberikan ketenangan fikiran kepada para pengembara perniagaan & percutian yang kerap apabila mereka mencari harga terbaik, meninjau ketersediaan bilik saat akhir atau ingin mempercepat status. Ahli ALL PLUS Voyageur mendapat manfaat dengan diskaun sebanyak 20% daripada 10 jenama hotel Mewah & Premium dan diskaun sebanyak 15% daripada 9 jenama penginapan tahap Pertengahan & Ekonomi. Dengan memberi tumpuan kepada segmen Ekonomi, kad ALL PLUS ibis menawarkan diskaun sebanyak 15% dalam lingkungan jenama keluarga ibis: ibis, ibis Styles & ibis budget.
Memandangkan satu daripada tiga penginapan perniagaan ditempah antara 2 hingga 7 hari lebih awal, ALL PLUS merangkumi tempahan keutamaan yang menyediakan bilik sehingga 2 hari sebelum ketibaan, walaupun hotel telah habis ditempah sepenuhnya. Dengan hasrat untuk menyediakan layanan terbaik kepada para pelanggan kami, ALL PLUS memanfaatkan program kesetiaan kami yang kaya iaitu ALL – Accor Live Limitless dan menaik taraf setiap pelanggan secara serta-merta kepada status minimum Perak.
Melalui pembaharuan semula barisan produk langganan pengembara kerap yang dilakukan secara teliti, Accor berhasrat untuk memperoleh bahagian pasaran selanjutnya dalam pasaran 'bleisure' baharu yang menggabungkan aktiviti perniagaan dan santai di bawah satu bumbung, memendekkan masa tempahan serta melanjutkan tempoh penginapan. Produk ini juga membolehkan Kumpulan syarikat tersebut menempatkan hotel yang mengambil bahagian sebagai destinasi perjalanan perniagaan pilihan dan lokasi 'bekerja dari mana-mana sahaja' .
"Selain program kesetiaan kami yang diiktiraf oleh industri iaitu ALL - Accor Live Limitless, kami juga ingin mencipta produk langganan serantau yang memenuhi keperluan para pengembara hari ini. Kad-kad ini menyediakan akses kepada jenama hospitaliti terbaik kami pada nilai rasional tertinggi apabila menempah di ALL.com atau melalui Aplikasi," kata Mehdi HEMICI, Ketua Pegawai Kesetiaan & E-Dagang.
"Selepas 10 tahun kewujudan kami, kini tiba masanya untuk kad BUSINESS berbayar merangkum trend bleisure & 'bekerja dari mana-mana sahaja' yang kian berkembang. Lebih mudah, lebih kukuh dan lebih tertanam dengan program kesetiaan utama, ALL PLUS menyediakan syarikat pelbagai saiz, rakan, pasangan dan keluarga dengan kaedah terbaik untuk meluangkan masa di 4,000 hartanah di 100 buah negara," tambah Maxime GAREAU, Naib Presiden Langganan Keahlian Global.
Kad Accor Plus Asia Pasifik & India akan meneruskan trajektori pertumbuhannya dan akan dijenamakan semula dalam Keluarga ALL PLUS pada tahun 2024.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ALL PLUS, sila layari laman web kami di sini : ALL PLUS
TENTANG ACCOR
Accor ialah sebuah kumpulan hospitaliti terkemuka di dunia yang menawarkan pengalaman di lebih 110 buah negara dengan 5,400 hartanah, 10,000 lokasi makanan & minuman, kemudahan kesejahteraan atau ruang kerja yang fleksibel. Kumpulan ini mempunyai salah satu ekosistem hospitaliti yang paling pelbagai dalam industri yang merangkumi lebih 40 jenama hotel daripada hotel berjenama mewah hingga hotel bertaraf ekonomi serta Gaya Hidup dengan Ennismore. Accor komited untuk mengambil tindakan yang positif dari segi etika & integriti perniagaan, pelancongan yang bertanggungjawab, pembangunan yang lestari, jangkauan komuniti serta kepelbagaian & keterangkuman. Ditubuhkan pada tahun 1967, Accor SA beribu pejabat di Perancis dan merupakan sebuah syarikat tersenarai awam di Euronext Paris (kod ISIN: FR0000120404) dan di Pasaran OTC (Penanda: ACCYY) di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.group.accor.com atau ikuti kami di Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram dan TikTok.
TENTANG ALL – ACCOR LIVE LIMITLESS
ALL – Accor Live Limitless ialah sebuah platform tempahan dan program kesetiaan yang meningkatkan pengalaman Accor semasa dan selepas menginap di hotel. Memudahkan hubungan yang lancar dengan hotel Accor yang terdiri daripada lebih 40 jenama hotel di 110 buah negara, platform tempahan ALL menawarkan pilihan penginapan yang tiada tandingan pada harga terbaik, manakala program kesetiaannya menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman, terutama dengan lebih 90 rakan kongsi strategik syarikat. ALL membantu ahlinya merealisasikan minat mereka setiap hari dengan lebih 2,000 acara di seluruh dunia, daripada jelajah tempatan hingga acara sukan dan muzik terbesar serta kelas-kelas jurumasak pakar sepanjang tahun. ALL – Accor Live Limitless ialah program kesetiaan yang paling banyak diberi anugerah oleh pengembara. Terokai ALL di all.com
Hubungan media: Line Crieloue, Naib Presiden Kumpulan Komunikasi Luaran, line.crieloue@accor.com; Mélanie Mahiette, Pengurus Komunikasi Luaran, melanie.mahiette@accor.com