BEIJING, 29 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan Beijing-Vienna-Barcelona pada 5 Mei 2014 yang akan memudahkan para pelancong untuk mendapatkan akses tambahan ke "Bandar Muzik" dan juga "Bunga Eropah".
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Perkhidmatan penerbangan CA841/2 sebanyak empat kali seminggu akan mula ditawarkan pada hari Isnin/Khamis/Jumaat/Ahad. Penerbangan keluar dari Beijing adalah pada pukul 02:10 pagi dan dijangkakan tiba di Vienna pada pukul 06:10 pagi waktu tempatan serta di Barcelona pada pukul 09:25 pagi waktu tempatan. Penerbangan balik dari Barcelona pula adalah pada pukul 11:25 pagi waktu tempatan dan tiba di Vienna pada pukul 01:25 petang waktu tempatan serta di Beijing pada pukul 05:55 pagi. Perkhidmatan ini akan beroperasi dengan menggunakan kapal terbang berbadan lebar A330-300. Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk selesa dan rata manakala Kelas Ekonomi Premium pula menawarkan 120% ruangan untuk kaki berbanding Kelas Ekonomi berserta tawaran perjalanan udara yang menarik. Kelas Ekonomi pula dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik yang menjadikan perjalanan jauh lebih selesa. Sistem hiburan peribadi boleh didapati dalam kesemua kelas perkhidmatan.
Vienna dan Barcelona merupakan dua bandar Eropah yang terkenal dengan pemandangan indah, kaya dengan sejarah, budaya yang menarik serta khazanah seni yang mengagumkan. Vienna turut dikenali sebagai "Dewi Danube", manakala Barcelona pula terkenal dengan jolokan "Mutiara Semenanjung Iberia". Vienna mempunyai daya tarikan yang klasik. Berjalanlah di sekitar Danube atau terokai Golden Hall Vienna bagi memahami kepentingan muzik kepada bandar tersebut. Barcelona, yang terletak berhampiran pesisir laut Mediterranean, merupakan tempat asal matador yang terkenal dengan keberaniannya. Alamilah bangunan moden, Baroque, dan juga Gothic di bandar ini dan nikmatilah tarian flamenco yang hebat.
Sejak sekian lama, tiada penerbangan tanpa henti telah ditawarkan bagi menghubungkan Asia Timur dan Barcelona. Di samping itu, hanya terdapat beberapa perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan antara Beijing dan Vienna. Dengan pertukaran rapat yang kian meningkat antara China dan Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap penerbangan udara turut meningkat tinggi. Menurut unjuran IATA, permintaan penumpang antarabangsa Eropah dijangkakan meningkat sehingga 4.7% pada tahun 2014. Pada masa yang sama, kaji selidik menunjukkan rakyat Cina yang melancong ke Eropah telah meningkat pada kadar dua angka dalam tempoh 10 tahun lalu. Pakar industri menekankan di samping pelancong perniagaan, hal ehwal awam dan juga pertukaran akademik, pelancong ke Eropah akan menjadi aliran utama serta perjalanan menyeluruh dan pasaran FIT (perjalanan bebas dan sendirian) pula akan terus berkembang. Perkhidmatan Air China Beijing-Vienna-Barcelona bukan sahaja akan memudahkan perjalanan antara Asia Timur dan Eropah Tengah serta Eropah Selatan, malah para penumpang tidak perlu membuat pemindahan. Perkhidmatan itu turut menawarkan pilihan tambahan kepada pelancong antara bandar seperti Tokyo, Seoul, Hong Kong, Bangkok dan juga Manila serta Eropah.
Sebagai anggota syarikat penerbangan Star Alliance, rangkaian penerbangan terbesar dunia, Air China semakin aktif mengembangkan jadual Eropahnya. Kini, Air China menawarkan sehingga lebih 100 penerbangan setiap minggu antara China dan Eropah, bagi perkhidmatan untuk bandar utama Eropah seperti London, Paris, Frankfurt, Rom, Moscow dan juga Madrid. Perkhidmatan Beijing-Vienna-Barcelona akan menambahkan laluan Eropah Air China kepada 23 laluan, menawarkan akses kepada 19 bandar Eropah dan turut memperluas rangkaian syarikat penerbangan Eropah. Ini akan turut mempertingkat rangkaian globalnya menerusi hab di Beijing dan memudahkan para pelancong untuk transit ke bahagian lain di seluruh dunia melalui Beijing.
Selain itu, Air China turut menawarkan hidangan gourmet dan Sky Cellar kepada para penumpang serta pemindahan berpandu untuk VIP ketika mendarat. Dengan persekitaran kabin yang selesa serta perkhidmatan terbaik, Air China akan menjadi pilihan utama para pelancong antara China dan Eropah.