omniture

Lebih 1,000 orang Pesakit Mendaftar dalam Kajian SELUTION DeNovo yang Penting

MedAlliance
2023-03-15 14:31 0

GENEVA, 15 Mac 2023 /PRNewswire/ -- MedAlliance telah mengumumkan pendaftaran lebih 1,000 orang pesakit dalam kajian rawak koronari SELUTION DeNovo rintis. Pengambilannya kini berjumlah satu pertiga daripada sasaran untuk mencapai seramai 3,326 orang pesakit. SELUTION DeNovo membandingkan strategi rawatan menggunakan belon elusi ubat sirolimus baharu [DEB SELUTION] berbanding sten elusi ubat limus [DES]. 

Over 1,000 Patients Enrolled in Landmark SELUTION DeNovo Study
Over 1,000 Patients Enrolled in Landmark SELUTION DeNovo Study

SELUTION DeNovo merupakan kajian DEB terbesar yang pernah dijalankan yang melibatkan sehingga 70 buah tapak yang mengambil bahagian di 15 buah negara. Pesakit dirawakkan sebelum sebarang persediaan vesel untuk mencerminkan amalan perubatan semasa dan mengurangkan berat sebelah. Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan bukan inferioriti pada tahun kedua dan juga tahun kelima serta kelebihan terhadap kegagalan vesel sasaran (TVF) pada tahun kelima.

Kajian ini direka untuk mengubah amalan perubatan kerana sebahagian besar lesi koronari de novo pada masa ini dirawat dengan sten logam kekal. SELUTION SLR terdiri daripada sebuah belon angioplasti yang disalut dengan MicroReservoirs yang mengandungi campuran polimer biodegradasi dan sirolimus ubat antirestenotik. MicroReservoirs ini menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan selama lebih 90 hari yang sama seperti DES tetapi tanpa meninggalkan perancah logam yang dikaitkan dengan kadar komplikasi sebanyak 2% setiap tahun.

"Ini merupakan satu pencapaian yang penting bagi ujian SELUTION DeNovo kerana ia kini merupakan kajian DEB terbesar yang pernah dijalankan," kata Penyelidik Utama Bersama, Profesor Christian Spaulding , Jabatan Kardiologi, Hospital Eropah Georges Pompidou, Assistance Publique Hôpitaux de Paris dan Universiti Paris Cité, Paris, Perancis. "Kajian ini dijalankan kepada populasi yang benar-benar terbuka kepada pesakit yang memenuhi kriteria kelayakan dan bukan pada penyakit arteri vesel kecil sahaja. Keputusan ini akan memberi kesan yang besar kepada amalan klinikal."

"Ujian ini berpotensi untuk mengubah amalan perubatan bukan sahaja di Eropah, malah di AS, China dan Jepun serta memberi manfaat kepada pesakit di seluruh dunia," tambah Jeffrey B. Jump, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MedAlliance. "Kami kini sedang mendaftarkan pesakit bagi kajian BTK dan ISR IDE koronari kami di AS dan Eropah."

SELUTION SLR telah dianugerahkan Kelulusan Tanda CE untuk rawatan penyakit arteri koronari pada bulan Mei 2020. MedAlliance merupakan syarikat belon elusi ubat pertama yang menerima status Gelaran Cemerlang FDA. Selain kelulusan IDE FDA yang diterima oleh syarikat ini bagi petunjuk BTK dan arteri femoral superfisial (SFA) pada bulan Mei dan Ogos 2022, MedAlliance juga telah menerima kelulusan IDE bagi restenosis dalam sten (ISR) koronari pada bulan Oktober 2022 dan lesi arteri koronari de novo pada 6 Januari 2023. Perkara ini akan melengkapkan pengalaman besar yang diperoleh syarikat melalui ujian SELUTION DeNovo di Eropah.

Teknologi DEB MedAlliance yang unik melibatkan MicroReservoirs yang mengandungi gabungan polimer biodegradasi yang dicampur dengan sirolimus ubat antirestenotik yang digunakan sebagai salutan pada permukaan belon angioplasti. MicroReservoirs ini menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan sehingga 90 hari. CAT™ (Cell Adherent Technology) proprietari MedAlliance membolehkan MicroReservoirs disalut pada belon dan dipindahkan dengan cekap untuk melekat pada lumen saluran apabila dihantar melalui pengembangan belon.

SELUTION SLR tersedia secara komersial di Eropah, Asia, Timur Tengah dan Amerika (selain Amerika Syarikat) dan kebanyakan negara lain yang mengiktiraf Tanda CE. Lebih 10,000 unit telah digunakan untuk rawatan pesakit dalam amalan klinikal rutin atau sebagai sebahagian daripada ujian klinikal koronari.

Hubungan Media: 

Richard Kenyon 
rkenyon@medalliance.com
+44 7831 569940

Tentang MedAlliance 

MedAlliance ialah sebuah syarikat teknologi perubatan yang mengumumkan pengambilalihan oleh Cordis secara berperingkat pada bulan Oktober 2022. Beribu pejabat di Nyon, Switzerland, MedAlliance mengkhusus dalam pembangunan teknologi terkini dan pengkomersialan kombinasi produk peralatan dan ubat-ubatan canggih untuk rawatan penyakit arteri koronari dan periferal. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.medalliance.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2032412/MedAlliance_SELUTION_SLR.jpg?p=medium600

Logo:  https://mma.prnasia.com/media2/1196864/3857727/MedAlliance_Logo.jpg?p=medium600

Source: MedAlliance
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries