omniture

Kedai Aplikasi MetaTrader Market Memaparkan Majalah Kewangan

MetaQuotes Software Corp.
2014-03-03 14:40 125

LIMASSOL, Cyprus, 3 Mac 2014 /PRNewswire/ -- MetaQuotes Software hari ini mengumumkan pelancaran Majalah dalam kedai aplikasi MetaTrader Market. Ini merupakan kategori baharu produk untuk pengguna platform dagangan MetaTrader 5, kerana Market hanya mempunyai robot urus niaga sebelum ini. Kini, para peniaga boleh melanggan penerbitan perdagangan dan kewangan paling lama dan paling berprestij iaitu: Stocks & Commodities, e-FOREX, FX Trader Magazine, TRADERS' dan Rynok Tsennykh Bumag (Securities Market).

Apa jua isu majalah yang tersedia boleh dimuat turun dan dilihat dengan mudah. Seperti aplikasi MetaTrader 5, majalah ini boleh dibeli melalui terminal MetaTrader 5 atau menerusi laman web MQL5.com.

Selain itu, pengguna bukan sahaja boleh memuat turun setiap isu, malah juga boleh berbincang bersama para peniaga lain atau mengemukakan pandangan masing-masing. Kesemua majalah disertakan dengan galeri tangkap layar serta keterangan kandungan yang terperinci untuk kemudahan pengguna. Di samping itu, para peniaga boleh menggunakan arkib isu majalah dan turut melihat keterangan kandungannya bagi mendapatkan serta memuat turun penerbitan bersesuaian yang mengandungi artikel yang diingini. Arkib majalah ini juga memudahkan para peniaga untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tempat dan tarikh bagi apa-apa artikel atau temu bual tertentu yang telah diterbitkan.

"Kami telah berulang kali menjelaskan kami ingin mengubah MetaTrader Market kepada hab tersendiri yang mengandungi kesemua kemudahan yang diperlukan bagi memastikan kejayaan perdagangan," ujar Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Software Corp. "Pelancaran majalah ini merupakan langkah yang logik dan amat jelas bagi menuju kejayaan tersebut. Sehingga kini, pada hari pelancaran, para peniaga telah pun memperoleh sejumlah penerbitan kewangan yang dapat membantu mereka untuk menjalankan analisis pasaran dan aktiviti perdagangan mereka pada setiap hari. Lebih beratus-ratus isu majalah boleh didapati menerusi terminal dagangan secara terus dengan mudah."

Dalam beberapa tahun akan datang, bahagian Majalah yang terdapat dalam MetaTrader Market boleh didapati bukan sahaja untuk para pengguna MetaTrader 5, malahan juga untuk para peniaga yang menggunakan MetaTrader 4.

Latar Belakang Syarikat

Setelah ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah pun membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Syarikat ini dikenali sebagai perintis dalam pasaran perisian Forex pada peringkat antarabangsa. Platform dagangan MetaTrader kini digunakan oleh lebih 600 syarikat brokeraj dan bank di serata dunia. Platform baharu, MetaTrader 5 telah dibangunkan oleh Syarikat ini yang memberi tumpuan terhadap pasaran saham dan kini sedang giat menjalankan promosinya kepada pelbagai bursa dunia.

http://www.metaquotes.net

Latar Belakang MetaTrader Market

MetaTrader Market ialah kedai aplikasi perdagangan untuk platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 yang telah digunakan oleh 7 juta peniaga. Ia telah dilancarkan pada Februari 2012 dan sebelum ini, ia hanya boleh didapati untuk para pengguna MetaTrader 5 sahaja. Pada Februari 2014, program MetaTrader 4 telah muncul dalam Pasaran, diikuti dengan pelancaran Majalah. Hasil jualan kedai aplikasi ini melonjak naik. Keputusan suku keempat tahun 2013 telah memecahkan rekod sebelumnya memandangkan pertumbuhannya telah meningkat sehingga 79% berbanding pada suku ketiga tahun itu.

http://www.mql5.com/en/market

Sumber: MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services