omniture

TAQA dan Reykjavik Geothermal menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk membentuk TAQA Geothermal Energy LLC

The Industrialization and Energy Services TAQA
2023-03-16 18:04 0

RIYADH, Arab Saudi, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Forum Sektor Swasta Dana Pelaburan Awam (PIF) di Riyadh hari ini, Syarikat Perindustrian dan Perkhidmatan Tenaga (TAQA)  dan Reykjavik Geothermal (RG) telah menandatangani perjanjian Usaha Sama untuk menubuhkan TAQA Geothermal Energy LLC, beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi.

TAQA and Reykjavik Geothermal sign Joint Venture Agreement to form TAQA Geothermal Energy LLC TQ: Immediate
TAQA and Reykjavik Geothermal sign Joint Venture Agreement to form TAQA Geothermal Energy LLC TQ: Immediate

TAQA Geothermal akan meneroka dan membangunkan sumber Geoterma di Arab Saudi dan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang menyumbang kepada sasaran penyahkarbonan Inisiatif Hijau Timur Tengah dan Arab Saudi. Usaha sama baharu ini sejajar sepenuhnya dengan usaha Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai pelepasan Sifar Bersih sambil mempelbagaikan campuran tenaga negara ini yang selaras dengan Wawasan 2030.

Mengulas tentang berita ini, Khalid Nouh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TAQA berkata:

"Kami memulakan perjalanan peralihan kami ke arah masa depan yang lestari pada awal tahun 2021 apabila kami mewujudkan Pusat Kecemerlangan Geoterma TAQA (TG-CoE) di Turki dengan objektif untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman Pembangunan Geoterma dengan pihak berkepentingan lain di Arab Saudi. Sepanjang dua tahun yang lalu, TG-CoE telah bekerjasama rapat dengan universiti, institusi penyelidikan, K A-CARE dan SGS di bawah arahan Kementerian Tenaga. Hasil daripada usaha kerjasama ini ialah potensi Sumber Geoterma di negara ini yang memberangsangkan dan masanya telah tiba untuk mengambil langkah yang berani untuk terus meneroka sumber ini dan memanfaatkan sepenuhnya potensi yang dimilikinya.

Pada hari ini, saya gembira untuk mengumumkan bahawa TAQA sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat peneraju global bertaraf dunia yang amat mantap dalam pembangunan Sumber Geoterma (Reykjavik Geothermal (RG)). Kami bersama-sama mewujudkan TAQA Geothermal Energy LLC, beribu pejabat di Riyadh – KSA yang diberi mandat untuk meneroka dan membangunkan kuasa Geoterma yang bersamaan dengan 1GW daripada sumber di negara ini dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian sasaran penyahkarbonan Inisiatif Hijau Timur Tengah & Arab Saudi."

Godmundur Thoroddsson, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah RG berkata, "Pasukan RG telah lama mempercayai potensi geoterma di negara ini; kami mula meneroka sumber tempatan pada tahun 2009. Sumber tenaga beban asas yang bersih, stabil dan murah ini mempunyai potensi yang amat besar. Penjanaan kuasa entalpi tingginya menjangkaui lebih 1 GW dan usaha sama baharu kami ini bermatlamat untuk membangunkan projek penyahgaraman dan penyejukan geoterma penggunaan langsung berskala besar dengan menggunakan sumber entalpi rendah dan sederhana yang banyak terdapat di negara ini."

Tentang TAQA

Ditubuhkan di Arab Saudi pada tahun 2003 dan dengan pemilikan sebanyak 54% oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, TAQA menginovasi, membangun dan melancarkan teknologi, produk dan penyelesaian kepada industri Tenaga yang membolehkan prestasi para pelanggannya. Dengan lebih 5,500 orang pekerja di 20 buah negara, TAQA mempunyai portfolio Well Solutions bersepadu yang dikuasakan oleh Pusat Kecemerlangan Produk & Teknologi Global.

Tentang Reykjavik Geothermal

Berpangkalan di Reykjavik, Iceland, RG merupakan peneraju global yang mantap dan terkemuka di dunia dalam pembangunan kuasa geoterma lestari. Dengan kejayaan projek geoterma yang dibangunkan di Iceland dan di seluruh dunia, RG mempunyai sebuah pasukan pakar industri bertauliah yang memberi tumpuan kepada perancangan projek yang penting dalam pasaran utama pertumbuhan tinggi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2032864/TAQA_Geothermal_Energy_LLC.jpg?p=medium600

 

Source: The Industrialization and Energy Services TAQA
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Joint ventures