omniture

Ujian Penting Fasa 3 INDIGO Servier yang Menyelidiki vorasidenib pada Glioma Bergred Rendah dengan Mutan-IDH Memenuhi Titik Akhir Primer Kelangsungan Hidup Bebas Perkembangan (PFS) dan Titik Akhir Sekunder Utama bagi tempoh Masa hingga Intervensi Seterusnya (TTNI)

Servier Pharmaceuticals
2023-03-16 19:12 0
  • Pencapaian klinikal titik akhir primer dan sekunder yang amat bermakna ini merupakan kemajuan penting yang pertama dicapai dalam rawatan glioma bergred rendah dalam tempoh lebih 20 tahun
  • Titik akhir dipenuhi dalam analisis interim yang telah ditentukan terlebih dahulu
  • vorasidenib dianugerahkan dengan status laluan pantas oleh Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan A.S. (FDA) 

PARIS dan BOSTON, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Servier, sebuah kumpulan farmaseutikal global, hari ini mengumumkan bahawa ujian klinikal Fasa 3 INDIGO yang menyelidiki vorasidenib dalam monoterapi untuk pesakit yang menghidap giloma bergred rendah dengan mutan IDH bersisa atau berulang telah memenuhi titik akhir primer kelangsungan hidup bebas perkembangan (PFS) dan titik akhir sekunder utama bagi tempoh masa hingga intervensi seterusnya (TTNI). Keputusan analisis interim yang telah ditentukan terlebih dahulu ini adalah penting secara statistik dan amat bermakna dari segi klinikal.


"Perkembangan terapeutik dalam ruang lingkup glioma bergred rendah adalah amat perlahan sejak beberapa dekad yang lalu. Keputusan ujian Fasa 3 INDIGO yang memenuhi titik akhir primer kelangsungan hidup bebas perkembangan dan titik akhir sekunder utama bagi tempoh masa hingga intervensi seterusnya ini membuka peluang ke arah anjakan paradigma rawatan pada pesakit yang menghidap glioma bergred rendah dengan mutan IDH dengan kemungkinan untuk menyampaikan terapi bersasar yang pertama," kata Susan Pandya, M.D., Naib Presiden Pembangunan Klinikal merangkap Ketua Pembangunan Onkologi & Imuno-Onkologi Global Metabolisme Kanser, Servier. "Kami mengucapkan terima kasih kepada para pesakit, penjaga, penyelidik dan pasukan kajian yang telah merealisasikan pencapaian luar biasa ini melalui penyertaan mereka dalam ujian klinikal INDIGO."

Analisis interim yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam reka bentuk ujian INDIGO ini menunjukkan peningkatan statistik dan klinikal yang bermakna dan penting dari segi kelangsungan hidup bebas perkembangan dan tempoh masa hingga intervensi seterusnya, pada pesakit yang dirawakkan untuk menerima monoterapi vorasidenib berbanding pesakit yang dirawakkan untuk menerima plasebo. Pesakit yang mendaftar dalam kajian INDIGO yang mengalami astrositoma atau oligodendroglioma gred 2 yang bersisa atau berulang dengan mutasi IDH1 atau IDH2 dan telah menjalani pembedahan sebagai satu-satunya rawatan untuk glioma sebelum mereka mendaftar dalam kajian ini. Profil keselamatan vorasidenib dalam monoterapi adalah konsisten dengan data yang diterbitkan sebelum ini.

"Penemuan terapeutik yang berpotensi ini merupakan satu lagi bukti yang kukuh terhadap kejayaan strategi onkologi kami, yang bermatlamat untuk memberi tumpuan kepada kajian saintifik kami tentang kanser yang sukar dan sulit untuk dirawat contohnya seperti para pesakit yang mengalami mutasi IDH," kata Patrick Therasse, M.D. PhD, Naib Presiden merangkap Ketua, Bidang Terapeutik Onkologi & Imuno-onkologi bagi Pengurusan Kitaran Hayat dan Peringkat Akhir, Servier. "Keputusan ujian Fasa 3 INDIGO ini menawarkan kemungkinan harapan kepada para pesakit glioma bergred rendah dengan mutan IDH untuk mendapatkan pilihan rawatan baharu buat julung-julung kalinya dalam tempoh lebih 20 tahun."

Keputusan ujian INDIGO Fasa 3 akan dibentangkan dalam mesyuarat perubatan yang akan datang.

Oleh kerana pendaftaran dan hasil analisis keberkesanan interim yang pantas, ujian klinikal INDIGO mencapai perkembangan jauh lebih awal daripada yang dijadualkan. Servier sedang berusaha untuk menentukan garis masa pemfailan dan menyesuaikan kapasiti bekalan vorasidenib.

Tentang Ujian Fasa 3 INDIGO
INDIGO ialah sebuah kajian Fasa 3, pelbagai pusat, rawak, dwibutaan dan dikawal plasebo yang membandingkan keberkesanan vorasidenib berbanding plasebo pada pesakit yang menghidap glioma gred 2 yang bersisa atau berulang dengan mutasi IDH1 atau IDH2 dan telah menjalani pembedahan sebagai satu-satunya rawatan untuk penyakit mereka. (NCT04164901).

Tentang Glioma1
Glioma ialah tumor yang muncul daripada sel glia atau prekursor dalam sistem saraf pusat (CNS). Klasifikasi WHO pada tahun 2021 mengenal pasti empat kumpulan am glioma yang salah satu daripadanya ialah glioma resap jenis dewasa. Glioma resap ini merupakan sejenis tumor otak malignan utama yang paling biasa didapati pada orang dewasa. Patogenesis dan prognosis tumor ini amat berkait rapat dengan mutasi (atau kekurangan) enzim metabolik, isositrat dehidrogenase (IDH), dan ujian molekul diperlukan untuk mendapatkan diagnosis yang betul. Pada tahun 2021, glioma resap jenis dewasa dibahagikan kepada tiga kategori sahaja:

  • Astrositoma, mutan-IDH (gred 2-4 CNS WHO)
  • Oligodendroglioma mutan-IDH, gabungan kehilangan 1p19q (gred 2-3 CNS WHO)
  • Glioblastoma IDH-jenis liar (gred 4 CNS WHO)

1 Neuro Oncology. The 2021 WHO Classification of Tumors of the Central Nervous System: a summary. https://academic.oup.com/neuro-oncology/article/23/8/1231/6311214 Kali terakhir diakses-3.13.23

Hubungan Media:
Kumpulan:
Eric Fohlen-Weill
presse@servier.com

Amerika Syarikat:
Nathan Mellor
nathan.mellor@servier.com

Tentang Servier
Ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang kesihatan, Servier ialah sebuah kumpulan farmaseutikal global yang ditadbir oleh sebuah Yayasan yang bercita-cita untuk memberi kesan sosial yang bermakna kepada pesakit dan untuk mencapai sebuah dunia yang lestari. Dengan model tadbir urusnya yang unik, ia dapat memenuhi matlamat yang disasarkan melalui visi jangka panjangnya: komited terhadap kemajuan terapeutik bagi memenuhi keperluan pesakit. 21,400 orang pekerja Kumpulan ini komited untuk mencapai matlamat bersama ini yang menjadi sumber inspirasi mereka setiap hari.

Sebagai peneraju dunia dalam bidang kardiologi, hasrat Servier adalah untuk menjadi peneraju pasaran yang terkenal, fokus dan inovatif dalam bidang onkologi dengan sasaran terhadap kanser yang sukar dan sulit untuk dirawat. Itulah sebabnya Kumpulan ini memperuntukkan lebih 50% daripada belanjawan R&D-nya kepada bidang Onkologi.

Neurosains dan penyakit imuno-radang merupakan pendorong pertumbuhan masa depan. Dalam bidang ini, Servier memberi tumpuan kepada bilangan penyakit yang terhad di mana pemprofilan pesakit yang tepat membolehkan tindak balas terapeutik bersasar ditawarkan melalui perubatan kepersisan.

Untuk menggalakkan akses orang ramai kepada penjagaan berkualiti dan pada kos yang lebih rendah, Kumpulan ini juga menawarkan pelbagai ubat generik berkualiti yang meliputi kebanyakan bidang patologi dan bergantung kepada jenama yang kukuh di Perancis, Eropah Timur, Brazil dan Nigeria.

Dalam semua bidang ini, Kumpulan ini merangkum pendapat pesakit di setiap peringkat kitaran hayat perubatannya.

Servier yang beribu pejabat di Perancis, bergantung kepada jejak geografinya yang kukuh di lebih 150 buah negara dan memperoleh pendapatan sebanyak €4.9 bilion pada tahun 2022.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web baharu Kumpulan: servier.com

Ikuti kami di media sosial: LinkedIn, Facebook, Twitter, Instagram

Tentang Servier di A.S.
Sebagai peneraju bidang onkologi, Servier komited untuk mencari penyelesaian bagi menangani cabaran hari ini. Portfolio onkologi syarikat termasuk ubat-ubatan inovatif yang direka untuk membawakan lebih banyak rawatan penyelamatan nyawa kepada lebih ramai pesakit di seluruh spektrum penyakit dan bagi pelbagai jenis ketumbuhan. Servier telah mempercepat pelaburannya secara signifikan dalam kajian kanser yang sukar dan sulit untuk dirawat dengan lebih 50% daripada penyelidikan dan pembangunannya dikhususkan untuk membawa kemajuan yang signifikan dalam bidang yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada para pesakit kami.

Servier percaya bahawa penciptaan bersama merupakan asas yang mendorong inovasi dan syarikat ini sedang aktif membina pakatan, pengambilalihan, urus niaga pelesenan dan perkongsian yang menghasilkan penyelesaian serta mempercepat akses terhadap terapi. Dengan kepakaran komersil, jangkauan global, kepakaran saintifik dan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan klinikal, Servier di A.S. komited untuk memberi jaminan masa depan kepada para pesakit kami.

Untuk maklumat lanjut: www.servier.us. 

Pendedahan 

Dokumen ini mengandungi maklumat umum tentang Servier Group dan entiti sahnya (selepas ini dirujuk sebagai "Servier dan Ahli Gabungannya") dan bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Maklumat ini dianggap sebagai boleh dipercayai; walau bagaimanapun, Servier dan Ahli Gabungannya tidak mewakili ketepatan atau kelengkapan maklumat yang terkandung di dalam siaran ini atau yang disiarkan dan tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti kontrak, salah laku, kecuaian atau sebaliknya sekiranya maklumat tersebut didapati tidak tepat atau tidak lengkap dalam apa jua keadaan.

Servier dan Ahli Gabungannya tidak bertindak sebagai penasihat kepada penerima maklumat ini dan keputusan akhir untuk meneruskan mana-mana urus niaga terpulang semata-mata kepada penerima maklumat. Oleh itu, sebelum menceburi sebarang urus niaga yang dicadangkan, penerima maklumat ini hendaklah menentukan sendiri, tanpa bergantung pada Servier atau Ahli Gabungannya, merit dan risiko ekonomi serta pencirian dan akibat undang-undang, cukai dan perakaunan serta hasil daripada urus niaga yang tersebut dan bahawa ia dapat mengandaikan risiko ini. 

Sebarang risiko disebabkan pergantungan pada dokumen ini dilakukan sepenuhnya atas risiko individu yang meletakkan pergantungan sedemikian. Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini bukan merupakan suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk melakukan urus niaga.

Kandungan dokumen ini merupakan suatu ringkasan sahaja, tidak dianggap komprehensif dan tidak termasuk semua maklumat material tentang Servier dan Ahli Gabungannya.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, Servier dan Ahli Gabungannya menafikan semua pernyataan, waranti, syarat dan jaminan, sama ada secara tersurat, tersirat, mengikut undang-undang atau lainnya dan mereka tidak menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan dokumen ini. Tanpa prejudis terhadap perkara umum yang disebutkan di atas, Servier dan Ahli Gabungannya tidak menjamin atau menunjukkan bahawa maklumat atau pendapat yang terkandung dalam dokumen ini adalah tepat atau komprehensif. 

Setakat had maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, Servier dan Ahli Gabungannya tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kerugian, kerosakan atau perbelanjaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, walau dengan apa cara sekalipun, sama ada dalam kontrak, salah laku (termasuk kecuaian), liabiliti yang ketat atau sebaliknya, bagi punitif atau kerosakan khas secara langsung, tidak langsung, sampingan, susulan yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan dokumen ini, termasuk (tanpa had) sebarang tindakan yang diambil berdasarkan perkara yang sama.

Anggaran, strategi dan pandangan yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah berdasarkan data dan maklumat semasa atau yang telah lalu dan tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1936887/Servier.jpg?p=medium600

Source: Servier Pharmaceuticals
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries FDA Approval