omniture

Firma Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman yang Menerajui di Dunia Wujudkan Perkongsian Strategik Bagi Memperluas Jejak Global

Wilson Associates
2014-03-03 23:05 119

-- Wilson Associates bekerjasama dengan Shanghai Xian Dai Architectural Design (Group) Co., Ltd. bagi menubuhkan salah satu syarikat reka bentuk seni bina terbesar dan paling berprestij di dunia

DALLAS, 3 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Firma reka bentuk mewah antarabangsa, Wilson Associates, hari ini mengumumkan tentang perjanjian untuk bekerjasama dengan East China Architectural Design & Research Institute Co., Ltd. (ECADI), syarikat yang bergabung dengan Shanghai Xian Dai Architectural Design (Group) Co., Ltd. Perkongsian ini akan menggabungkan kepakaran dua syarikat global yang menerajui bagi mewujudkan kuasa dominan baharu dalam industri reka bentuk seni bina.

"Sebagai salah satu firma seni bina yang terkenal di dunia, kami ingin menyelaraskan syarikat kami bersama rakan kongsi strategik yang dapat mengukuhkan kedudukan antarabangsa kami," ujar En. QIN Yun, Pengerusi Xian Dai. "Kami di Wilson Associates telah menemui syarikat yang sependapat dengan kami dan turut mempunyai kesungguhan yang sama ke arah menghasilkan reka bentuk yang cemerlang serta keinginan untuk menguasai saham pasaran mewah."

"Kerjasama dengan firma penjana reka bentuk yang lain akan membuka peluang rekaan baharu yang menarik kepada lapan pejabat global kami," kata Olivier Chavy, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilson Associates. "Kami akan bersama-sama menawarkan perkhidmatan reka bentuk bersepadu sepenuhnya kepada para pelanggan kami; pasukan yang terdiri daripada pereka dan juga arkitek paling berbakat di dunia."

ECADI merupakan syarikat yang progresif dan memenangi anugerah serta telah menyempurnakan lebih 30,000 projek reka bentuk dan perundingan yang berjaya. Reputasi berpengaruh ECADI adalah terbukti menerusi reka bentuk mereka bagi lima bangunan tertinggi di dunia, termasuk Wuhan Greenland Center (606m), Dalian Greenland Center (518m), Shanghai World Financial Center (492m), Zifeng Mansion (450m), dan juga Wuhan Center (438m). Hasil daripada inovasi ini, ECADI berjaya melahirkan pakar reka bentuk paling elit di dunia.

Sebelum ini, Wilson Associates dan ECADI telah pun bekerjasama dalam beberapa projek yang berjaya: Doubletree oleh Hilton Luneng, Renaissance Sanya Resort & Spa, Hyatt Regency Chongming, The Ritz-Carlton, Wuhan serta Sofitel Shanghai Jing'an Huamin.

Wilson Associates menawarkan legasi rekaan selama 43 tahun kepada ECADI berserta portfolio yang terdiri daripada lebih 3,000 hotel ikonik, tempat peranginan, restoran, kasino serta hartanah kediaman mewah dan komersil. ECADI pula menawarkan legasi mewah yang sama kepada Wilson Associates, dengan portfolio dipilih susun yang terdiri daripada pusat kebudayaan dan konvensyen, hab pengangkutan, teater serta bangunan pejabat bertingkat tinggi. Jejak reka bentuk Wilson Associates merangkumi enam benua, 50 negara dan turut melibatkan pelbagai pelanggan serta pengendali terkemuka, termasuklah lebih 20 dalam kalangan 100 jutawan paling terkenal dunia yang mampu memperluas jejak global ECADI. Sehingga ke saat ini, Wilson Associates telah mereka bentuk dan turut menyiapkan lebih satu juta bilik tamu di beribu-ribu hotel di serata dunia. Pada masa hadapan, Wilson Associates akan terus mengekalkan kegemilangan serta identiti jenamanya.

Latar Belakang East China Architectural Design & Research Institute Co., Ltd.

ECADI yang berpusat di Shanghai, China merupakan salah satu firma reka bentuk seni bina dan kejuruteraan yang terbesar dan paling berpengaruh di China sejak sekian lama, dan bergabung dengan Shanghai Xian Dai Architectural Design (Group) Co., Ltd. Sejak permulaannya, ECADI telah berkembang maju sebagai syarikat kumpulan yang mempunyai lebih 15 syarikat subsidiari profesional dan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk seni bina, pemuliharaan air, perbandaran dan juga perancangan bandar, di samping menyediakan perkhidmatan sehenti seperti perundingan kejuruteraan, reka bentuk kejuruteraan, EPC, kaji selidik kejuruteraan dan sebagainya. Engineering News Record telah beberapa kali menamakan ECADI sebagai "150 Firma Reka Bentuk Global Terkemuka" dan juga "60 Firma Reka Bentuk Kejuruteraan Terkemuka di China". Pada tahun 2012, ECADI telah berada di kedudukan 64/150.

ECADI berpegang kepada idea: "Rekaan Memenuhi Impian". Kami yakin rekaan yang sempurna ialah hasil daripada penyelesaian masalah yang dicapai menerusi kreativiti, kepakaran teknikal, pengalaman serta ketelitian.

Bagi maklumat lanjut, sila layari: www.xd-ad.com.cn

Latar Belakang Wilson Associates

Wilson Associates yang mengkhusus dalam bidang reka bentuk seni bina dalaman, telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan kini mempunyai seramai 400 kakitangan profesional yang bertempat di lapan pejabat antarabangsa: Abu Dhabi, Dallas (ibu pejabat), Dubai, Kochi, Los Angeles, New York, Shanghai dan juga Singapura. Menerusi pengalaman, inovasi dan prinsip perniagaan yang mantap, Wilson Associates terus berusaha untuk menetapkan standard reka bentuk untuk beberapa rekaan paling terkemuka di dunia. Firma ini turut menghasilkan rekaan dalaman untuk hotel bertaraf dunia, restoran, kasino dan juga hartanah kediaman mewah serta menawarkan pelbagai perkhidmatan rekaan. Wilson Associates telah beberapa kali disenaraikan sebagai salah satu firma terkemuka bagi industri reka bentuk hospitaliti seluruh dunia.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi +1-214-521-6753 atau layari www.wilsonassociates.com 
Ikuti Wilson Associates melalui Twitter: www.twitter.com/wilsonassoc
Sila Suka Wilson Associates di Facebook: www.facebook.com/wilsonassociates

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:

Helen Ames
Finn Partners  
+1-212-715-1646  
Helen.Ames@finnpartners.com

Source: Wilson Associates
Keywords: Art Construction/Building Leisure/Travel/Hotels Travel Joint ventures