![]() |
CEAT Specialty (satu bahagian CEAT Tires) telah memeterai perjanjian dengan CNH Industrial untuk membekalkan tayar radial pertanian bagi mesin mereka yang dihasilkan di Brazil dan Argentina
MUMBAI, India, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- CEAT dengan bangganya mengumumkan bahawa tayar radial CEAT Farmax sedang dipasang pada traktor Case IH dan New Holland.
Perjanjian ini telah dimeterai selepas beberapa pusingan penilaian dan audit oleh OEM di loji radial CEAT yang berpangkalan di Mumbai dan selepas pelbagai ujian dilakukan pada tayar pada pelbagai parameter.
"Kami sentiasa yakin dengan kualiti tayar radial pertanian kami sejak kami memperkenalkannya kepada dunia pada tahun 2017. Kami telah melabur dalam teknologi bertaraf dunia dan kakitangan terbaik untuk mereka bentuk produk kami. Kerjasama dengan CNH Industrial ini menambahkan lagi kredibiliti dalam perkara tersebut. Kami berharap dapat menjadi rakan kongsi jangka panjang kepada mereka dan ingin membantu para peladang mengembangkan produktiviti mereka." kata Amit Tolani- Ketua Eksekutif, CEAT Specialty.
Tentang CEAT
CEAT telah ditubuhkan pada tahun 1924 di Turin, Itali. Hari ini, ia merupakan salah sebuah pengeluar tayar terkemuka di India dan tayar CEAT dijual di lebih 115 buah negara di seluruh dunia.
Jenama tersebut telah diperkenalkan di India pada tahun 1958 dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada Kumpulan RPG. RPG merupakan antara syarikat perniagaan terbaik di India, dengan perolehan kumpulan sebanyak $3.6 bilion.
Dalam segmen khusus, CEAT mengeluarkan tayar peralatan perladangan, perlombongan dan pengorek tanah, perindustrian dan pembinaan serta tayar bagi penggunaan khas luar jalan raya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ceatspecialty.com
Hubungan Media:
Shivani Gandhi
Pengurus Pemasaran
shivani.gandhi@ceat.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2033879/Ceat_CNH.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2033880/CEAT_Specialty_Tires_Logo.jpg?p=medium600