omniture

Hasil tahun penuh Delsey 2022 menunjukkan pertumbuhan jualan bersih sebanyak 124% dari tahun ke tahun, peningkatan EBITDA sebanyak 6 kali ganda berbanding tahap ketika prapandemik

Delsey Paris
2023-03-16 22:31 0

PARIS, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Delsey Paris, pengeluar bagasi premium Eropah terkemuka, hari ini telah mengumumkan keputusan operasinya untuk tahun 2022. Jualan global bersih meningkat sebanyak 124% dari tahun ke tahun ('YoY') mencapai €207 juta, melebihi tahap prapandemik pada tahun 2019 dan mengatasi kadar pemulihan sektor pascapandemik sebanyak hampir 4 kali ganda. Margin EBITDA meningkat kepada 11.4% dalam jualan bersih, meningkat 6 kali ganda berbanding tahap prapandemik.

Delsey’s 2022 full year results show 124% YoY net sales growth, EBITDA 6-fold increase compared to pre-pandemic levels
Delsey’s 2022 full year results show 124% YoY net sales growth, EBITDA 6-fold increase compared to pre-pandemic levels

Davide Traxler, Ketua Pegawai Eksekutif Delsey berkata:

"Kami berasa bangga kerana telah mencapai keputusan sedemikian, sekali gus memperkukuh kedudukan kami sebagai salah sebuah jenama yang terkemuka di seluruh dunia. Kami akan bekerja keras untuk meneruskan kejayaan ini dan memenuhi hasrat kami untuk mencipta semula perniagaan pembuatan bagasi dalam era kembara yang baharu."

Angka-angka pertumbuhan Delsey amat mengagumkan di AS, di mana jualan bersih syarikat dalam Dolar AS telah meningkat hampir tiga kali ganda tahun ke tahun kepada $96.6 juta, mengatasi sektor ini yang pulih semula pada kadar 35.6% tahun ke tahun dalam tempoh yang sama. Strategi syarikat ini untuk memperkenalkan barisan produk premium baharu dan perkongsian jenama dengan syarikat-syarikat terkenal seperti Roland-Garros, Air France dan lain-lain, mengubah bagasi menjadi sebahagian daripada gaya berpakaian. Ini telah membantu Delsey untuk meningkatkan harga jualan unit purata sebanyak lebih daripada separuh manakala meningkatkan bilangan unit terjual sebanyak 54%.

Ditubuhkan pada tahun 1946 di Perancis, Delsey telah sekian lama memegang tempat kedua di pasaran bagasi global sebelum mengalami kekangan kewangan pada tahun 2017 hingga 2018. Selepas pengambilalihan oleh sekumpulan pelabur yang diketuai oleh Pemberton Asset Management, Delsey muncul semula sebagai salah satu jenama bagasi paling terkenal di seluruh dunia. Keutamaan strategik Delsey adalah untuk mengekalkan momentum semasa dan menjamin pertumbuhan jangka panjang dengan memanfaatkan pemulihan berterusan dalam industri pelancongan. Menurut Organisasi Pelancongan Dunia PBB, ketibaan perjalanan antarabangsa pada tahun 2022 telah melonjak kepada 63% berbanding tahap prapandemik (berbanding tahun 2019). Pasaran bagasi global diunjurkan akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) antara 6 hingga 7% hingga tahun 2030.

DELSEY PARIS ialah sebuah syarikat Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1946. Ia menjual koleksinya secara dalam talian dan di lebih 6,000 buah kedai di lebih 110 buah negara. Ia menduduki tempat nombor dua dalam pasaran bagasi global, yang menampilkan bilangan pengeluar yang sangat ramai dan merupakan pendatang baharu kepada pasaran beg galas yang tidak mempunyai peneraju utama.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2033983/Delsey_Paris_2022_Result.jpg?p=medium600

 

Source: Delsey Paris
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Travel Earnings Economic news, trends, analysis Sales reports