NANJING, China, 4 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menerajui pada peringkat global, mengacarakan bersama Sidang Kemuncak LTE Profesional Global 2014 di Nanjing, China bersama Institut Penyelidikan Telekomunikasi bagi Kementerian Teknologi Maklumat dan Industri (MIIT) China. Bagi menggalakkan pengkomersilan teknologi evolusi jangka panjang (LTE), Huawei, bersama 29 rakan kongsi industri, membentuk Perikatan Penyelesaian LTE syarikat (eLTE), yang bakal meningkatkan kerjasama antara Huawei dan penyepadu teknologi serta pengeluar peralatan, menyediakan teknologi dan penyelesaian penyaluran jalur lebar eLTE komersil berkualiti tinggi kepada pelanggan kerajaan dan pelanggan syarikat di seluruh dunia, serta mempromosikan LTE dalam pelbagai aplikasi seperti bandar pintar. Sewaktu sidang kemuncak itu, Huawei turut membincangkan arah aliran terkini LTE dan juga amalan standard dengan pelanggan, rakan kongsi serta persatuan industri dan turut berkongsi kepakaran teknikal dan pengalaman praktikal Huawei. Pelbagai perkhidmatan eLTE, termasuk pengawasan video, penentududukan mudah alih, penyaluran jalur lebar, pengaturan penggunaan pantas eNodeBs tunggal, serta kenderaan komunikasi kecemasan turut dipamerkan sewaktu Sidang Kemuncak itu.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140303/CN75181 )
"Pembandaran pantas telah mencetuskan banyak cabaran, seperti kesesakan lalu lintas dan kekurangan sumber, serta permintaan tinggi untuk komunikasi audio dan visual bagi memastikan keselamatan dan juga perlindungan bandar," kata En. Patrick Zhang, Presiden Jabatan Pemasaran dan Penyelesaian untuk Kumpulan Perniagaan Syarikat Huawei. "Bagi memenuhi permintaan ini, Huawei telah membangunkan pelbagai perkhidmatan daripada penyelesaian eLTE yang dimilikinya, seperti sistem penghantaran penyaluran, pengawasan video, serta platform rangkaian data jalur lebar berprestasi tinggi yang mampu melakukan pelbagai jenis perkhidmatan, lalu membolehkan kerajaan dan syarikat beroperasi secara pintar, selamat dan juga cekap."
Sebagai yang pertama dalam industri untuk mengaplikasikan teknologi LTE dalam domain syarikat, penyelesaian penyaluran jalur lebar eLTE Huawei menggabungkan penghantaran suara dengan pengawasan video berdefinisi tinggi (HD) serta kemampuan akses data berjalur lebar tinggi. Ini dilakukan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian pelanggan syarikat dalam sebilangan industri, termasuk industri pengangkutan, tenaga dan juga kuasa elektrik, lalu membolehkan pembangunan bandar pintar dan selamat.
Berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang keperluan pelanggan, Huawei terus mereka bentuk dan turut menginovasi penyelesaian eLTE yang dimilikinya, bagi menepati setiap senario aplikasi pelanggan yang tersendiri. Misalnya, dengan pengawasan video HD, agensi kerajaan boleh mengendalikan pemantauan masa sebenar bagi kawasan/daerah kritikal dan bertindak pantas dalam kes kecemasan. Apabila berhadapan dengan hal keselamatan awam, agensi kerajaan boleh menggunakan fungsi panggilan kumpulan penyaluran suara untuk memberikan arahan kepada sekumpulan bomba atau polis, bagi menyelaraskan kakitangan dalam jabatan yang sama atau berbeza untuk menjalankan operasi menyelamat bagi memastikan keselamatan orang awam. Sementara itu, jabatan kerajaan boleh berhubung dengan kerja mereka di mana-mana sahaja melalui jalur lebar mudah alih yang disediakan oleh penyelesaian eLTE, lalu benar-benar menambah baik kemampuan pengurusan dan juga kecekapan pekerjaan sektor awam.
Setakat Disember 2013, Huawei telah menandatangani 46 kontrak bagi mereka bentuk penyelesaian rangkaian eLTE inovatif bagi menangani senario aplikasi tertentu untuk pelanggan dalam sektor awam, pengangkutan, tenaga dan juga industri lain di seluruh dunia.
Latar belakang Huawei
Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menerajui pada peringkat global. Huawei komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali telekomunikasi, syarikat, dan juga pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang berdaya saing. Produk serta penyelesaiannya telah digunakan di lebih 170 negara, berkhidmat untuk lebih satu pertiga daripada populasi dunia.
Bagi maklumat lanjut, lawati Huawei Enterprise dalam talian: enterprise.huawei.com
Jadilah peminat Huawei Enterprise